"Yo!!!" Khadir terus menyapa sambil menghampiri Irzan. Dari jauh Khadir kenal yang mana sahabat mayanya, tiada orang lain di pondok menunggu yang berkaca mata berbingkai biru selain Irzan. Birunya cukup terang untuk menarik perhatian orang yang melihatnya. Khadir turut memuji ianya gempak dalam hatinya ketika pertama kali melihat Irzan. Baginya Irzan bijak berfesyen walaupun nampak bersahaja.
"Yo yo yo... Zan!"
"Kai?"
"Ye la..."
"Assalamualaikum"
"Eh? Emm Waalaikumussalam..."Dua sahabat bersalaman. Mereka nampak berlawanan citarasa antara merah dan biru tetapi serasi bila rancak berbual hingga lupa dunia.
"Hahaha, okay jom ah borak sambil gerak" Khadir bangun dari bangku setelah puas berbual dengan Irzan. Tetapi Irzan pulak menunjukkan wajah serba salah.
"Kai... tadi aku jumpa seorang perempuan, dia terjatuh, sekarang kaki dia sakit..." Irzan tergaru-garu pipinya. Khadir masih diam menunggu Irzan menghabiskan ayatnya.
"Dia sekarang kat tandas, aku dah janji nak teman dia ke rumah dia... dia ikut kita ye? Boleh?"
Khadir gelak terbahak-bahak. Sesudah puas gelak, dia mengelap air mata yang terkeluar akibat terlalu geli hati. Irzan ikut gelak terdekih-dekih walaupun tidak faham apa yang begitu lucu bagi Khadir.
"Bawak lah sekali, tak kisah" Khadir masih ketawa. Irzan mengerutkan dahi senyum mahu tak mahu. Khadir melihat sekeliling pondok menunggu mencari kedudukan tandas, seraya bertanya.
"So... lama lagi ke dia?"
"Entah... kejap lagi lah kot"
"Ok... ", Khadir melihat jam tangannya."Ha... tu dia" Irzan segera bangun dan berlari membantu Sarah yang baru kelihatan berjalan terincut-incut menghampiri pondok menunggu.
Khadir melihat wajah Sarah. Dia terpaku. "Diana?", mulutnya menyebut nama seseorang secara spontan. Tanpa sedar Khadir mengalir air mata. Segera dia hapuskan air mata dengan kain bandana yang di ikat selit kemas di pergelangan tangan kanan.
"Kai, kenalkan... ni Sarah"
"Hai Kai", Sarah melambai kecil."Sarah?", Khadir mencapai cermin mata hitamnya di poket jaket. Sambil dia senyum, cermin mata dipakainya perlahan, lalu berbisik, "Sihir apakah ini..."
"Ape?", Irzan kurang dengar bisikan Khadir. Begitu juga Sarah.
"Takda apa-apa Zan, dunia... apa-apa boleh jadi, Tuhan saja nak uji kita... kan Cik Sarah" kata Khadir sambil menjeling ke arah kaki kanan Sarah yang cedera.
"Ha... ye", Sarah mengiakan sahaja. Irzan jadi bingung seperti ada sesuatu yang tidak kena. Irzan bertanya untuk kepastian.
"Korang kenal ke?"
"Saya tak kenal korang" segera Sarah menjawap.Khadir mendongak sedikit ke arah wajah Sarah, kemudian teruskan mendongak ke langit, "Ya... kita tidak kenal antara satu sama lain. Baru bersua hari ini. Walaupun kita macam dah kenal lama..."
"Ya... haha sebab kita ditakdirkan untuk bersahabat. Aku gembira kita bertemu disini", kata Irzan yang tersenyum lebar. Hari ini adalah hari yang penuh bermakna baginya. Tetapi Khadir dan Sarah tidak kelihatan gembira sebagaimana yang Irzan rasa saat itu.
Jam 9 malam, jalan kelihatan sibuk dengan kenderaan bersimpang siur seperti kesibukkan jam 5 ketika waktu kemuncak oleh pekerja pejabat yang baru balik ke rumah masing-masing. Tetapi ianya patut dibanggakan kerana ketara kesibukan itu menandakan Kota Metaman adalah tempat tumpuan kemajuan negara. Tambahan kereta kebanyakan yang dipandu adalah buatan tempatan.
Irzan seronok melihat bandar terang benderang oleh lampu-lampu bangunan. Khadir sudah lali dengan keadaan tersebut. Lain pula ceritanya si Sarah. Dia kelihatan tidak senang dengan bunyi bingit trafik di situ. Irzan perasan yang Sarah mula gelisah. Ketika itu mereka baru sahaja keluar dari pangkalan dan sekarang berdiri di tepi jalan besar.
"Hoi Gunpla!!!", jerit Khadir tiba-tiba. Irzan dan Sarah terkejut terpinga-pinga. Khadir melambai-lambai ke arah sebuah van serba hitam yang dipandu laju. Pemandunya tidak perlahankan van malah memecut melewati mereka bertiga. Sudah beberapa meter menjauhi, van tersebut pun berhenti secara tiba-tiba.
"Sapa tu Kai?", Irzan menelan air liur curiga. Sarah sembunyi belakang Irzan.
"Ada la..." Khadir tersengih.
Irzan merasa tidak senang dengan van tersebut. Tingkapnya tinted 20%. Sangat sukar melihat bagaimana rupa pemandunya. Bagaikan van yang digunakan penculik untuk melarikan mangsa atau penganas yang mempunyai senjata api tersimpan di dalam kenderaan tersebut. Semakin Irzan fikir semakin jauh imaginasinya meneroka kemungkinan-kemungkinan yang negatif berlaku.
Lampu belakang van menyalakan merah terang. Tiba-tiba van hitam tersebut undur dengan laju.
'Vrooommm...'
Kenderaan lain di dalam arus jalan mengelak dari melanggar van tersebut. Gila berani tidak sayang nyawa, malah kurang ajar membahayakan nyawa pemandu lain.
Hingga berada tepat dihadapan Irzan, van pun berhenti mengejut.
'Dup', pintu van dibuka. Menjerit penumpang di dalamnya bersama pemandu sekali.
"Dian!!!"
"Hah!?" Dian?" Irzan menyoal balik. Siapa Dian, apa itu Dian, fikiran Irzan gagal memproses maklumat dengan betul.
"Hish..." Khadir memberi isyarat diam kepada pemandu dan penumpang van. Irzan menoleh ke arah Khadir, menoleh semula ke arah pemandu, seorang lelaki yang memiliki renungan tajam, kemudian ke arah penumpang. Hanya ada dua penumpang di dalam van, kedua-duanya gadis comel. Wajah mereka terkejut melihat Sarah yang sembunyi di belakang Irzan. Irzan perlahan-lahan menoleh ke arah Sarah. Wajah takut Sarah turut menoleh ke arah Irzan.
"Awak... Dian?", tanya Irzan teragak-agak. Segera Sarah menggeleng kepala.
"Ko salah dengar la Zan, hahaha" Khadir turut menafi. Irzan jadi bingung.
"Dia orang cakap Diam, sebab aku menjerit Gunpla tadi" Khadir teruskan lakonannya.
"Napa tak jerit kat ko? Nape jerit kat aku dengan Sarah?"
"Sebab Sarah comelll!!!", jerit dua penumpang van. Irzan masih curiga.
"Tapi aku..."
Segera Khadir mencelah, "Zan, kenalkan... empunya van, Shah, yang ni Mimi, yang ni pula Hani", satu persatu penghuni van dikenalkannya.
"Selamat berkenalan...", ucap Irzan. Dia akhirnya mengalah.
Siapa Dian masih menjadi tanda tanya di dalam otak Irzan, walau dinafi.
Bersambung...
YOU ARE READING
Antara 3 Dunia
RandomIrzan baru sahaja selesai menamatkan persekolahannya tahun lepas. Dia bercadang untuk melanjutkan pengajian dalam bidang Sains Komputer di sebuah Universiti di ibu kota. Sebelum ini Irzan yang tinggal di kampung tidak pernah pergi ke pusat bandar it...