CHAPTER 2

6 1 0
                                    

Tiba-tiba

"Abangg !! Akak ni jahat ! Dia tolak Ijat" teriak seorang budak lelaki kecil sambil menunjuk kearah Azalea.

"Ijat.. akak tolak buaian Ijat kuat sebab Ijat mintak akak tolak kuat kuat bagi laju kan ?" kata Azalea sambil resah memujuk budak lelaki tersebut.

Tiba-tiba datang seorang lelaki dengan memakai baju sweatshirt hitam mendekati Azalea dan budak lelaki tersebut.

"Sorry, tapi boleh tolong ketepi sikit ?" tanya lelaki tersebut.

"Tak nampak ke aku tengah nak pujuk budak ni ?" kata Azalea.

"Ni adik aku, aku tau nak pujuk dia macam mana" kata lelaki itu.

Azalea terus bangun dan berdiri disebelah budak yang bernama Ijat itu. Lelaki itu menampal Handy Plus di lutut Ijat dan memberikan lolipop kepadanya tersebut.

"Ijat strong kan ? Dah pegi sambung main dengan kawan-kawan" kata lelaki itu sambil mengusap kepala adiknya.

Ijat mengangguk dan pergi berlari kearah kawan-kawannya dan sambung bermain. Sementara itu Azalea sedang memperhatikan perlakuan lelaki itu.

"Aku minta maaf jatuhkan adik kau tadi, aku tak sengaja" kata Azalea sambil berjalan mencari tempat duduk bersama lelaki tersebut.

"Kau memang suka main dengan budak-budak ke ? Aku selalu nampak kau kat sini main dengan budak-budak ni" kata lelaki itu.

"Ya memang setiap petang aku akan datang sini main dengan budak-budak ni, aku takde adik so aku anggap diorang macam adik-adik aku. Lagipun bosan duduk kat rumah. Aku taktau nak buat apa" terang Azalea.

"Ouh macam tu." jawab lelaki itu ringkas.

"Ish mamat ni macam tu je dia jawab ? Punya panjang aku cerita" bisik hati Azalea.

Azalea bangun untuk sambung bermain dengan budak-budak yang ada di taman itu. Tetapi langkahnya terhenti kerana lelaki tersebut menarik bajunya.

"Kau nak pegi mana ? Duduk sini dengan aku. Nanti ape lagi kau buat dekat budak-budak tu" kata lelaki itu dingin.

Azalea menjelingkan mata kepada lelaki tersebut dan kembali duduk disebelah lelaki itu dan mendiamkan diri.

"Nama aku Aydar Busyairi. Panggil aku Aydar" kata lelaki itu tiba-tiba.

"Aku tak tanya pun." kata Azalea tanpa memandang lelaki itu.

"Kau jangan sombong sangat, kau dah buat lutut adik aku berdarah, serba salah la sikit"

"Ergh yelah nama aku Azalea Zuhayra. Panggil aku Ayra je"

Mereka kembali diam dan melihat budak-budak itu bermain. Suasana yang tegang itu membuatkan Azalea berasa tidak selesa. Jadi tanpa segan silu dia membuka mulut untuk bertanya

"Kau tinggal dekat sini ke ? Aku tak pernah nampak kau" kata Azalea.

"Ye aku tinggal dekat dekat sini, selalu je petang macam ni aku bawa adik aku main kat sini, kau je yang tak perasan aku" kata Aydar dingin.

"Ouh ye eh ? Sorry tak perasan" kata Azalea meminta maaf kerana tidak perasan akan kehadiran Aydar selama ini.

"Buat ape kau nak minta maaf, takde salah ape pun nak kene minta maaf ke ?" tanya Aydar.

Azalea tidak menjawab soalan tersebut kerana malas mahu melayan perangai Aydar yang suka memerli. Azalea mengambil keputusan untuk berjalan-jalan kerana tidak dapat bermain dengan budak-budak itu. Aydar memerhati gelagat Azalea yang selalu sangat mahu tersungkur dari jauh. Kadang kala Aydar tergelak dengan karenah si Azalea tetapi dia cuba untuk cover mukanya kembali.

[OG] Here We Meet Here We LoveWhere stories live. Discover now