"Okey saya nak bagitau yang kolej kita akan buat lawatan ke taman negara bulan depan, jadi sesiapa yang nak pergi boleh bagi nama kat madam nanti hanya 500 orang sahaja dapat pergi, itu sahaja untuk hari ini terima kasih" kata Madam Dahlia lalu keluar daripada kelas.
"Ayra jom pergi nak takk ?" Rihanna mencuit lengan Azalea sambil membuat muka comel.
"Tengok la tak pasti la, best sangat ke taman negara tu ?"
"Alah tak pergi tak tau kan ? Jomla Ayra 500 orang je tuu kolej kita ni dah la besar, setakat 500 orang tu sekelip mata je dah penuh" Naleen cuba untuk memujuk Azalea.
"Ish korang ni kalau bab jalan-jalan korang laju je kan ? Btw kita ni 3 orang lagi sorang nanti nak duduk dengan sapa pulak dalam bas ?" tanya Azalea.
"Kita bagi Anna la duduk dengan Khai, amacam ? Berani tak Anna ?" Naleen mengusik Rihanna dengan muka jahatnya.
Habis merah dibuatnya muka Rihanna. Malu akan usikkan Naleen sebentar tadi.
"Kalau Khai nak pergi a-aku okey je" tertunduk malu Rihanna.
"Eh kau laju aje ye Anna ? Kalau ye pun si Khai tu nak pergi dia mesti duduk dengan geng dia, kau lupa ke ?" kata Naleen supaya takdela Rihanna berangan lama.
"Lepastu macam mana ?" tanya Azalea.
"Nanti aku ajak kawan aku sekali, aku duduk dengan dia kau boleh duduk dengan Anna settle masalah en ?". Ada sahaja idea Naleen untuk pergi berjalan.
"Pandai aje kau bab-bab berjalan ni kan Leen ?" Azalea memerli Naleen.
"Benda ni aku dah pro dah, eh dah nanti time rehat kita cepat-cepat pergi bagi nama dekat madam, aku harap kelas sebelum rehat nanti tak amik extra time kalau tak mati kita kalau penuh nanti" resah Naleen.
"Eh korang dah dengar cerita ke ?!" jerit Khairul yang tiba-tiba sahaja masuk kedalam kelas mereka. Mentang-mentang pensyarah lambat masuk ke kelas.
"Dah pasal taman negara kan ?". Laju sahaja Rihanna menjawab persoalam Khairul.
"Macam mana ? Korang pergi tak ?" tanya Khairul dengan teruja.
"Haih kau ni kami baru je pujuk si Ayra ni, ye kami pergi, kau pulak Khai ?" tanya Naleen kepada Khairul.
"Kalau korang pergi ofc aku dengan kawan-kawan aku pun pergi, bukannya mahal pun RM20 je kan okeyla itu je aku nak tanya byee !".
Khairul sempat melambaikan tangan kepada mereka sebelum lari keluar daripada kelas. Yelah dia takut kalau pensyarah datang nanti gelabah pulak dia.
Semasa waktu rehat mereka bertiga pun terus pergi ke pejabat untuk bertemu dengan pensyarah mereka.
"Madam masih ade kosong tak ?" tanya Azalea dengan sopan.
"Oh taman negara ? Masih banyak lagi, nah isi lah senarai ni" Madam Dahlia menghulurkan kertas kepada Azalea.
Mereka pun mengisi nama mereka di dalam senarai tersebut, termasuklah nama kawan Naleen.
"Meh sini kejap senarai ni" Naleen mengambil senarai tersebut. Dia mencari nama seseorang.
"Uish lajunya diorang isi senarai ni" kata Naleen degan terkejut.
"Sape ?" Rihanna memandang Naleen.
"Khai dengan geng dia la nama diorang atas lagi daripada kita weh" Naleen menunjukkan nama Khairul didalam senarai.
"Diorang kena lepas awal kot tadi" kata Azalea bersangka baik.
![](https://img.wattpad.com/cover/348081627-288-k696385.jpg)
YOU ARE READING
[OG] Here We Meet Here We Love
Romancekenapa aku kena kawin dengan kau eh ? - Azalea Zuhayra - kau jangan banyak bunyi lah, kau ingat aku nak sangat ke dengan kau - Aydar Busyairi - kalau kau tak reti jaga dia baik bagi dia kat aku jelah - Khairul Daffa - memang semua yang aku punya dal...