Aku masih disini

0 0 0
                                    

Ya masih tersergam dan kukuh berdiri
Namun ada yang ku rasakan ketara
Bukan cinta ataupun kata
Tetapi diri kita

Ya kau sudah lain
Kau sudah makin mendepan
Namun aku pula yang terbabas
Hanya kerana peristiwa yang tiada nokhtahnya

Ya aku masih menunggu
Menunggu jawapan yang tidak mungkin
Ataupun kasih yang tidak lagi berbicara keadaannya
Masa atau waktu masih jua ku buntu

Ya aku masih setia
Menunggu dan terus menunggu
Bukan mendesak atau menyeksa
Cuma menunggu hadirmu
Kerana ......... aku masih disini

LUAHAN SANDIWARAWhere stories live. Discover now