Aku cakap aku suka dia. A lot. Tapi mungkin rasa suka aku pada dia tak cukup besar untuk aku terima betapa tak sensitifnya Maria saat ini!
"Dan kau kena ingat yang kau masih terikat dengan kerja. Well, kalau kau tak nak pergi kursus tu, why not kau minta hospital hantar orang lain? It's not that hard."
+++
2 jam sebelum
RegCare Centre
Hui mengusap tangan Puan Nara yang sudah lena dibuai mimpi. Selesai dia menyuap makan malam pada ibunya, Puan Nara kata dia mahu tidur. Hui turutkan dan dia menyelimuti ibunya.
"Awal ibu tidur hari ni." tegur Ain perlahan. Hui menoleh dan senyum.
"Ya." jawab Hui sepatah dengan wajah muram. Dia kembali memandang Puan Nara.
"Ada apa-apa yang mengganggu fikiran awak ke Hui? Awak nampak down sepanjang hari ini." soal Ain, masih berdiri di sebelah Hui.
Suasana sepi di dalam wad itu. Hui membiarkan soalan Ain berlalu tanpa jawapan.
"Sorry kalau soalan saya tadi buat awak tak selesa." Tambah Ain.
"Eh tak. Bukan salah awak. Just..." Hui tak dapat nak habiskan kata-katanya.
Siang tadi, doktor pakar memaklumkan padanya tentang satu rawatan yang mereka ingin laksanakan bagi membantu Puan Nara. Kata doktor, rawatan itu tidak boleh menyembuhkan Puan Nara tapi boleh tingkatkan peratus jangka hayat Puan Nara. Tapi rawatan itu memerlukan biaya yang tinggi. Pada perkiraan Hui, kos yang sekarang pun cukup-cukup sahaja kalau nak di tambah dengan kos kereta, sewa rumah, kos makan minum semua.
Tak cukup dengan berita itu, dia juga mendapat panggilan dari hospital tempat dia kerja memaklumkan bahawa dia perlu menghadiri conference selama seminggu. Ini bermakna, selama seminggu dia kena tinggalkan ibunya yang bila-bila masa sahaja boleh tinggalkan dirinya.
Ah aku tak nak pergi conference!
"...ui..."
Tapi itu kerja aku...
"...Hu...ui..."
Apa aku nak buat? Aku tak nak tinggal ibu.
"Hui!" tepukan Ain pada bahunya buat Hui tersedar.
"Oh! Sorry." kata Hui. Sungguh dia tidak perasan bahawa dia begitu dalam hanyut dalam fikirannya.
"It's okay. Tapi telefon awak berbunyi."
Hui melihat telefonnya dan sempat Ain mencuri pandang, melihat siapa yang menelefon Hui di malam hari begini.
Maria
Itu apa yang tertera di skrin. Hui segera bangun dan terus keluar dari wad untuk menjawab panggilan tersebut.
Itu 'Maria' yang sama dengan Maria Anne yang aku tahu ke? Bisik hati kecil Ain.
Dia juga membaca gossip tentang Maria beberapa hari lalu dan dia juga turut melihat gambar yang beredar di internet. Dia yakin itu Maria dan Hui tapi dia masih belum ada kesempatan untuk bertanya.
Kenapa makin aku cuba dekat, dia terasa makin jauh?
Ain memandang ke luar wad di mana dia dapat melihat Hui melalui tingkap kaca di wad ini. Wajah Hui yang tadinya muram kini bertukar ceria. Siap dengan senyuman sambil dia terus bercakap di telefon.
Is this the end for me? Tapi aku tak buat apa-apa pun lagi...
+++
Fly High Company, Tingkat 6.

ANDA SEDANG MEMBACA
Love, Maria Anne ✅
RomanceFly High Series Book #1 +++ Dark hair, red lips, pale skin, foxy eyes. The witch. - Maria Anne Chairman Fly High Company ini ada semuanya - karier, kekayaan, kecantikan, keluarga tapi satu benda yang dia kurang; "She's unable to love anyone other th...