NAFAS sekali dihela kuat. Pipi sendiri ditampar lembut. Terjaga dari tidur dan dia tidak boleh tidur semula walaupun badan masih berasa penat dengan kerja. Badan dialihkan ke sebelah dengan sekilas.
Cahaya malap yang menyimbah segenap ruang membolehkan dia merenung dua wajah yang disayangi. Pipi kecil Elvish dicucuk lembut. Bibir semakin giat tersenyum tatkala dia tertarik memerhati kepolosan sang anak yang sedang nyenyak dibuai mimpi.
"Gaya tidur memang comel macam Elvina." Pipi anaknya yang sedang tidur di antara mereka berdua dikucup lembut. Tuan Rizqish tidak boleh menahan diri dari mengusap rambut hadapan Elvish.
"Hadiah dan harta dari Elvina yang paling aku sayang. Elvish membesar dengan baik, okey? Kalau daddy tak ada, Elvish yang kena jaga cinta hati daddy." Dahi anak tunggalnya dikucup lama. Sayang yang tidak akan pernah sesekali tumpah.
Sepasang mata hazel dia beralih ke figura di sebelah anaknya. Suatu idea muncul di benak fikiran. Badan kecil Tuan Elvish dialih secara perlahan dan berhati-hati ke tempat tidurnya. Mereka bertukar posisi dan kini Tuan Rizqish berada di tengah.
Rambut yang sedikit menutup wajah Elvina dialih lalu diselit ke tepi telinga. Wajah yang kemerahan dek suhu sejuk dan dalam keadaan tidur itu dipandang selama beberapa minit tanpa jemu.
"Kasihan sayang abang ni. Dah tiga bulan abang selalu tinggal. Sekejap ada dekat rumah, sekejap tak ada. Mesti sayang fikir abang dah tak balik puasa lagi kan tahun ni?" Kelima-lima hujung jarinya menyentuh pipi Elvina.
"Tahu pun, abang. Nasiblah abang balik," jawab Elvina Naura dengan selamba. Mata terus dibuka dengan luas untuk mereaksi wajah cuak sang suami.
"Eh, abang fikir sayang tidur tadi. Mesti abang kejutkan sayang kan? Maaf," tuturnya perlahan. Jari beralih ke dagu si isteri untuk tarik menghadap ke arahnya di sebelah.
"Tak ada lah. Sayang terjaga lagi awal dari abang. Dah cuba tidur tapi tak boleh pula." Elvina keluh. Dia pandang ke arah mata yang memerhati tanpa henti itu. Perut sendiri rasa sebu walaupun sudah bertahun-tahun berkahwin.
"Kenapa ni? Pandang abang macam abang tak ada lagi aje waktu raya nanti." Dia seolah dapat membaca renungan isteri tersayang. Pandangan Elvina nampak sayu. Wajarlah kenapa dia bereaksi seperti ini. Sudah bertahun-tahun mereka mendirikan masjid tetapi tidak pernah berpeluang untuk puasa penuh dan beraya di hari pertama bersama. Kadang memang ada hal kecemasan kerja di luar negara yang tidak boleh dielakkan.
"Abang dah betul-betul yakin ke yang abang tak ada hal esok? Macam mana kalau abang tiba-tiba ada kecemasan? Sayang dah tak nak berharap lagi," jawab Elvina dengan nada perlahan. Dia juga tidak mahu bangunkan anak mereka.
"Kali ni abang janji dengan sayang yang kita akan puasa dan raya bersama. Kalau ada kecemasan macam mana sekali pun, abang tak akan pergi. Sayang percayakan abang kan?" Lembut suara Tuan Rizqish memujuk. Sejujurnya dia pun rasa bersalah dengan Elvina dan Elvish.
"Percaya tapi itu lah... sayang risau. Kadang ada benda yang memang kita tak boleh elak." Kerutan wajah semakin berkurang apabila pinggangnya ditarik spontan untuk lebih rapat lagi.
"Esok kita luangkan masa bersama, okey? Kita keluar untuk beli barang dapur. Kita bawa Elvish jalan-jalan dekat taman permainan. Abang bawa sayang keluar makan sebelum kita mula berpuasa."
Dahi mereka bertembung antara satu sama lain. Hidung bergesel dan bibir masing-masing terukir senyuman bahagia. Masing-masing memang sentiasa sibuk tetapi selalu mencuri masa untuk diluangkan bersama.
"Abang janji tak ada hal, okey? Sayang nak beritahu Mel yang sayang tak nak masuk pejabat esok."
"Dulu Elvish kecil lagi. Sekarang, abang pun tak nak dia rasa tak lengkap beraya tanpa keluarga." Kepala sedikit diangkat. Dahi Elvina dikucup lembut.

ANDA SEDANG MEMBACA
THE DEVYN'S FAMILY | EBOOK
RomansSambungan The Devyn's Maid versi raya 2022🤍 "I'm a type of person who can't sleep without hugging my pillow and my pillow is you. Can I hug you, sayang?" Tahun ini buat pertama kalinya, Tuan Rizqish, Elvina Naura dan si kecil Elvish akan berpuasa...