God lets everything happen for a reason. It's all a learning process, and you have to go from one level to another..
Sepanjang perjalanan mereka bersama ke Airport, Nessa banyak mendiamkan diri entah kenapa rasa tak sedap hati sangat,bila melihat jari jemari yang bertaut rapat di jarinya,sekali lagi Nessa menoleh ke arah Hadrian disebelah kiri yang tertidur, akibat sakit kepala..Hmm bahagiakah aku bersama dia? bisik hatinya..Ye sangat bahagia..baru beberapa hari menjadi isteri kepada Rian,tiada nikmat yang aku perlu dustakan..Ya Allah kau lindungilah suami aku dari segala musibah dan dendam manusia..aku betul-betul sayangkan dia..
Tak pernah terlintas di fikiran aku untuk berkahwin dengan Rian scepat ini..
Walaupun pernikahan kami sangat tergesa-gesa tapi mengenali Hadrian sejak beberapa tahun yang lalu membuat aku betul-betul yakin dengan keputusan aku..Kemunculan dia yang tiba-tiba itu,telah menjadikan aku sebagai suri dihati dia.. Dan aku sangat bersyukur kepada-Mu Ya Allah..
Wajah Mama,daddy dan Rian sedang berlegar-legar di kotak fikirannya saat ini..Mama Ness rindukan mama..rintih hatinya lagi..
"Puan...kita dah sampai..." ~Hadi menoleh ke arah belakang...
Tersedar dari mengelamun terus Nessa membuat isyarat kepada Hadi agar diam,Hadrian tengah tidur..
Hadi mengangguk..
"I turun sinilah..you keluarkan luggage i dekat luar.."~ pinta Nessa..
"Baik Puan.."~ terus Hadi keluar dari kereta perlahan-lahan...
Nessa menoleh kembali ke arah suaminya..lalu jari jemari halusnya sebelah kanan naik melekat pada mata sang suami..diusap perlahan-lahan kemudian Nessa tersenyum manis...
"Sayang baby ni..."~ ngomel dia..
Geli dengan sesuatu yang bergerak di mata..Hadrian pegang tangannya itu,lalu dikucup...
"I love you baby..."~ ucapnya separa berbisik, masih dalam keadaan mata terpejam..dia betul-betul sakit kepala..
Tiba-tiba Nessa rasa sebak..tangan suaminya dikucup lembut,lalu di tarik tangannya pelan-pelan dari genggaman tangan Rian..Takut dia tersedar..Kemudian cepat-cepat Nessa keluar dari kereta..shawl yang berterbangan dibetulkan sedikit Nessa lalu dia menoleh ke arah Hadi..
"Hantar Tengku rumah ibu dia..nanti you pesan dekat dia jangan lupa makan ubat...pergilah balik i masuk ke dalam dulu.."~ arah Nessa yang sudah pun menarik luggage nya untuk masuk ke dalam Airport..
"Baik Puan..apa -apa call saya.."~ terus Hadi masuk ke dalam kereta..
Nessa mengangguk..
Hilang kelibat kereta Vellfire colour hitam dari pandangan matanya,terus Nessa melangkah masuk untuk ke tempat yang dituju..
......
"Indah anak kau sejak balik dari luar negara ,tak balik-balik lagi dia jenguk aku dekat kampung ni haa.." ~ bebel Ku Mariam dalam talian..
Ada cucu serupa takde cucu..sudahlah cucu aku Hadrian sorang saja..Balik la jenguk aku sesekali dekat kampung ni..Sihat ke tidak ? elok ke tidak? dah berkahwin sorang lagi ke tidak? Aipp kau Mariam ada hati nak menikah sorang lagi ke? Tak la macam tu,cuma aku bagi contoh..Ibarat ada nenek tak bertanya khabar berita seolah-olah aku ni tak wujud..Nak menikah? Cukuplah suami aku sorang je,yang dah meninggal dunia beberapa tahun lalu..
Sejak kematian suaminya Engku Ibrahim,malas aku nak memikirkan kehidupan yang sementara ini,cukuplah aku fokus pada perniagaan yang telah arwah tinggalkan pada aku.. Iaitu menjadi peternak lembu,kambing dan sebagainya..Dan juga projek terbaru kami iaitu bercucuk tanam sayur-sayur yang akan diletakkan di pasaran beberapa bulan lagi..Insyaallah tak sabar nak menunggu hasilnya..

ANDA SEDANG MEMBACA
PROMISE me?
Roman d'amour"Please lupakan i Rian.."~ Tengku Nessa Imani "NEVER!! Sekali you muncul dalam hidup i..selamanya you akan berada disini,dan itu janji i pada you.."~ Tengku Hadrian Syah [ COMPLETED ] Start: 27 July 2023 End : 29 December 2024 Warning ? Sexy Stor...