8🥀

510 24 3
                                    

Author pov

" i dibawa oleh sesuatu sampai tengah hutan...... Tok Puteh yang cari and jumpa i dekat satu pokok besar.... I pon tak tahu kenapa i ikut 'Benda' tu.. maybe dulu i fikir kalau i ikut dia i dah tak perlu balik dekat bapa i lagi" Kata Azkey sambil tersenyum.

"Mujurlah Tok cepat bawa i pergi sebelum i jadi 'tumbal' katanya... Atuk kata kalau kita lemah memang itulah makanan mereka........ Akhirnya Tok Puteh ajar i silat and setiap kali i berlatih kat tapak silat mesti nenek tu usya dari tepi.... I nampak je" Rasha buat muka ngeri.

"Kalau diingat² latihan i dulu lagi keras dari anak yang lain..........setiap hari makan nasi putih je, kena rendam dalam sungai 3-4 pagi sampai subuh... kena tinggal dalam hutan 2 ke 3 hari sendirian.... Jangan cakap binatang segala penghuni kat hutan i dah jumpa" Azkey ketawa teringat kisah waktu dia membesar bersama Tok Puteh.

"Tok Puteh kata kalau i mampu berhadapan dengan mereka.... Orang biasa nampak macam semut dekat i..."

"Bila i remaja orang bawahan bapa i bawa i balik secara paksa..." Azkey menatap lurus pada Rasha.

"Ingatkan bapa i dah taknak dengan i rupanya dia tak habis seksa hidup i lagi"

Azkey mengeraskan rahangnya.

Rasha menunggu Azkey menyambung ceritanya "You tahu tak alasan dia hantar i dekat Tok Puteh?"

"Dia nak i disiksa habis-habisan sebab dia tahu latihan Tok Puteh tu keras.... You tengok betapa bencinya Tuan Azhel terhadap anaknya sendiri"

"Tapi apa alasan Tuan Azhel buat bos macam tu?" bingung Rasha.

"Sebab i terlahir sebagai seorang perempuan....."

"Nonsense" kata Rasha.

"Hahaha.....kan..... Tapi dari i lahir dia dah guna macam² cara nak hapuskan i..... Actually i pun terkejut kenapa i hidup lagi" Azkey menghela nafas.

"Jadi bos apa yang Tuan Azhel buat bila tahu bos hidup lagi?" tanya Rasha.

"Of course dia tak senang duduk..... Dari anak yang tak reti bercakap jadi seorang remaja yang mampu melawan kesemua pengawal dia...... Mungkin dia sedar dia dah tersilap langkah" Jawab Azkey.

"Akhirnya dia hantar i pergi sekolah berasrama penuh dekat London....... Sekolah elit tau sanggup orang tua tu berhabis duit..."

"In my first years almost everyday i akan dibuli, disiksa, dimalukan bahkan sesetengah pengajar pun ikut sama... Semua ini arahan langsung dari my dad sendiri" Azkey menghela nafas.

"Setiap hari i bau sampah..."

"Kalau nak makan i kena duduk dalam tandas and makan cepat² before ada pelajar yang tuang sisa dalam tong sampah tu dekat kepala i"

Rasha melopong "BABI!..ops... Hehe sorry bos terlepas lagi" Rasha menutup mulut.

"Sampai ada waktu tournament sekolah......"

"I masuk club material arts tapi i tak pernah bertarung.... Atuk kata simpan dulu tenaga, guna bila perlu.....'bakar kebencian mereka menjadi semangat' atuk selalu tanam ayat ni dalam minda ni........ Setiap pertandingan mesti ada peraturan kan? Tapi waktu i lawan semua rules dikecualikan"

"And my dad ada kat sana cause he want to see his own daughter dies infront of him....." Azkey senyum pada Rasha.

"So i have to makes myself clear... I patahkan setiap tulang pihak lawan sambil tenung mata dia....." sebuah seringai mengerikan terpampang di wajah Azkey.

"I will never forget how scared he was that times..."

Rasha melihat kebencian yang teramat dalam mata Azkey, satu perasaan yang sudah lama terbuku dan disimpan untuk membalas dendam.

Inilah sisi yang selalu diperlihatkan Azkey padanya, sosok yang pentingkan diri dan tak berhati perut.

Sisi yang dibenci Rasha sendiri kerana sekarang Rasha sudah tahu siapa Azkey yang sebenar-benarnya.

"Saya tahu bos bukan orang yang macam tu....." Pandangan Azkey mula melembut.

"Maaf...." balas Azkey.

"Tapi i tak selalunya kuat Rasha...... Im only human.... I bleed... I fall.... I get hurts" kata Azkey perlahan.

Flashback

Tok Puteh menunggu Azkey keluar kerana dia tidak berselera untuk makan. Ketika ini umur Azkey 14 tahun.

"Key....."

Tok

Tok

"Buat apa dalam bilik moh keluar" kata Tok Puteh.

Tiada sahutan dari Azkey.

"Atuk masuk ya?" Kata Tok Puteh.

Krek

Pintu dibuka perlahan dan Tok Puteh lihat Azkey sedang duduk menghadap tingkap dengan pisau di tangan.

"Ya Tuhan Azkey" terperanjat Tok Puteh melihat cucunya dipenuhi darah sehingga cadar katil basah.

Dia terus menarik Azkey yang hanya memasang wajah lurus seolah-olah luka itu tak membawa pengaruh apa² padanya.

Tok Puteh membawa laju motor menuju ke klinik berdekatan dengan mulut yang sentiasa menyebut nama Azkey.

Keadaaan malam sunyi sepi seperti emosi Azkey ketika itu.

"Doktor...." Panggil Tok Puteh.

Mereka diminta untuk tunggu diluar, wajah Azkey semakin pucat.

Darah menitik-nitik mengotori lantai.

Doktor itu kemudian membawa Azkey masuk dan membersihkan luka Azkey.

"Kalau dah tak sayang nyawa terjun je lagi baik" perli doktor itu buatkan Tok Puteh yang berada di sebelah Azkey menatap tajam padanya.

"Buat penat ibubapa awak jaga dari kecil senang² je nak buat kerja tuhan tarik nyawa sendiri" sambung doktor itu lagi.

Azkey hanya diam tak berkutik.

"Dah lah sakit menyusahkan orang tua lagi"

"Kau diam!" Marah Tok Puteh.

Terkejut doktor itu bila disergah oleh Tok Puteh.

"Mike tak tahu apa² jangan nak serkap jarang...... Mana mike tahu ibu bapanya jaga dia... Hah? Aku ni yang tahu.... Mike buat kerja mike saja..... Jangan nak menyalahkan cucu aku.... Manusia pun boleh letih kamu reti tidak?" Tok Puteh hampir sahaja melepaskan amarah pada doktor itu.

Azkey membiarkan airmata mengalir melihat Tok Puteh yang begitu sayang pada dia.

Bayangkan saja bagaimana tertekannya perasaan Azkey apabila mendapat arahan dari pengawal Azhel yang ingin membawanya pergi.

"Jika Azkey berkeras Tok Puteh akan dibunuh" itu kata-kata yang jelas meruntuhkan mental Azkey.

End of flashback

Rasha tak tahu kehidupan Azkey begitu teruk sehingga dia merasa bersalah.

"Maaf bos.." kata Rasha perlahan.

Azkey menolak bahu Rasha perlahan "Esok i tunjuk tapak silat i okay? Dah jom tidur" Hibur Azkey.

"Tak nak.....takut" ujar Rasha.

"Rasha kalau you tak tidur sekarang nanti ada yang......" sengaja Azkey tak habiskan ayat.

Rasha selubung satu badan dengan selimut.

"BOS!!" marah Rasha dibalas dengan kekehan dari Azkey.

Bersambung

Dandelion itu bunga yang melambangkan keberanian..... Keteguhan seseorang seperti mana berdirinya Azkey di atas kaca-kaca pecah.

Don't forget to vote and comment.

happy reading🥰

DandelionWhere stories live. Discover now