9🥀

498 25 0
                                    

Author pov

Paginya.....

"Hmmmm" gumam Tok Puteh dan Mak Puteh.

Mereka sedang minum kopi dan makan cempedak goreng sambil melihat pemandangan di depan mata.

Tangan Azkey merangkul pinggang Rasha kemas dengan kepala Rasha berada di dada Azkey.

"Sampai bila nak bior diorang ni?l tanya Mak Puteh.

"Lena bebenor" perli Tok Puteh.

Rasha tersedar bila terdengar suara-suara menganggu tidur indahnya.

"eughh" lenguh Rasha.

Dia ingin mengeliat tetapi sepasang tangan masih erat memeluk pinggangnya.

"Key...."

"Udah² lerr meluk anak dara orang" tegur Tok Puteh.

Kening rasha berkerut "Peluk?" mamainya.

Rasha terus bangun.

Tok Puteh dan Mak puteh sengih padanya "Sarapan Sha...."

Rasha kalau boleh nak terbang dan balik ke KL semula.

Dia bangun dan lari ke bilik sementara Azkey masih lena dibuai mimpi.

Tok Puteh berjalan ke arah dia sambil pegang cempedak goreng itu tadi dan sumbat dalam mulut Azkey.

"Hokkk......hokk...." Terbatuk-batuk Azkey bangun.

"ATOK!" marah Azkey.

"Kalau key mati tersedak tadi macam mana.." jengkel dia.

"Ye atuk tanam" selamba badak tok puteh jawab.

Azkey muncung "Cakap jela tak sayang key".

"Udah²" balas Mak puteh.

Mak puteh suruh Azkey bersiap dan sarapan bersama mereka.

.
.
.
.

Suasana canggung menyelubungi mereka berdua, rasha dan Azkey hanya diam membisu.

"Aih tadi bukan main tidur peluk dah kenapa senyap pula ni?" usik Tok puteh terus merah padam wajah Rasha.

Azkey senggol lengan tok puteh "atuk....".

Tok puteh senyum kambing.. Mereka pergi ke tapak silat tok puteh yang terletak di tengah hutan.

Sekarang atuk tidak lagi mengajar cuma menjadi penasihat sesekali untuk tenaga pengajar baru.

Tempat itu semakin luas dan besar..

"Lama tak pergi sini" kata Azkey.

"Apa lagi... Kamu dah lama tak berlatih entah² dah karat teknik tu" kutuk Tok Puteh.

Rasha gelisah dan sesekali mengeluh, kawasan itu dipenuhi serangga dan jalan masuk agak sukar baginya yang jarang berolahraga.

"Are you okay?" tanya Azkey pada Rasha.

"Sorry.....tak selesa sikit" jujur Rasha.

"Rasha duduk kat pondok tu nak?" ajak tok puteh.

Mak puteh tak menyertai mereka kerana dia ada urusan di balai raya.

Azkey senyum lihat anak-anak muda bersemangat belajar ilmu yang sekarang jarang orang ambil tahu.

"Assalamualaikum tok" mereka semua bangun dan tunduk hormat pada Tok puteh.

"Waalaikumsalam...." Tok Puteh senyum dan balas salam mereka.

"Eh Key pun ada... Apa kabar" Johari selaku tenaga pengajar menyapa Azkey.

DandelionWhere stories live. Discover now