1🥀

1.2K 31 20
                                    

Author pov

"Bos kita start meeting pukul 2" Rasha memberitahu Azkey yang sedang meneliti fail.

"Malas" jawab Azkey selamba.

Rasha menjulingkan matanya dan mengeluh kecil.

"Saya sediakan bilik mesyuarat dulu" Rasha terus keluar dari ruang kerja Azkey.

.
.
.

Rasha sedang menyelesaikan minit meeting lalu tersedar.

Hampir pukul 2 petang Rasha kembali ke ruangan Azkey dan mendapati bos nya tiada dalam bilik.

"Mana pula dia pergi?" Rasha melilau cari Azkey tetapi tidak melihat kelibat wanita itu langsung, Rasha bergegas ke lantai bawah dan mencari di lobi.

Hampir semua yang dia tanya tidak melihat Azkey di mana-mana.

"Aduh hilang kat mana pula bos?" keluh Rasha dia melirik ke arah jam sudah lebih 10 minit dia mencari.

"Rasha? Kenapa ada kat sini?" tegur Zamri selaku ketua bahagian admin.

"Encik Zamri....encik nampak Cik Azkey tak?" tanya Rasha sopan.

"Bukan dia dah masuk bilik meeting? Dia ada meeting kan sekarang" kata Zamri yang membuatkan Rasha tersedar.

Dia berlari ke arah lif dan menekan tingkat 19 lalu segera berlari ke arah bilik meeting dan melihat Azkey tersenyum sinis padanya.

"You supposed to be here 10 minutes ago" perli Azkey.

Rasha memandang Azkey lalu tersenyum kecil.

" Saya minta maaf lambat tengah cari anak anjing tadi" balas Rasha bersahaja.

Pekerja yang lain memandang mereka hairan.

Rasha mengambil tempat disebelah Azkey.

"Lain kali cari yang dekat dulu" bisik Azkey.

Rasha hanya mampu senyum kelat.

"Ah bos...... Sambung pasal tapak yang ada dekat Janda baik tu saya rasa kita semua pun bersetuju untuk gunakan Faris holding sebagai vendor kita" sambung rudy selaku team lead.

Azkey mengangguk lalu Rasha memandang dirinya tajam.

"Bukan kita nak sign contract dengan Waiza ke?" tanya Rasha pada Rudy.

"Nope i change my mind" balas Azkey.

"Why?" tanya Rasha.

"Cause i can" Azkey memang suka melihat Rasha marah.

"Kau ni kalau bukan bos memang dah lama aku cekik" batin Rasha berkata.

Suasana tegang di bilik mesyuarat itu, semua mata memandang mereka berdua.

"Ah bos...cik Rasha rasanya kita boleh pertimbangkan balik keputusan tu" kata Rudy takut².

"Kita kat sini boleh bincang jangan gaduh" tambah Rudy lagi terus Azkey dan Rasha berpaling padanya.

"Bincang lah ni!" kata mereka serentak.

"Tu gaduh tu" balas Rudy.

Mereka melihat antara satu sama lain "Bincang" jawab mereka lagi.

Rudy mengaru kepalanya yang tak gatal.

.
.
.

"Aku dengar bos dengan cik Rasha gaduh lagi dalam bilik mesyuarat" kata salah seorang pekerja.

"Pasal masalah vendor terus tergendala meeting" balas Zana.

"Aku tengok diorang tu setiap kali jumpa mesti nak bercakar"

DandelionWhere stories live. Discover now