Bab 1

1.2K 27 0
                                    

    Chirp! Chirp!

Bunyi kicauan burung yang bertenggek diatas dahan pokok berhampiran bilik dorm tidak berjaya membangunkan manusia yang masih lena dalam tidurnya.

Susuk tubuh badan sahabatnya yang sedang nyenyak tidur berselimutkan dengan selimut bercorak bunga-bunga dipandang dengan rasa sebal. Kelas akan bermula sebentar lagi.

"Fad! Bangun! Kau dah lewat nak pergi kelas Prof Azhar!" suara yang cukup nyaring memecahkan kesunyian di pagi hari. Tubuh badan sahabatnya digoncang berkali-kali bagi menyedarkannya.

Selimut ditarik sehingga menutupi kepala. Tubuh dipusing membelakangi sahabatnya lalu menyambung semula tidurnya yang terganggu.

Itulah Humaira Fadhlia. Seorang yang jenis liat untuk bangun pagi. Irdina, rakan sebiliknya sudah lali dengan perangainya yang satu itu. Susah nak diubah.

Mata dipejam rapat. Awal lagi kan? Kali terakhir dia melihat jam, baru pukul 6.30 pagi. Apalah yang nak dibisingkan pagi-pagi ni.

"Last warning Fad. Kau tak bangun juga, aku tinggalkan kau. Kau tahukan harini kita ada pra-test? Kalau kau rasa nak repeat paper semula, silakan. Pandai-pandai kau laa hidup." Ujar Irdina.

Tangan lincah menepek bedak berjenama Baby Johnson ke muka. Mata melirik melihat sahabatnya yang masih tidak berganjak dari katil.

"Alaa, awal lagi kan? Chill. Masuk awal pun, bukan si Azhar tu ada. Menunggu dia masuk kelas, ibarat menunggu ayam jantan bertelur. Sudahnya, kelas batal." Mulut membebel menyatakan ketidakpuasan hatinya terhadap pensyarah lelaki yang sering menunda kelas dan membuat kelas ganti ketika hujung minggu. Gila!

"Sayangku Humaira Fadhlia," meleret Irdina memanggil namanya.

"Hmmm."

"Sekarang dah pukul 9.45 pagi. Kelas akan mula pukul 10 pagi. Kau ada masa cuma 15 minit untuk bersiap." Dengan penuh lemah lembut Irdina memberitahu. Dia tahu, Humaira jenis yang lama bersiap.

"Woi! Asal tak beritahu awal-awal?! Aduh, gasak aku macam ni! Membebel laa orang tua tu nanti." Terduduk terus Humaira. Mulut sempat mengutuk pensyarahnya.

Selimut dicampakkan kebawah. Tuala mandi disambarnya lalu membuat larian marathon masuk ke dalam tandas. Cukup gosok gigi dan cuci muka saja. Tak sempat nak mandi.

"Nasib baik kau tak mandi. Kalau tidak, mandi mengalahkan puteri gunung ledang. Entah apa yang dicuci." Irdina berterusan membebel. Lipatan tudung dikemaskan. Okay siap!

"Aku gerak dulu. Kau jangan lambat sangat. Mengamuk orang tua tu." jerit Irdina sambil membuka tombol pintu bilik. Kasut disarungkan ke kaki lalu melangkah keluar menuju ke kelas yang berasingan dengan Humaira.

Irdina merupakan pelajar business. Humaira pula pelajar culinary arts. Walaupun berbeza bidang, itu tidak menghalang mereka untuk bersahabat.

Selesai saja urusan ditandas, Humaira terus menyarung tudung bawalnya yang sudah siap digosok malam semalam. Beg galas yang berada diatas meja terus disambar lalu kaki menuju ke pintu bilik. Kasut disarungkan dan terus dia berlari ke kelas yang terletak di bangunan hujung sekali.

Tiba sahaja di hadapan pintu kelas, dia berasa pelik. Biasanya pintu kelas jarang ditutup. Tapi kali ini, pintu ditutup. Kepala disengetkan tanda hairan. Humaira membetulkan pernafasan dan mengetuk pintu kelas.

Terpampanglah wajah garang seorang lelaki tua sambil bercekak pinggang melihat kearah Humaira. Senyuman tidak bersalah dipamerkan.

"Awal masuk kelas?" sindir Professor Azhar dengan tangan disilangkan ke dada.

The Resisted Love [COMPLETE]Where stories live. Discover now