"JANGAN KHUATIR. Gudang mewah ini milik Mr.Bear. Miss Lewis boleh ambil apa sahaja tanpa perlu membayar satu sen pun."
Selepas berpisah laluan dengan Levi, aku dibawa ke sebuah gudang mewah Star Avenue. Selalu juga aku membeli-belah di sini sebelum ini – minyak wangi, pakaian, beg, peralatan solek – semuanya berjenama. Habislah juga lima ribu dolar jika berbelanja di sini. Dan sekarang aku dibenarkan untuk mengambilnya sesuka hati?
"Milik Mr. Bear maksudnya milik Levi, kan?"
Lucy, pembantu peribadiku yang baru itu terpinga-pinga dengan soalanku. Abaikan saja. Tak ada masa untuk penerangan panjang. Memandang ke dalam gudang, senyumanku mula melebar.
Walaupun aku tidak sukakan suasana New York, berada di dalam gudang mewah ini dikecualikan. Ia adalah satu terapi buatku di kala aku kesedihan.
Dan semua ini milik suamiku? Ah helo my Mr. Bilionair Husband. Drop some money! Ha-ha. Kenapa aku kedengaran seperti si pisau cukur? Hmm... di mana aku harus bermula terlebih dahulu?
Perfume? Lantas aku memalingkan kepalaku ke kanan sebelum cuba menghidu bauku dalam diam. Wangi. Orange Bloosoms's Jo Malone. Memang sudah tersedia dalam bilik persalinan tadi. Tapi Levi suka aku seadanya. Perlukah aku berpuas hati dengan itu?
"Jika sukar, kita boleh mulakan dengan -." Lucy cuba mengambil alih namun aku pantas menyekat, "Let's go to LV." ujarku dengan terus melangkah ke butik LV.
Pasti Lucy tergamam melihatku tahu arah kedai. Di matanya, aku hanyalah wanita hutan yang tidak tahu apa-apa. Oh! Tidak Lucy, tidak! Aku wanita New York. Tempat ini pusat rekreasiku. Keluar masuk seperti taman permainan.
Lagilah dulu, ex – ugh! Kenapa aku masih memikirkannya? Dialah punca aku hampir dibunuh! - sering memanjakan aku dengan barangan di sini. Rupa-rupanya ia milik suamiku. Hah!
Tiba-tiba aku menjadi kanak-kanak yang rambang mata dengan permainan di hadapan. Setiap satu beg aku sentuh dengan mata yang membulak. Setiap satu juga, aku letakkan kembali ke rak, tidak sanggup melihat harganya melebihi kebiasaanku berbelanja.
"Miss Lewis, jika awak berminat, awak -."
"Lucy," aku menghadapnya dengan senyuman, sedikit palsu. "Boleh dapatkan saya minuman? Saya dahaga."
"Ah?" matanya terkebil-kebil. "B-Baik, Miss Lewis. Minuman apa yang Miss Lewis mahukan?"
"Apa sahaja yang mengambil masa 1 jam untuk siap."
Ugh! Mengganggu betul! Harapannya fahamlah dia maksudku. Dengan garisan dahi kelihatan dalam di dahinya memikirkan jawapan kepada 'teka-teki' ku, dia meninggalkanku untuk apa sahaja minuman yang siap dalam 1 jam. Aku sendiri tidak tahu jenis minuman itu. Apa sahaja asalkan dia jauh daripadaku.
Aku keluar dari butik itu menuju ke butik lain khas untuk lelaki. Pastinya aku ingin menyediakan sesuatu untuk Levi. Selama aku mengenalinya, tidak pernah aku melihat satu jenama mewah di badannya. Mungkin hanya jam tangan.
YOU ARE READING
His Enchanted Luna (Werewolf Ongoing)
WerewolfSiri kedua Werewolf. Selepas meninggalkan komuniti, Levi dan Maya memulakan kehidupan baru di tengah kota New York seperti manusia biasa. Bekerja untuk mendapatkan wang. Pada masa yang sama, Levi membuat persiapan terakhir sebelum misinya bermula...