Levi: Perkahwinan

198 22 6
                                    

Sorakan penonton tidak mengganggu fokusku. Hanya dalam tempoh masa kurang daripada tiga minit, musuh tumbang KO sepenuhnya. Kemenangan berpihak kepadaku. Dan ini ialah kemenangan kedua berturut-turut untuk malam ini sahaja.

Tumbukan demi tumbukan digasak ke mukaku tetapi aku bertahan dengan tangan

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Tumbukan demi tumbukan digasak ke mukaku tetapi aku bertahan dengan tangan. Kata Beta Augus, ini ialah MMA – MIXED MARTIAL ARTS. Tak sukar bagiku. Tapi aku kasihan dengan pihak lawan. Untuk perlawanan yang ketiga, aku lebih bersahaja. Aku membiarkan beberapa bahagian badanku diambil mata lawan kerana sekarang aku sedar, ini sekadar hiburan buat mereka. Jika aku menang terlalu awal, mereka tidak akan mahu aku berada di atas pentas ini lagi sedangkan aku perlu.

"Cepat habiskan dia!"

"Jangan buang masa!"

"Levi!"

Di luar gelanggang, keriuhannya bingit melampau. Pasti si beta bimbang aku tewas kerana sudah pusingan kelima, aku masih tidak menghabiskan lawanku. Biarlah Blake bermain dengan permainannya terlebih dahulu.

Lagi, aku perlukan wang. Sangat memerlukan wang. Setelah sekian lama diam di komuniti, ternyata kehidupan di sana lebih mudah. Jika ada rakyat yang kekurangan, pasti akan ada pihak yang membantu. Saling bantu-membantu, takkan ada rakyat yang kelaparan pada waktu malam. Kami juga boleh berburu di hutan. Untuk kemewahan, tiada dalam senarai hidup kami.

Tetapi di sini, aku bersama Maya. Jauh dari jangkauan komuniti. Sekiranya aku tidak menyediakan keperluannya, siapa lagi? Baru aku sedar, akaun ku kosong. Bagaimana aku hendak memberikan yang terbaik kepada isteriku jika aku tidak punya apa?

"Levi, jangan bazir masa! Habiskan dia!"

Beta Augus menjerit di luar gelanggang besi yang mengurungku dengan pihak lawan. Hmm... baiklah. Aku juga rindu untuk memeluk isteriku. Jika aku terus bermain di sini, masaku bersamanya akan berkurang untuk satu hari.

Akhirnya, dengan hanya satu tumbukan di bawah dagunya, lawanku tersungkur jatuh dan

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Akhirnya, dengan hanya satu tumbukan di bawah dagunya, lawanku tersungkur jatuh dan... KO. Aku tahu dia tidak akan sedarkan diri untuk satu jangka masa. Tenaga yang aku gunakan tidak sampai satu peratus pun.

"Levi Johnson!" Tanganku diangkat sebagai pemenang. Sekali lagi, penonton bersorak bagai nak gila. Pasti ada yang menang pertaruhan. Aku pula? Kali ketiga, kemenangan sepuluh ribu dolar.

His Enchanted Luna (Werewolf Ongoing)Where stories live. Discover now