TENTANG DIRIKU

22 3 0
                                    

Buat diriku
pesan pada sanubari
janji Allah itu pasti.

Biarkan atma tersakiti
kerana ujian dari-Nya
asalkan kamu tetap dekat
dengan Sang Pencipta.

Wahai diri
jikalau hati sedang berduka
teruskan tersenyum pada dunia.

Kerana mungkin saja
itulah penawar duka
yang kamu cari selama ini.

Pujuklah hatimu yang kian rapuh
bahawa lukamu perlukan masa
untuk benar-benar sembuh.

Wahai diri
jikalau harimu tidak seperti selalu
didiklah jiwamu agar terus bersabar.

Kerana mungkin saja
itulah ubat penenang
yang telah hilang.

Ya Allah
yakinkanlah diriku
bahawa aku mampu
menghadapi segala ujian-Mu.

NUKILAN GERIMIS [OG]Where stories live. Discover now