Kadang aku bersinar
kadang aku pula yang sirna.Tak pernah ku duga
sepahit ini ketika berjuang.Tak pernah ku sangka
semanis ini seandainya menang.Mungkin inilah cara Tuhan
membimbing setiap hamba-Nya
agar terus kuat bertahan.Pada awalnya
sukma diam tidak berbunyi
seolah-olah sudah memahami.Akhir waktu nanti
bintang kecil di hati
pasti melompat teruja
dek berjaya mencari hikmahnya.Mungkin saat ini
hanya kamu benar-benar memahami
segala penat lelah yang dihadapi.Jangan berhenti berjuang
hanya kerana dirimu kian menghilang.Teruskan mencari diri yang sirna
supaya hidupmu kembali bersinar.Tenanglah
kamu tidak keseorangan
Dia sentiasa ada bersama
membimbingmu menuju masa depan.
YOU ARE READING
NUKILAN GERIMIS [OG]
PoesiaKini, sudah tiba masanya kamu belajar mencintai diri sendiri. Pujuklah hatimu dengan kata-kata puitis yang mampu membina semangat baru. Jangan biarkan dirimu terus hanyut dibuai kesilapan masa lalu. Ingat, kamu telah memilih untuk berjuang kerana Sa...