Malam ini, Jenna termenung jauh. Apa yang Jenna fikirkan sampaikan notifikasi masuk pun tak sedar?
"Kenapa dengan tuan Alex tu, asal dia miang sangat jadi boss. Macam mana lah agaknya pekerja dia yang lain boleh tahan dengan perangai dia? Ke dia miang dengan aku sorang aje? Belum kerja lagi kau dah tunjuk perangai miang kau itu!" Suara Jenna marah.
Jenna mengambil tempat duduk di atas katil bujang miliknya. Dia pandang sekeliling kamarnya. Tiba-tiba matanya terhenti pada sebuah frame gambar yang terletak di atas rak buku.
perlahan-lahan dia bangun dan kaki dibawa menuju ke arah gambar itu. Tanpa dia sadari, air matanya kini sudah mengalir lesu di pipi.
"Ibu... Jenna rindukan ibu. Jenna taknak Puan Melisa jaga Jenna. Sebab itu Jenna pilih untuk duduk dekat sini, biarpun rumah ini hampir roboh sekalipun, sebab disini banyak kenangan kita bersama. Walaupun Puan Melisa layan Jenna seperti anak dia sendiri, tapi dia bukan ibu."
Puan Melisa adalah kakak kandung arwah ibu Jenna. Tiba-tiba jenna teringat tragedi yang menyedihkan pada tujuh tahun yang lepas. Ibu jarinya mengelus-elus wajah cantik si ibu di gambar itu.
Tubuh Jenna sedikit tersentak tatkala mendengar deringan daripada telefon pintar miliknya yang berada di atas katil itu. Tanpa menunggu lama, Jenna terus mencapai telefon pintarnya itu dan menggesel ikon hijau itu ke atas untuk mengangkatnya.
"Assalamualaikum. Hello Nat? Ada apa call?"
"Waalaikumusalam Jenna. Aku rindu kau lah... Mana kau menghilangkan diri. Kenapa lari dari rumah?" Soal Natasya serius.
Natasya merupakan anak kepada Puan Melisa. Apabila disoal sebegitu laju sahaja liur masuk ke dalam kerongkong.
"Kau tahu kan? Kau dah jauh dari family. Kau sebatang kara Jenna. Ibu Ayah kau dah tiada. Kalau ada apa-apa yang terjadi tiada siapa yang tahu Jenna. Kami Jauh, Jenna. Dah seminggu kau pergi." Marah Natasya.
"Kau jangan risau lah, Nat. Aku dekat sini dah kerja." Balas Jenna bersahaja tanpa berfikir sepuluh kali.
"Kau kerja apa Jenna? Takkan semudah itu dan secepat itu? Bagitahu aku Jenna. Kita sepupu." Nada yang digunakan oleh Natasya semakin tinggi.
Jenna tarik nafas dalam-dalam lalu menghembusnya dengan perlahan. "Aku dapat tawaran daripada sya...syarikat Zander's Holding." tersekat-sekat Jenna membalasnya
"Wow, Jenna. Kau tak rasa something ke? Kenapa kau, kenapa tak orang lain? Padahal banyak lagi orang lain yang memerlukan. Apa-apa pun kau kena banyak berhati-hati Jenna. Aku tak rasa ini tawaran tapi aku rasa ini adalah jeratan. Assalamualaikum." Belum sempat Jenna bertanya kenapa, skrin telefon pintarnya sudah berubah gelap menandakan panggilan itu sudahpun tamat.
"AKU dah lama kenal kau Jenna, cuma kau tak kenal aku siapa. Aku kesian dengan kau, banyak dugaan yang kau kena tempuh. I know Jenna, aku tahu semua latar belakang kau." Senyuman manis terukir di hujung bibirnya. Tanganya mengelus-elus wajah Jenna yang berada di frame di atas mejanya.
'Jujur, aku cemburu bila ada jantan lain dekat dengan kau, Jenna. Sebab aku nak kau jadi milik aku untuk selamaya.' getus hati Alex seraya frame gambar ditanganya diletakkan kembali diatas meja itu.
Tiba-tiba pintu kayu besar itu dikuak dari luar. Kelihatan dua orang lelaki sedang menghampiri tubuh Alex yang sedang duduk disebuah kerusi.
"Malam ni tiada tiada kerja yang kami perlu jalankan ke, King Zan?" Ujar dari salah satu di antara mereka berdua.
"Hari ini tiada, Rayden. Semua hutang diaorang dah complete. Tapi esok aku ada kerja untuk kaurang." Terang Alex serius.
Mereka berdua hanya diam. Terus menunggu tutur kata yang dilontarkan kepadanya mereka sendiri.
YOU ARE READING
OG| TERCIPTA UNTUKKU
HorrorSiapakah Alex Zander yang sebenarnya? Semua itu akan terungkap bila tiba masa yang tepat nanti. "Jadi isteri aku Jenna" -Alex Zander Tetapi hati Jenna retak apabila dia dapat tahu kisah silam Alex yang sangat kejam "Lepas apa yan...