ALEX ZANDER 6

8 5 0
                                    

Telefon yang berdering didalam genggamanya itu di tenung lama. Hampir setiap hari telefon itu berdering meminta diangkat. siapa lagi kalau bukan daripada Aizat. Tak sangka Jenna masih menyimpan nombornya.

Dia bangun lalu mencapak telefon itu ke katil. Langkah kakinya dilajukan untuk menghampiri bilik Jenna. Tetapi Niatnya terbantut apabila pintu berwarna putih itu menjadi tarikanya.

Lambat-lambat dia menghampiri bilik putih itu. Tombol pintu dipulas seketika. Apabila pintu berjaya dikuak dapat dilihat banyak senjata api yang tergantung didinding itu. Meja kerja iu ditenung lama.

Laungan Jenna menyentakkan tubuhnya. Dia terus meninggalkan ruangan itu dan menutup rapat pintu itu dan mendekati figura Jenna.

"Y... Yes?" Balas Alex gugup. Nasib baik dia cepat-cepat keluar. kalau tidak?

"Saya dah siap. Jadi tak kita nak pergi ini?" Tanya Jenna. Memandangkan hari ini hari minggu. Tadi subuh dia mengarahkan Jenna untuk bersiap, katanya nak bawa berjalan.

Sepi, tiada jawapan dari jejaka itu. Dahinya berkerut. Kenapa dengan Alex ini? Macam ada yang tak kena aje.

Alex diam. tubuhnya masih terkaku disitu. Ini kena sampuk ke macam mana? Nak kata aku cantik taklah cantik mana. Bebel Jenna dalam hati.

"Tuan?!" Sergah Jenna.

"Beautiful... shall we?" Langkah kaki dibawa menuruni anak tangga. Dahi licin Jenna berkerut seketika.

Dia rasa biasa saja. Mata Alex ini rosak ke? Tanpa banyak basa-basi, Jenna terus mengikuti Alex menuju ke garaj kereta.

"Come in..."  Pelawa Alex selepas membuka pintu keretanya dibahagian hadapan. Jenna menggenggam tali handbagnya apabila matanya bersabung dengan mata jejaka itu.

Ya tuhan. kacaknya jejaka yang kau pinjamkan kepadaku....

Jenna menggeleng kepalanya. Ya allah... Buat mengucap Jenna...

Alex menjongketkan keningnya apabila Jenna hanya mendiamkan diri. Haihh, kenapa hari ini jejaka itu nampak lebih maskulin? Dengan bibir merah jambunya lagi, membuktikan dia tidak merokok!

Tak semena-mena Alex melambaikan tanganya di hadapan wajah Jenna. "Jenna, what's wrong?" Tanya Alex perihatin. Wajahnya jadi semakin risau. Gadis itu baru sahaja sembuh daripada demam tempoh hari. Takkan nak deman lagi?

"Sa... Saya okay..." Balas Jenna tersekat-sekat. Tapi wajahnya hanya selamba.

"TERIMA kasihlah sebab dah sudi bawa saya jalan-jalan hari ini. Selama saya duduk dengan tuan, baru kali ini saya berani nak minta tuan bawa saya jalan-jalan." Adu Jenna. Daripada tadi mulut gadis itu tidak berhenti mengoceh. Alex pula cuma tertawa melihat gerak-geri Jenna itu. Comel!

"Jenna Adwen!" Panggil seseorang. Tiba-tiba dadanya mula rasa sesak. Dia kenal suara itu. Malahan, suara itulah yang dibenci olehnya.

Alex dan Jenna berhenti melangkah. Tubuh mereka dipusingkan menghadap si pemanggil itu. Alex menyimpan senyuman sinisnya didalam hati. Jenna pula hanya memandangnya dengan pandangan kosong.

Jejaka itu mendekati mereka berdua. Semakin sesaklah dada Jenna dibuatnya.

"A... Aizat... Apa a... Awak buat dekat sini?" Tanya Jenna cuba meminta kepastian dari jejaka itu.

"Saja pusing-pusing. Tak sangka pulak terjumpa sayang dekat sini." Balasnya dengan wajah yang tidak ada reaksi. Perkataan 'sayang' itu sengaja ditekan sedikit supaya lebih senang nak bagi lelaki disebelahnya dengar. Tidak semena-mena ada senyuman sinis yang terlakar dihujung bibirnya.

Mata Jenna terbuntang. Sayang? Dengar suara pun dah benci apatah lagi sayang? Huwerk nak muntah aku! Omel Jenna, tetapi hanya didalam hati. Wajahnya cuba dikawal untuk tetap tersenyum.

Alex yang mendengarnya sudah mula panas. Dinding kesabaranya semakin menipis. Perlahan-lahan tanganya mengepal membentuk buku lima.

"Kemana kau menghilang Jenna? Aku call, kau tak angkat. Aku mesej, kau tak reply..." Aizat cuba untuk membuat suara manjanya. Riak wajah Jenna tiba-tiba bertukar jijik.

"Telefon sa... Saya hilang..." Jujur Jenna. Ya, semenjak kejadian malam itu, dia langsung tak nampak kemana telefonnya itu pergi.

"Ohh... Iyakah? Mesti sayang ada telefon baru kan? Ini nombor aku. Jangan lupa call, okay?" Balas Aizat selamba. Tanganya yang memegang card nombor telefon itu dihulurkan kepada Jenna.

Tidak sempat Jenna mahu mengambil card itu. Tangan Alex lebih pantas mencapainya. Sempat Alex melihat nombor telefon yang tertera disitu sehinggalah mata Alex dan Aizat bersabung seketika, sebelum card itu dikoyakkan oleh Alex sendiri. Mulut Jenna melopong kerana tidak percaya.

Aizat mencelung mata Alex tajam. Kini dinding kesabaranya pula yang hampir musnah disebabkan jejaka itu. Sial! Patutlah King Cobra buang dia! Omel jejaka itu dalam hati.

"She's my wife! Sentuh dia kalau dah sedia nak hadap tuhan." Ujar Alex sinis. Dia tidak takut untuk menikam anak mata helang Aizat itu. Nak dibandingkan dia dengan Aizat. Dia lagi seram.

Selepas mendengar sebaris ayat daripada Alex, mulutnya seperti digam. Tidak mampu untuk membalas apa-apa. Namun, amarahnya cuba ditahan kerana disini tempat awam. Kalau tidak, pasti sudah lunyai dah muka Alex dia kerjakan.

"Sayang, jom. Kata nak teman abang makan. Laparlah..." Alex mengeluarkan kata-kata mutiaranya untuk memanaskan suasana. Rahang Jenna jatuh ke bawah. Sayang? Abang? Wow, ini dah melampau.

Tiba-tiba tangan Jenna ditarik oleh Alex untuk beredar daripada situ. Nasib baik dia boleh imbangkan badanya, kalau tidak pasti dia sudah tersembam ke atas ubin yang bersinar ini. Mana dia nak letak muka dia lagi selepas ini?

Aizat yang melihat kepergian mereka berdua mula rasa panas hati. Kau takkan boleh bersama Jenna. Dia aku punya lah, sial! Marah Aizat hanya mampu meluah didalam hatinya sahaja.

"Larilah selagi kau boleh, Jenna. Akan tiba masanya untuk aku dapatkan kau semula. Kalau cara baik gagal, aku terpaksa guna cara kasar."

TO BE COUNTINUED

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Sep 05 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

OG| TERCIPTA UNTUKKUWhere stories live. Discover now