Dua bulan berlalu dengan begitu pantas. Jenna tersenyum melihat gelagat Rayden dan David yang sedang bergaduh sebab berebut game seperti kanak-kanak. Dia baru tahu Alex mempunyai sahabat yang selucu ini.
Tiba-tiba senyumanya menjadi tawar, apabila fikiranya tiba-tiba teringat akan kejadian dua bulan yang lepas. Dia masih trauma dengan kes penculikanya dengan dua orang lelaki misteri itu. Sampai sekarang dia masih cuba umtuk cari tahu siapa geranganya. Mahu lapor ke pihak polis, tapi Alex melarangnya untuk membuat hal tersebut. Katanya, nanti jadi semakin rumit sebab mereka semua licik.
"Jenna. Kau okay tak?" Sapa Alex. Sedari tadi dia nampak Jenna hanya termenung sahaja. Fikir apa pun dia tak tahu.
Jenna menoleh kepala pada Alex sekilas sebelum dia mengoyakkan sedikit senyuman dibibir mungilnya.
"Saya okay, tuan tak perlu risau lah." Balasnya acuh tak acuh.
sepi.
Alex memanggung wajah Jenna penuh minat. Wanita ini mampu menghancurkan pintu besi dihatinya. Tanpa sedar, senyuman manisnya terlakar juga dihujung bibirnya.
"Saya rindu arwah ibu saya. Boleh tak kalau tuan temankan saya ke makam ibu saya? Banyak benda yang saya nak ceritakan pada dia." Pinta Jenna. Tubir matanya sudah mula berkaca. Teringat ibunya meninggal dengan cara yang agak tragis. Dia takkan maafkan orang yang dah bunuh ibunya itu.
Wajah Alex berubah simpati. Dia mengalihkan pandanganya. Dia lemah bila tengok air mata Jenna mengalir. "Ya, boleh. But, please stop crying. Aku lemah tengok air mata kau, Jenna." Nada suara Alex sedikit bergetar.
Dia tidak bercakap bohong. Kalau A, A lah jawapanya tiada B dan lain-lainya.
Sedar akan perubahan suara Alex. Jenna terus mengelap air matanya itu di lekuk pipinya.
Muka macam ais batu tapi lemah tengok perempuan menangis. Kata lelaki sejati. Herdik Jenna dalam hati. Tidak semena-mena Jenna menertawakan Alex.
"Aku tak buat lawak Jenna." Kata Alex serius.
Jenna terus menutup mulutnya. Tak guna punya mulut. Tak baik gelakkan orang. Ish ish ish...
"ASSALAMUALAIKUM ibu, Jenna datang ini. Maaflah, Hari ini Jenna baru ada masa untuk datang. Jenna rindu sangat-sangat pada ibu. setiap malam Jenna berdoa semoga ibu tenang di alam sana. Dan ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman." Tubir mata Jenna mula memanas. Tipulah dia kalau dia tak rindukan arwah ibunya untuk selalu ada disetiap masanya.
Alex yang jadi pemerhati juga turut sebak. Kalau Jenna tahu puan Dahlia pergi kerana dirinya, pasti gadis itu akan benci kepadanya.
seusai Jenna melawat makam arwah ibunya, dia mengatur langkah keluar daripada tanah perkuburan itu.
"Dah ke?" Tanya Alex lembut. Sekali itu, seraut wajah jelita Jenna dipandang penuh cinta.
"Dah." Sebelum melangkah, Jenna memusingkan tubuhnya menghadap kepada makam ibunya. "Jenna balik dulu. Assalamualaikum..."
Apabila tubuh berjaya masuk kedalam kereta Alex. Hati dia terasa sedikit berat ingin meninggalkan kawasan tanah perkuburan islam itu.
"Kau okay, Jenna?" Tanya Alex disebelahnya. Matanya fokus memandang kearah Jalan raya yang sesak itu
"Ya saya okay. Jangan ri..."
"No. You're not. Don't lied to me, Jenna Adwen, aku kenal kau." Alex mencelah laju. Bukan Alex namanya kalau tak suka mencelah-celah ni!
Hening seketika. Lambat-lambat anak matanya melekat pada wajah bersih Alex.
"Saya masih teringat waktu saya diculik dulu. Saya takut benda itu terulang kembali." Jujur Jenna.
YOU ARE READING
OG| TERCIPTA UNTUKKU
HorrorSiapakah Alex Zander yang sebenarnya? Semua itu akan terungkap bila tiba masa yang tepat nanti. "Jadi isteri aku Jenna" -Alex Zander Tetapi hati Jenna retak apabila dia dapat tahu kisah silam Alex yang sangat kejam "Lepas apa yan...