ALEX ZANDER 4

12 5 0
                                    

"Mulai hari ni kau duduk dekat sini." Ujar Alex tiba-tiba apabila pintu kayu besar rumah itu berjaya dikuak.

Mata Jenna terbeliak. Jangan dibuat main. Dia ini bukan semahram dengan lelaki ini. Takut ada orang ketiga yang menghasut. Iaitu syaitan.

"Saya nak balik rumah saya. Bukan rumah tuan." Sekeliling rumah diperhatikan oleh Jenna. Perhiasan dan segala perabot didalam rumah ini nampak sangat elegan dan mewah dan cantik tersusun.

"Not now, Jenna," Alex menggelengkan kepalanya kekiri dan kekanan tanda tidak setuju.

"Tapi, kenapa... Tuan ada alasan apa untuk saya tinggal dekat rumah tuan?" Nada suara yang digunakan sedikit kuat. Membuktikan Jenna tidak setuju dengan Alex. Tiada alasan untuk dia duduk disini. Kecuali apabila dia dalam bahaya.

Ya. Jenna rasa lebih selamat bila bersama Alex. Tetapi, dia juga harus berjaga-jaga dengan jejaka ini, sebab semuanya boleh terjadi dalam sekelip mata sahaja. Dia berharap sangat moga dijauhkan oleh perkara-perkara yang tidak diingini.

Alex mencampak telefonya di atas sofa disebelahnya dan berjalan mendekati Jenna yang berdiri statik hanya beberapa meter dari dia.

"Sebab kau dalam bahaya Jenna! Kau nak jadi mangsa lagi ke?" Suaranya jelas kedengaran marah. Dia paling tak suka bila ada orang membantah semua rancanganya.

Ya. Jenna sekarang dalam bahaya. Bukan dengan Alex tetapi dengan anak buah king cobra. Kalau ketua Cobra tahu siapa dirinya, susahlah nanti.

Jenna diam tidak mengeluarkan sebarang suara pun. Tiba-tiba matanya tertangkap susuk tubuh seorang perempuan separuh umur menuju ke arah dapur. Dia siapa?

"Jangan risau, dia cuma pembantu aku. Dalam rumah aku ini, ada tiga pembantu. Dua perempuan dan satu lelaki. Nanti kalau aku tak ada, kau tak sunyi. Sebab kau ada kawan." Jawab Alex tiba-tiba seperi ada kelebihan yang boleh membaca fikiran seseorang.

Lega. Ada juga orang dalam rumah ini. Ingatkan hanya mereka berdua sahaja. Patutlah rumah nampak bersih aje walaupun duduk sorang.

"Kau nak berdiri berapa lama dekat situ? Sini ikut aku. Aku nak tunjukkan bilik kau."

Tanpa membung masa, Jenna terus mengikut Alex dari belakang dan menaiki anak tangga satu-persatu.

Pintu dikuak oleh Alex. Gelap gelita. Tanganya merayap pada dinding disebelah pintu untuk mencari suis lampu.

Pap!

Cahaya lampu itu menerangi seluruh kawasan bilik. Jenna menilik pada semua sudut bilik itu. Luas dan cantik!

"Ini bilik kau. Kalau ada apa-apa, kau naik tingkat tiga, lepas itu kau ketuk pintu warna hitam. Itu bilik aku. Dan untuk pengetahuan kau, tingkat tiga itu kawasan aku, cuma kau aje yang aku izinkan untuk naik situ." Tutur kata alex .

JAM didinding dipandang sekilas. Dah pukul 5:50 pagi. Tapi dia masih tidak boleh memejamkan matanya. Bila pejam mata, pasti teringat akan kejadian tadi. Mereka siapa? Apa yang mereka nak sebenarnya? Semuanya bermain didalam fikiran dan meganggu dirinya. Jujur, dia serabut dengan itu.

Azan subuh sudah berkumandang. Dia berjalan menuju ke arah balkoni. Angin yang sepoi-sepoi pada pagi ini sangat menyenagkan jiwanya.

Macam mana dia nak solat? Dia tidak mempunyai telekung. Pakaian yang dipakai pun tidak dapat menutup sepenuhnya aurat dia. Dia mengeluh perlahan. Berdosanya dia kerana meninggalkan rukun islam yang ke 2 itu.

Tiba-tiba pintu bilik Jenna diketuk dua kali. Lambat-lambat Jenna terus bergegas menuju ke arah pintu. Apabila pintu berjaya dikuak, dapat dilihat wajah tampan Alex menghiasi matanya. Astaghfirullah.....

OG| TERCIPTA UNTUKKUWhere stories live. Discover now