Before u gais baca, i'm really sorry for yg lama menunggu new chapter story ni ! rasanya dan setahun maybe since author memang busy gila² and nak sambung pun readers dah lama menyepi :( banyak kali terfikir nak sambung ke tak so author betul² mintak maaf yg memang dah lama menunggu & yg still letak buku ni kat reading list korang, thanks sangat² ❤️ i'm really appreciate this..so maybe cara penulisan author ada yg dah berubah dari sebelum ni. Author kena baca balik chapter² lepas sebab nak ingat jalan cerita dan akan ada cast² baru yg muncul. Saya akan re-edit buku ni but, enjoy this chapter guys.
-----
Seorang lelaki duduk termenung di birai katil sambil bermain-main dengan jari jemarinya. Ya lelaki itu ialah Wonwoo, lelaki yg menerima satu kertas bertulis tertera nama 'Choi Soobin'. Dia buntu dan merasa pelik memikirkan akan isi ayat di dalam kertas itu.
'choi soobin ? mintak tolong dengan aku ?'
Semasa dia sibuk mengelamun memikirkan tentang hal itu, satu petikan jari memetik ke arahnya dan itu secara drastik membuatkan dirinya berasa terkejut. Lamunannya terhenti dan dia sekilas memandang seseorang yg berdiri sedang melihatnya pelik.
"Kau jauh termenung ni, kenapa ?"
Seungcheol. Ya lelaki itu mula melabuhkan punggungnya di katil milik Junhui. Dia memandang Wonwoo lama dan itu membuatkan lelaki berkaca mata itu agak gugup.
"Takda lah aku cuma penat sikit jer. Hyung datang bilik ni nak apa ?".
"Aku datang sebab nak tahu sesuatu yg kau pernah cerita pasal asrama kita-".
"Cukup lah hyung".
Tidak dapat menghabiskan kata-katanya, Wonwoo lantas memotong dan terus sahaja lelaki itu bangkit dari katil. Kaki melangkah dan menuju ke pintu lalu dibuka.
"Aku nak rehat hyung, keluar lah. Kalau kau datang jumpa aku semata-mata nak tanya pasal asrama sial ni baik kau balik".
Seungcheol mendengus halus. Dia bangkit lalu mula keluar dari bilik itu. Bukannya tak tahu yg kalau mereka bertanya tentang asrama di sekolah ini pada Wonwoo, lelaki itu pasti akan mengelak jugak tidak ingin bercerita. Wonwoo tidak ingin menggunakan kelebihan sixth sense nya pada sesiapa pun. Dia tidak ingin.
-----
Jihoon meletakkan kasut sekolahnya di rak kasut belakang pintu biliknya. Dia mengeluh halus kerana penat lelah seharian berada di sekolah. Bag dicampak di atas katil juga tubuhnya dihempas lembut. Matanya tertutup rapat dan lengan kiri diletak di atas dahi.
Baru sahaja dia mahu memasuki alam mimpi, dia merasakan ada angin² kecil meniup di telinganya. Lantas menggaru telinga dan mengabaikan gangguan itu. Namun tetap juga angin kecil itu mengganggu di corong² telinganya. Sekali lagi dia mengabaikan, sekali lagi angin itu mengganggu. Dengan rasa tidak tahan, dia bangun dari baringnya. Kedua-dua mata menangkap kelibat satu makhluk yg memandangnya kosong.
Jihoon mengeluh kasar.
"Kau ni takda time lain ke nak kacau aku ? Aku nak tidur lah. Kau nak apa ?".
Soobin. Lelaki itu menggigit bibir bawahnya kecil. Dia mengeluh halus dan memainkan rambut² miliknya.
"Aku bosan lah. Kau main lah dengan aku".
YOU ARE READING
| RE-EDIT | 𝐆𝐡𝐨𝐬𝐭 𝐇𝐮𝐧𝐭𝐞𝐫𝐬 𝐒3 • 𝐓𝐡𝐞 𝐇𝐚𝐮𝐧𝐭𝐞𝐝 𝐃𝐨𝐫𝐦
Mystery / ThrillerHanya kerana sebuah asrama,....banyak kisah misteri dan menyeramkan berlaku. Ingin merasai dunia yang paling ditakuti ?? " SELAMAT DATANG PELAJAR ROYAL HIGH SCHOOL ". " KAMI AKAN BAWA ANDA KE HAUNTED DORM SEKOLAH KAMI ". Bersedia ?