—————
12 February 2020Kaki melangkah masuk ke kawasan bangunan yang terlalu ramai orang di situ. Kedua-dua tangan digenggam kemas. Baju uniform ditepis-tepis habuk dan mula menggenggam tali bag sandangnya. Keluhan berat dilepaskan.
Bisikkan² orang di sekeliling diendahkan. Peluh di dahi mula turun. Gigi diketap dan mata melilau mencari-cari sesuatu. Dihampiri sekumpulan lelaki yang beranggota 3 orang yang sedang berbual tidak jauh darinya.
"Maafkan saya, boleh saya tahu di mana pejabat ?".
Sekumpulan lelaki itu menoleh ke arahnya. Dia takut. Takut jikalau sekumpulan lelaki² itu adalah pembuli sekolah.
Ya, kini dia di kawasan sekolah.
"Tingkat 1".
Seseorang dari mereka menjawab sambil menunjukkan ke atas. Lantas ditunduk hormat serta secepatnya kaki melangkah ke tangga untuk ke bilik pejabat.
Seorang pelajar lelaki berjalan pantas menuju ke hadapan pintu pejabat sambil membebel keseorangan. Wajah cemberut jelas kelihatan. Dia memberhentikan langkahnya setelah seorang guru lelaki baru sahaja keluar dari pejabat.
"Ha kamu. Ada seorang pelajar baru dekat dalam. Saya kena cepat sebab saya ada hal. Jangan lupa tunjukkan kelas dia dan juga asrama lelaki".
"Baik saem(cikgu)".
Guru lelaki itu mula melangkah menuruni anak tangga ke bawah. Pelajar itu menghembuskan nafas berat. Tombol pintu dibuka dan kembali ditutup. Kakinya mendekati meja guru tadi dan terlihat seorang pelajar lelaki sedang memandang ke arah papan kenyataan. Wajahnya tidak kelihatan.
"Kau...pelajar baru ?".
Saat pelajar baru itu berpaling wajah ke arahnya, dia berasa tercengang seketika.
Adakah....
"Jihoon—ahh ?".
Pelajar baru itu juga tersentak. Senyuman terukir di bibir.
"Jimin hyung ?".
YOU ARE READING
| RE-EDIT | 𝐆𝐡𝐨𝐬𝐭 𝐇𝐮𝐧𝐭𝐞𝐫𝐬 𝐒3 • 𝐓𝐡𝐞 𝐇𝐚𝐮𝐧𝐭𝐞𝐝 𝐃𝐨𝐫𝐦
Misterio / SuspensoHanya kerana sebuah asrama,....banyak kisah misteri dan menyeramkan berlaku. Ingin merasai dunia yang paling ditakuti ?? " SELAMAT DATANG PELAJAR ROYAL HIGH SCHOOL ". " KAMI AKAN BAWA ANDA KE HAUNTED DORM SEKOLAH KAMI ". Bersedia ?