T H R E E

522 77 33
                                    


-----


+ POV JIHOON +

Aku termenung seketika. Apa yang aku lihat tadi benar. Betul² benar. Seorang lelaki berpakaian sekolah sama denganku duduk memeluk lutut di tandas.

Mungkin khayalan aku kot ?

Tapi kenapa muka dia pucat ?
Bibir dia merekah ?
Mata dia pudar ?

Aku termenung sehinggakan tersentak akan tepukkan meja oleh Chan. Lantas mata aku memandangnya yang sudah pun berdiri bergalas bag sekolah.

"Kau tak nak balik ke ?".

"Eoh ? Ohh okay² ".

Segala buku dan peralatan sekolah aku simpan dengan cepat dan mengejar langkah Chan di hadapan. Hangyul dan Felix menyapa kami di sebelah.

"Huhuhuhu cepat lah aku lapar ni".

"Kau sabar boleh tak ?".

Kelakuan comel Hangyul menggoncang lengan Felix dengan harapan agar kami semua pulang cepat membuatkan aku ketawa kecil. Chan yang juga melihat hanya menggelengkan kepala sahaja.

"Heyyo gaiss".

Mark datang merangkul leher aku dengan senyuman lebar. Badanku tergoyang sedikit ke kiri dan ke kanan akibat daya gerak lengannya.

"Macam mana sekolah hari ni ? Okay ?".

Aku tersengih kecil sambil mengangguk.

"Mana Yeonjun ?".

"Ohh dia kata dia lambat balik sebab ada study group".

Riak wajah murung Mark aku perhatikan. Entah lah aku rasa lelaki bernama Yeonjun itu mengerikan. Aku tegur langsung sepatah jer dia jawab.

"Dia tu banyak sangat study lah. Kesian takut dia bahayakan otak dia".

"Bro....study tak bahaya pun. Corona lagi bahaya".

Ya Mark...benda tu lagi bahaya...dan yang paling bahaya adalah bila kami sekarang sudah berada di hadapan asrama.

Aku dapat rasa angin lain macam bila aku dekat dengan bangunan ni.

Kenapa ehh ?

-----

"Jungkook-ahh".

Seorang lelaki berpakaian baju t-shirt putih, menoleh ke belakang dengan riak wajah yang kosong. Senyuman gerangan yang memanggilnya itu langsung diendahkan.

"Kau nak apa hyung ?".

Jimin mengendurkan senyumannya tanda protes dan mula menapak ke katil. Kakinya disilakan dan berpeluk tubuh.

Mulutnya dimuncungkan.

"Hyung tengok Jungkook macam tak suka jer adik sepupu hyung tu".

Dahi dikerutkan dan keluhan berat dilepaskan. Bag kecil disandang.

"Jihoon ?".

"Habis tu siapa pulak ?".

"Bukan Kook tak suka tapi-".

Ayat dijedakan secara tiba². Jimin memandang Jungkook yang sedang melihat ke satu sudut bilik.

"Tapi ? Tapi apa ?".

| RE-EDIT | 𝐆𝐡𝐨𝐬𝐭 𝐇𝐮𝐧𝐭𝐞𝐫𝐬 𝐒3 • 𝐓𝐡𝐞 𝐇𝐚𝐮𝐧𝐭𝐞𝐝 𝐃𝐨𝐫𝐦Where stories live. Discover now