- Don't think what you see -
22 April 2019Seorang pelajar lelaki melihat ke arah jarum jam di tangan yang sudah menandakan waktu senja ingin timbul. Dia mengeluh halus sebelum segala buku-buku di atas meja disimpan di dalam bag. Dia bangun dari duduk lamanya dan menggalas bag untuk keluar dari kelas.
Kawasan sekolah yang sunyi dan sepi ketika itu dipandang sekilas. Sudah lewat dirinya pulang dari sekolah dan ingin ke sebuah bangunan yang tidak jauh dari sekolah itu.
Kaki melangkah menuju ke lorong gelap bangunan yang agak sunyi dengan kepenatan seharian.
"Eohh??— Kai ahh. Ke mana??".
Dia melihat seorang lelaki bergegas turun dari tangga dengan peluh di dahi. Lelaki itu tercungap-cungap menahan nafas.
"Jihyeong hyung...mati!!!".
"Mwo??".
Terkejut dan sangat terkejut. Dia menghantar anak mata ke arah lelaki itu yang sudah pun pergi. Sejak-sejak ini terlalu banyak kes kematian pelajar yang dikatakan dibunuh. Namun tiada bukti kukuh. Pihak sekolah terpaksa tutup kes ini daripada orang luar.
Lelaki ini berjalan ke arah anak tangga dengan membawa banyak tanda tanya di dalam fikiran. Matanya tertancap ke arah tubuh tinggi seorang lelaki yang baru turun dari tangga.
"Annyeonghasae—".
Dan ketika itu lah penglihatannya menjadi gelap, dia rebah di situ. Samar-samar dia melihat tubuh tinggi lampai itu seperti memegang sesuatu di tangan dengan senyuman sinis sebelum matanya tertutup
—————
Banyak lagi yang perlu anda semua tahu ....
Sudah bersedia ???
YOU ARE READING
| RE-EDIT | 𝐆𝐡𝐨𝐬𝐭 𝐇𝐮𝐧𝐭𝐞𝐫𝐬 𝐒3 • 𝐓𝐡𝐞 𝐇𝐚𝐮𝐧𝐭𝐞𝐝 𝐃𝐨𝐫𝐦
غموض / إثارةHanya kerana sebuah asrama,....banyak kisah misteri dan menyeramkan berlaku. Ingin merasai dunia yang paling ditakuti ?? " SELAMAT DATANG PELAJAR ROYAL HIGH SCHOOL ". " KAMI AKAN BAWA ANDA KE HAUNTED DORM SEKOLAH KAMI ". Bersedia ?