Rumah Tanpa Luka : Bab 5

73 5 1
                                    


Luka mungkin sakit.

Luka akan menguatkan.

Tapi bagaimana jika luka hanyalah luka.

Beberapa barang yang baru sampai direkod dengan cermat sebelum barang tersebut disusun ke rak. Pergerakannya perlahan. Entah kenapa dia rasa tak larat betul hari ini. Kepalanya rasa berpusing. Mungkin kerana dia hanya tidur dua jam sahaja semalam.

"Nik, kau okey tak?" Tegur Syakira yang perasan dengan keadaan sahabatnya.

"Okey je."

Rendah julat suara Nik mengundang rasa tanda tanya. Belakang tangan Syakira naik lalu menyentuh dahi Nik. Panas.

"Patut muka kau pucat. Kau demam ni, Nik."

Tangan naik menyentuh dahi sendiri. Ya ke dia demam? Patutlah rasa tak larat betul. Sangkanya, dia cuma penat.

"Alah, sikit je ni. Kejap lagi aku telan pil panadol. Okeylah..." Tutur Nik kembali menyambung kerja yang ada.

"Eeei, degillah kau ni." Melihat Nik yang tidak mengendahkan bebelannya, Syakira terus merampas cardboard yang berada di tangan Nik. Tubuh rakannya itu ditolak ke ruang belakang. Ruang yang mereka gunakan ketika waktu rehat.

"Duduk sini. Rehat."

"Tak bolehlah macam ni, Kira. Nanti apa pekerja lain cakap?" Dia kembali berdiri. Memang Syakira sekeluarga baik kepadanya. Tapi itu tak bermakna dia boleh mengambil kesempatan.

"Eh Nik, Speedmart ni bapak aku punya. Jadi aku pun ada kuasa nak suruh kerja ke rehat ke dekat staf. Kau rehat je. Lagipun, kalau staf lain sakit aku akan buat benda yang sama. Apa kau ingat ni kedai firaun ke nak kerah tenaga orang macam hamba?" Sempat lagi Syakira menyelitkan bebelannya.

Ah, semalam baru dia rungutkan kepayahan yang dia rasa. Tapi dia lupa, Tuhan sentiasa mengirimkan bantuan-Nya juga melalui teman yang baik seperti Syakira.

Syakira menghilang ke ruang depan sebelum muncul dengan minuman 100 plus dan panadol.

"Makan ubat dulu. Lepas kau dah okey, kau balik rehat kat rumah."

"Thanks Kira. Nanti aku makan. Aku nak ambik Rose dari sekolah kejap lagi." Dia hargai niat baik Syakira tapi matanya ini cepat layu jika makan apa-apa jenis panadol.

"Panadol ni tak mengantuklah."

"Ya tahu. Tapi biar aku makan lepas aku ambik Rose ya."

"Alah, kau makan je. Biar aku ambik Rose kejap lagi." Gesa Syakira lagi. Nada suaranya sudah berbaur bimbang.

"Tak apa. Aku okey."

"Eeei... berapa banyak degil yang kau ternak ni? Kau sedar tak yang kau kerah kudrat kuat sangat? Bila badan kau tak cukup rehat, kau akan cepat jatuh sakit." Manakan tidak, siang sibuk bekerja di Speedmart. Malam menjahit atau menerima tempahan sulaman. Pagi-pagi pula dah bangun buat kuih untuk dijual. Bila masa sahaja sahabatnya ini berehat?

"Lepas dengar kau membebel kan, aku rasa demam aku dah kebah. Suara kau macam suntikan antibiotik yang boleh menyembuhkan." Perli Nik dengan senyuman.

Pecah tawa Syakira.

"Demam-demam pun mulut kau ligat menjawab, kan? Mulut kau tak reti nak demam jugak ke?" Mahu saja Syakira starlight dahi Nik itu.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Aug 17, 2023 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Rumah Tanpa LukaWhere stories live. Discover now