"When marimba rhythms start to play, Dance with me, make me sway~"
Maria menyanyi sambil menulis sesuatu di fail yang dihantar di atas mejanya. Fail dari Fly High Studio.
"Only you have that magic technique~"
"Senang hati hari ni Cik Maria." teguran Fiffy mematikan nyanyian Maria. Dia mengangkat kepala dan melihat Fiffy yang sedang berjalan masuk ke pejabat.
"Good morning Fiffy." Sapa Maria bersama senyuman. Fiffy membalas senyuman Maria.
"Morning Cik Maria. Cik Maria dah breakfast? Nak saya belikan apa-apa tak?" soal Fiffy sebaik dia berdiri di depan meja Maria.
"No need. Just singgah kedai roti favourite saya on the way ke shooting nanti. Kita ada shooting SCH nanti kan?"
"Yup. Saya nak packed beberapa barang lepas tu kita gerak. Jiro dan tunggu kat bawah." Kata Fiffy kemudian dia berjalan ke mejanya.
Maria menyudahkan kerjanya dan turut bangun dari kerusi. Dia mencapai apa yang patut dibawa bersama.
"Awal Cik Maria masuk ofis hari ni."
"Oh saya tidur sini semalam." jawab Maria.
"Again? Cik Maria tak dapat tidur ke malam semalam?" ada nada risau dari soalan Fiffy. Maria hanya tidur di pejabat atas dua sebab.
Pertama bila kerja dia terlalu banyak dan dia malas nak balik ke rumah. Kedua, bila dia tak dapat tidur di rumah. Dan sejak hari Maria dikejarkan ke hospital gara-gara overdose tempoh hari, dia boleh kira berapa hari je di mana Maria pulang ke rumah untuk tidur dan berehat.
"Nope. Malam semalam, untuk pertama kalinya, saya dapat tidur yang sangat berkualiti. Sebab tu mood saya okay pagi ni." Maria senyum lebar. Nadanya juga ceria.
Patutlah dia menyanyi senang hati pagi tadi. Fiffy turut senyum gembira melihat Maria.
"Cik Maria, it's time." kata Fiffy menandakan mereka perlu segera bergerak ke lokasi penggambaran.
"Alright."
+++
Walaupun kata Maria, dia dapat tidur yang secukupnya malam semalam, namun saat ini, sempat lagi dia memejam mata sementara menunggu untuk sampai ke destinasi. Lokasi penggambaran hari ini agak jauh. Maria memakai penutup mata dan dia sudah lena di kerusi. Fiffy pula menyemak skrip untuk babak hari ini.
Tiba-tiba telefonnya berbunyi. Panggilan dari pembantu pengarah. Segera Fiffy menekan butang hijau.
"Fiffy, penggambaran hari ni kita buat kat lokasi baru. Saya send location kat whatsapp." Kata pembantu pengarah.
"Okay." Jawab Fiffy dan talian dimatikan. Segera dia membuka whatsapp dan di situ ada location di hantar bersama mesej;
"Kita shoot lokasi baru tapi scene yang sama. No changes in line." - Asst. Director.
"Jiro, tukar lokasi. Kita filming kat sini." Fiffy menunjukkan nama dan alamat tempat dan Jiro mengangguk.
+++
Jambatan XX
Van berhenti dan Fiffy dapat lihat kru-kru produksi sedang bertungkus lumus menyediakan tempat penggambaran. Kamera, lighting, semuanya sudah sedia. Team makeup dan stylist Maria juga sudah sampai di lokasi. Dia dapat melihat van milik Irana dan Daim juga sudah sampai. Dia menoleh ke kirinya. Maria masih belum bangun.
"Jiro, saya nak jumpa director dulu. Dan biarkan je Maria tidur. Nanti saya balik, saya kejut dia." kata Fiffy. Seperti biasa, Jiro mengangguk.
Fiffy keluar dari van. Jiro menoleh melihat Maria yang sedang tidur. Dia adjust supaya air-cond mengenai Maria, membuka tingkap sedikit dan dia keluar dari van. Dia mahu ke tandas sekejap.

ANDA SEDANG MEMBACA
Love, Maria Anne ✅
RomanceFly High Series Book #1 +++ Dark hair, red lips, pale skin, foxy eyes. The witch. - Maria Anne Chairman Fly High Company ini ada semuanya - karier, kekayaan, kecantikan, keluarga tapi satu benda yang dia kurang; "She's unable to love anyone other th...