Chapter 6

5 0 0
                                    

Suasana rumah ketika ini seperti pesta muda mudi, padahal yang ada di dalam rumah ini hanyalah tiga orang sahaja. Nampak tak, tiga tiga ni mulut murai? Pantang dapat topik, sampai ke malam dibahas lagi.

" Sumpah tak tahan! Bengong lah Evan.. pastu dia tu warded ke sekarang ? Jahanam lah engko bila daddy tahu ni." Sakit perut Nylea mendengar cerita daripada Ervan.

" Matilah aku weh! Apa apa pun memang aku kena hadaplah. Si budak tu pun tak bercakap sepatah pun dengan aku lepas incident tu. Sumpah tidur tepi jalan lah aku nanti bangkek!" Adu Ervan.

" Yang kau pun satu.. apahal paksa dia main kalau kau tahu dia takde bakat macam kau? Padan muka lah memang patut pun tidur tepi jalan." Bebel Eva.

Ada ke patut Ervan paksa adik perempuan dia main tennis? Tak pasal pasal bola tennis tu terkena kepala adiknya. Bukannya slow, kuat pula tu kena.

" Habistu kau expect dia jaguh sukan apa ? Dia tu tak active, aku paksa lah dia bersukan. Gymnast tak nak, badminton tak nak. Apa je yang dia nak? Tidur? Menghadap cerita korea dalam bilik?" Bengang Ervan.

"She still young, Ervan. Kau paksa paksa dia lagi dia malas nak bersukan. Cuba kau ajak dia jogging ke, pergi gym ke, baru lemak adik kau tu hilang" Ujar Eva.

" Aku dah ajak tula.. tapi budak tu pemalas! Sakit telinga aku dengar dia menjerit histeria dalam bilik. Aku ingat memang betul histeria, last last menjerit sebab hwang hwang dia" bebel Ervan.

" Hwang hwang HAHAHAHAHA" gelak Nylea.

" Confirm dia call daddy malam tadi. Mampuslah aku kena!" Pasrah Ervan.

" Tu cerita dia, cerita i sekarang ni lagi dahsyat." Nylea pula ingin membuka cerita. Dia bersila menghadap mereka yang tertanya-tanya.

" Asal? Hud ada buat apa apa ke?" Soal Eva. Nylea menggeleng.

" Ni bukan pasal Hud. Tapi Naura."

" Kenapa dengan Naura?" Serentak mereka.

" Guess what? Baru form 1 dah ada boyfriend." Dia berpeluk tubuh. Masalahnya, baru tingkatan 1, baru berjinak-jinak masuk alam remaja.. lah! Dah ada boyfriend?? Aku pun tak ada.

" Really??" Eva tergelak.

" Ervan you cari siapa laki yang ngorat Naura. Tak sabar i nak ajar budak tu malam ni." Geram Nylea. Adik dia tu bukannya tahu apa. Sudahlah cepat tercatch feeling.

" Alah biarlah dia nak bahagia" usik Eva.

" Bahagia bangkek dia. You nak Naura tu broken sebab lelaki dengan umur dia macam tu? Kalau tak fokus akademik apa kata mama ? Ni kalau arwah papa i ada.. mahu bertekak dia." Bengang Nylea.

" Takpelah, you slow talk dulu dengan dia. Jangan la balik balik terus maki budak tu. Shocked kejap lagi." Ujar Eva.

" Pandai pandai lah i cari nanti, dah ah jangan ah marah.. tak comel dah awek i." Bantal dibaling tepat ke arah Nylea. Nylea menepis kasar.

" Bila nak kahwin, Eva?" Tiba tiba tak ada angin tak ada ribut, Nylea menyoal.

" Tengoklah nanti... mamat tu sibuk lagi dengan kerja. I ni dah macam kurang kasih sayang tau." Mogok Eva.

" Mamat tu kenapa lembab sangat? Bestie i dah berjanggut tunggu dia tak sedar ke ? Geram betul." Dia sahabat Eva pun boleh rasa apa yang Eva rasa. Nak kata LDR, tak ada lah LDR. Mamat ni susah betul nak cari masa dengan sahabatnya.

" Lahhh... dia pulak marah. Haih, gadis-gadis kesayangan hamba, saya sebagai kaum adam saya faham dengan Haris. Maybe dia work hard nak cari duit untuk you jugak Eva. You tu kalau shopping tak kira duit ada ke tak. Tahu tahu hangus..."

ENDLESS LOVEWhere stories live. Discover now