Chapter 9

5 0 0
                                    


      
Hud berjalan beriringan bersama sahabatnya, Fadhil memasuki restoran viral baru-baru ini. Bukan apa, Fadhil tak berhenti mengajaknya untuk makan tengah hari di restoran viral itu.

Hari ini baru lah boleh merasa setelah sekian lama tidak makan tengah hari berdua. Yela, Hud ni workholic, waktu lunch pun dia tak pergi keluar makan. Tunggu kerja siap baru boleh makan. Terpaksa lah Fadhil join rakan sekerja yang lain.

" Kau tengok! Alhamdulillahh rezeki kita tak ramai orang time ni. Tadi aku tengok kereta Zuddin ada tu.." ujar Fadhil yang jelas nampak tidak sabar untuk mencuba makanan famous di sini.

" Zuddin tu pantang nampak benda viral" tambah Hud lalu mereka berdua mengambil tempat di meja berdekatan dengan cashier.

Seorang pelayan datang ke arah mereka. " Ya Abang. Ni menunya." Menu diletakkan di atas meja. Hud dan Fadhil membuka buku menu tersebut.

" Mana yang viral tu?" Soal Fadhil.

" Kat sini paling recommend udang galah masak lemak , makanan talam pun ada and western pun ada kalau Abang nak." Ujar pelayan itu.

" Kau nak udang galah, Hud?" Soal Fadhil. Hud menggeleng. Tak mahu la dia makan udang galah, untuk lunch dia nak makan makanan yang light light je.

" Talam nak talam?" Soal Fadhil lagi.

" Kau ni tanya aku pahal? Makan jela nak makan. Melantak aku jap lagi makan benda tu. Nih dik, bagi ni jelah.. buttermilk chicken." Ujar Hud. Kan dah kena bebel sekali.

" Aku tanya jee.. aku tak nak makan berat sorang. Biar kau pun melantak jugak" Balas Fadhil. Biar la balik ni dua dua kekenyangan. Tak ada lah dia seorang saja yang yang malas bekerja balik pejabat nanti.

" Makan je, Fadh. Sengkak perut nanti bukan masalah aku. As long as kerja aku siap , no problem sebab kerja kau bukan urusan aku. Yang penting aku nak file tu esok pagi." Kata Hud. Buku menu ditutup.

"Siut betul kau Hud. Takpela, bagi udang galah dengan telur dadar. Air teh oh ais. Kau? Air apa?" Soal Fadhil.

" Kopi o kosong dengan air panas." Pinta Hud. Pekerja itu angguk lalu dia pergi ke dapur.

" Eh Boss!!!" Tegur pekerjanya yang baru lepas bayar makanannya di kaunter. Hud dan Fadhil memandangnya serentak.

" Woi Dinn! Kau makan apa tadi?" Tegur Fadhil. Nampaknya Zuddin dah habis makan. Cepat bebenor.

" Aku balun udang galah tadi." Zuddin mendekati meja mereka.

" Aku pun order udang galah. Okay ke? Rate 1-10 ?" Soal Fadhil kepada Zuddin. Ha dah start dah borak orang orang tua dia. Hud malas nak mendengar.

Matanya tiba-tiba menangkap dua orang figura yang berada agak jauh dengan mejanya. Dari profile side jelas menunjukkan wajah seorang lelaki yang ralit berborak dan di hadapannya....

" Nine over ten. Kau try memang bocor hidung kau satgi." Jawab Zuddin.

Isterinya.
Nylea?

" Boss pula makan apa?" Soal Zuddin. Fadhil memerhati Hud yang seperti merenung seseorang di belakangnya. Fadhil menggeleng.

" Boss kau tu kononnya tak nak melantak udang galah.. tapi yang ordernya buttermilk. Tu nanti sandar jugak tu lepas makan. Tengok ah nanti kalau tak caya.." Fadhil mengutuk Hud depan-depan.

ENDLESS LOVEWhere stories live. Discover now