Chapter 7

8 0 0
                                    

Hud terbangun dari lenanya tatkala terdengar bunyi tangisan seseorang. Lampu tidur disebelahnya dibuka. Dia melihat Nylea disebelah. Comforter dilepaskan ke bawah. Baru sahaja ingin menjenguk Nylea, dia perasan akan sesuatu cecair merah di atas cadar yang berwarna putih. Ralit dia memerhati sehingga dia tahu tumpahan apa di atas cadar.

" Hey.. Lea..? Kau nangis ke?" Tegur Hud bila mana dia mendengar tangisan sekali lagi.

Nylea berpusing menghadap Hud. Hud bangun dari baringannya. "Kau period ke?" Soal Hud mahu kepastian. Nylea mengangguk sambil menangis. Patutlah emotional sangat isteri dia harini. Datang bulan rupanya.

"Sakit...tsk..tsk.." dia menekan-nekan pinggangnya. Hud menggaru kepala.

"Apa patut aku buat? Aku taktahu ni.." Hud mengurut pinggang Nylea. Nylea tersedu-sedu.

"Nylea.. bangun sekejap boleh? Aku nak cuci cadar.. kau bocor ni." Bisik Hud lembut. Nylea tanpa membalas, dia bangun dan berdiri kaku di sebelah katil. Pinggangnya dipicit.

Hud juga bangun. Cadar digumpalnya. " It's okay biar i basuh sendiri.." Nylea ingin mencapai gumpalan cadar yang berada di tangan Hud.

"No. Kau sakit, biar aku je basuh." Halang Hud.

"Tapi tu darah i.."

"Aku kata aku basuh kan? Tu short pants tu. Kau basuh mana yang patut.. aku basuh kat toilet sebelah. Apa apa panggil." Arah Hud. Dia kemudian keluar dari bilik.

" Bodohla kau ni Nylea. Buat malu je!" Omelnya.
Malu!Malu!Malu!

Setelah selesai basuh pakai tangan, Hud turun ke bawah untuk basuh menggunakan mesin basuh pula. Serbuk sabun dan softener dimasukkan. Lalu button start ditekan. Settle !

Dia naik ke bilik semula.

"Lama pula perempuan ni dalam toilet." Monolog Hud sambil bercekak pinggang. Dia ingin ke wardrobe untuk carikan cadar baru. Dia pun tak pasti cadar tu di mana.

"Hud!!!!"

Berlari Hud dibuatnya. "Ye! Kenapa??" Pintu tandas diketuk Hud berkali-kali. Pintu dibuka dan wajah Nylea muncul disebalik pintu.

"Penat i panggil you tau tak?!"

"Lahh aku kat bawah...tak dengar. Sorry sorry. Kenapa? Kau nak apa apa ke?" Soal Hud risau.

"I tak ada pad...you tolong belikan boleh?" Pinta Nylea terpinga-pinga. Bro.. dia mintak belikan apa tadi? Pad ? Serius dude ? Pad ? Beli kat kedai?

"Boleh ke tak?!"

"Ye. Boleh Boleh! Jap...kedai mana buka masa ni?" Gelabah Hud. Kunci kereta di ambil.

" 7E la. Belikan kotex size 34 cm."

"Apa kot???" Terkejut Hud dengar.

"KOTEX HUD KOTEX !! Sehari tak otak kuning tak boleh ke ?!" Geram Nylea. Boleh pekak telinga Hud kena jerit depan muka. Manalah dia dengar. Cakap pun slow.

"Okay tunggu jap."

Hud masuk ke dalam 7Eleven. Bahagian dalaman dimasuki. Rambang mata mencari jenama yang Nylea mahukan. Libresse, Intimate, Sofy, Whisper.. Kotex.

Ha ada! Hud melihat tulisan yang ada di paket pad itu. Dia mencari size yang dimahukan isterinya. 32 cm, 24 cm, 41 cm. Pad Kotex size 24 cm dicapai. Dia menilik betul betul pad itu. Size 34 tak ada pula. Kang tersalah beli, payah pula nanti.

Dia mula melihat size yang lain.

"Dik! ni size 34 cm tak ada ke?" Soal Hud yang perasan pekerja perempuan itu keluar dari stor. Pekerja itu mendekati Hud.

ENDLESS LOVEWhere stories live. Discover now