aku berlari masuk kedalam tandas untuk membersihkan bajuku yang kotor akibat terkena minuman chocolateku itu.
aku mencari kotak tisu yang sepatutnya ada pada setiap tandas awam namun tidak kelihatan.
"takkan tisu un takde", ujarku perlahan lalu mengeluh.
aku memulas pili air itu namun airnya pun takde. memang kawasan ni ada krisis air ke cane?
tiba tiba aku mendengar bunyi pintu tandas ketuk perlahan. setahu aku, hanya aku sorang disini dan juga semua pintu tandas terbuka kecuali yang rosak itu.
fikiranku mula berfikir negatif seperti ada hantu. yelakan kawasan ni pun macam usang dan agak lama.
"t-tolongg", ujar satu suara yang sememangnya ada pada tandas yang rosak itu.
pintu tandas itu diketuk ketuk lagi. kelakuan gadis itu membuatkan aku berjalan perlahan menuju ke hadapan pintu tandas itu.
aku terkejut melihat banyak darah yang keluar dari pintu tandas itu.
aku segera menolak pintu tandas tersebut namun gagal kerana ia terkunci dari dalam.
"cik? cik okay ke kat dalam tu?", soalku dengan cemas.
aku menggoncang pintu tandas tersebut dengan aggressive.
"cik, kalau cik dekat dengan pintu, boleh tak cik kebelakang sikit sebab saya nak tendang ni", ujarku lalu menendang sekuat hati pintu tandas itu.
setelah beberapa kali percubaan, akhirnya pintu tandas itu terbuka dan aku terkedu melihat keadaan gadis tersebut.
wajahnya sudah pucat dan terdapat pisau yang terpacak pada perutnya itu. aku segera melepaskan butang baju kemejaku dan diletakkan pada kawasan yang ditikam itu.
"cik, bertahan tau", ujarku lalu menggendong tubuh gadis tersebut.
"jangan lelapkan mata, teruskan sedar okay? saya bawak ke hospital dengan segera", ujarku lagi.
gadis itu tidak mampu lagi untuk merespon. aku segera membawanya keluar dari kawasan tandas itu dan menuju ke kereta milik rakanku, farah.
aku membuka pintu belakang kereta tersebut dan membaringkan tubuh gadis itu diseat belakang.
"apa jadi adel?", soal farah dengan terkejut.
"nanti aku explain, hantar dia kat hospital dulu. dia hilang banyak darah tu", ujarku lalu duduk disebelah seat pemandu.
kereta farah pun segera meluncur laju membelah jalan raya yang agak sibuk itu. mana taknya, sekarang waktu makam tengahari pasti pekerja keluar untuk makan.
di hospital...
aku dan farah sedang menunggu keputusan daripada doktor. betapa kecohnya keadaan di zon kecemasan setelah aku tiba disitu membuatkan kepalaku sedikit pening dan sakit.
tiba tiba, seorang gadis berkaca mata mendekati diriku dan juga farah.
"adeline?", soalnya.
aku hanya memandang kearahnya dan mengangguk. cane dia tau aku siot.
"cepat siot kau datang. kau ni flash ke apa?", soal farah.
aku memandang kearah farah. wait, so pompuan ni kawan farah la? dengan gaya percakapannya macam kawan.
"lekla macamlah kau taktau aku bila kau call ada emergency", balas gadis itu sambil tersenyum.
gadis itu memandangku semula.
"btw, im hani, dari unit siasatan jenayah. i nak tanya beberapa soalan tentang kes perempuan tadi tu", ujar hani sambil membetulkan spec matanya.
aku memandang kearah farah.
"pergi lah, aku tunggu sini", ujarnya.
aku mengangguk perlahan. hani segera membawaku keluar dari kawasan keramaian itu. aku hanya mengekorinya dari belakang sahaja.
"btw hows your life?", soal hani. dia membeli air tin yang ada pada vending machine itu.
"okay je", balasku. taktau nak balas apa disebabkan dia tetiba tanya aku soalan centu. tapi dia ni kenal aku ke dulu?
"kepala okay dah? tak sakit? ubat ada makan?", soal hani lalu memberikan aku air tin.
"okay dah cuma selalu pening and sakit sikit lah. ubat pun tak skip sebab nanti pening", balasku sambil membuka tin minuman itu.
hani tersenyum melihatku.
"you nampak polos, comel je", ujarnya.
aku tersengih seketika dan menggaru kepalaku yang tidak gatal itu. asal lak puji puji aku ni suka aku ke?
"oh ya, pasal kes tadi. apa yang jadi?", soal hani. saja dia hendak menukar topic akibat kesepian yang dirasai.
"actually i nak basuh baju saya yang terkena air chocolate tu tapi tandas tu takde air la pulak. tisu pun takde. ape pun takde", rungutku sambil memuncungkan bibir.
"pastu?", soal hani sambil tertawa.
aku tak pasti la dia gelak sebab apa. mungkin nampak aku ni macam cringe kot? HAHAHAH pape jela noks.
"pastu i dengar la dia cakap tolong tapi suara dia slow, at first i ingatkan hantu but i pelik nape dia asyik ketuk pintu tu so i decide nak tengoklah lepastu i terkejut tengok darah mengalir keluar dari bawah pintu tandas tu", ujarku lagi.
"memang masatu takde sesiapa dalam tandas tu kecuali you dengan dia?", soal hani sambil berpeluk tubuh.
aku mengangguk.
"pastu i tendang pintu tu tengok dia dah terduduk dekat lantai tandas tu dengan berlumuran darah and ada pisau dekat perutnya so i terkejut lah tengok keadaan dia. i cemas masatu so i terfikir if i boleh hentikan pendarahan dia i boleh bantu dia sikit supaya sempat sampai ke hospital", jelasku lagi.
hani mengangguk faham. dia tersenyum memandang kearahku.
"so right now, baju yang dia pegang tu baju you?", soalnya.
aku mengangguk lagi.
" baju you pun berdarah jugak", ujar hani.
dia menanggalkan jacketnya dan diletakkan pada tubuhku. aku hanya terdiam dan memandang kearahnya.
"gotta go, nanti kirim salam dekat farah", ujar hani lalu beredar dari situ.
aku hanya terkaku disitu. apa yang dia buat tadi? aku memegang jacket milik hani itu lalu tersenyum.
aku taktau apa yang aku rasakan sekarang, tapi aku rasa macam bahagia semacam. seolah olah aku pernah suka dia dulu.
aku segera masuk kedalam kawasan hospital itu dan mencari farah.
bersambung...
YOU ARE READING
Adeline Nayra [gxg]✅
Romance[COMPLETE] kita tak reti buat desc so baca jelah btw WARNING!! gxg content. read at your own risk