amir duduk didalam kereta sambil memerhati hani dan adel yang sedang berborak itu.
"berapa lama lagi dia nak berborak tu?", soal ben sambil menguap.
"sabar lah, kita kena sabar kalau tak plan tak menjadi", balas amir lalu meletakkan walkie talkienya diatas dashboard.
kereta volvo milik hani itu segera meluncur laju menuju keluar dari kawasan parking bawah tanah itu.
"woi, cepatlah", tegas amir. kereta milik amir segera mengekori kereta hani dari belakang.
"aduh lambat pulak aku", keluh ben.
dengan teragak agak, dia menurunkan brek dan memasukkan gear d. pedal minyak ditekan perlahan dan keretanya segera bergerak laju mengekori kereta hani dan amir.
hani memandang sebentar wajah adel yang termenung itu.
"nape termenung macamtu sayang?", soal hani sambil focus memandu keretanya.
adel membetulkan cara duduknya dan tersenyum. dia memandang kearah hani yang tengah focus itu.
"nothing, saja termenung", balasnya.
hani memandang cermin pandang belakang. kelihatan erissya sedang lena di seat belakang itu.
"are you sure sayang?", soal hani lagi.
adel mengangguk lalu tersenyum. pipi hani dicubit perlahan.
"kalau tak termenung, i tengok muka you jelah", ujarnya lalu menongkat dagunya. dia menatap wajah hani yang sedang focus memandu itu.
"eee jangan nak mengada eh adel", balas hani lalu menolak wajah adel dengan perlahan.
adel tertawa.
hani mencapai tangan adel. jarinya mengusap perlahan tangan adel. dia memandang lagi cermin pandang belakang itu. kelihatan sebuah kereta yang mencurigakan dibelakangnya.
"adel, call ilham sekarang", ujar hani lalu memberikan phonenya kepada adel.
tanpa bertanya, adel segera mencari nama ilham didalam contact tersebut. dia menekan button call dan phone milik hani pun berdering.
"cakap kat ilham, standby pasukan bantuan", jelas hani.
"ya hani?", soal ilham sebaik saja menjawab panggilan tersebut.
"hani cakap stanby pasukan bantuan", ujar adel.
"alright".
panggilan ditamatkan. adel memandang kearah hani dengan firasat yang tidak bagus.
"sayang? is there any problem?", soal adel. dia kelihatan cemas apabila kenderaan milik hani itu semakin meningkat kelajuannya.
"adel, kita dalam bahaya sekarang, so you pakai seatbelt okay? ", pesan hani. dia mengendalikan keretanya dengan cermat sambil memandang cermin pandang belakang keretanya itu.
adel hanya mendiamkan dirinya. dia tidak mahu mengganggu hani yang sedang focus memandu itu.
"adel, there's something i want to tell you", ujar hani.
"what?".
"remember that im always by your side no matter what happens okay?", ucap hani.
kereta milik hani semakin hampir pada traffic light itu. lampu isyarat berwarna merah mulai menyala. hani menekan pedal brek kereta tersebut namun gagal.
"kenapa you tak brek?", soal adel dengan cemas.
"i cant even stop this car", balas hani. dia mulai cemas dan menekan berkali kali pedal brek tersebut.
tiba tiba, sebuah kereta berhenti dihadapan traffic light tersebut. kereta mereka semakin menghampiri dengan pantas sekali.
hani segera mengelak kereta tersebut dengan memulas habis stereng keretanya.
BAM!!
bunyi yang amat kuat menusuk masuk ke telinga adel. ya, bunyi ini sama dengan apa yang berlaku dua bulan lepas.
asap dari enjin kereta tersebut mulai masuk kedalam. adel memegang kepalanya yang terasa berat itu.
dia membuka matanya perlahan. adel terkedu apabila melihat keadaan di dalam kereta tersebut. semuanya hancur dan berselerak. kelihatan besi penghadang jalan membelah kawasan tempat duduknya dan juga hani.
dia memandang kearah erissya yang berada dibelakangnya.
nafas adel tercungap cungap.
"hani, sayang...sedarlah", ujar adel sambil membuka seatbeltnya. dia mencuba untuk menolak pembahagi jalan itu namun gagal.
tiba tiba, pintu kereta tersebut dibuka dan kelihatan ben tercegat disitu.
"t-tolong", ujar adel.
ben tersenyum lalu menarik kasar tubuh adel supaya keluar dari kereta itu.
"kita berjumpa lagi, adeline", ucap satu suara yang dia amat kenali.
adel memandang kearah amir yang telah bersedia untuk melepaskan tembakan kearahnya.
"kebal betul kau ni, accident dua kali tak mati mati", ujar amir.
dia mengarahkan ben supaya mengheret adel pada hani. adel mencuba sedaya upaya untuk melawan namun gagal.
"kalini kau akan mati sebelah awek kesayangan kau", ujar amir sambil ketawa.
air mata adel mengalir perlahan.
"bunuhlah aku, bunuhlah!! jangan bunuh hani", ujarnya sambil menangis.
amir tersenyum.
"aww, what a cute couple", ujarnya sinis.
bang bang!!!
adel membuka matanya. bahunya terasa begitu sakit dek kerana terkena tembakan daripada amir. namun, amir sudah rebah dihadapannya. begitu juga dengan ben.
"tolong mangsa cepat!!", arah ilham sambil berlari kearah adel.
adel merangkak perlahan kearah hani. dia mencuba sedaya upaya untuk membuka pintu kereta yang sudah hancur itu.
air matanya tidak henti mengalir.
"adel, sabar tau, nanti pihak bomba tolong keluarkan hani", ujar ilham sambil memegang lengan adel.
adel menepis tangan ilham.
"hani, sayang...sedarlah please", rintih adel. dia mencapai tangan hani yang penuh dengan luka itu.
air matanya mengalir tanpa henti. bahunya terhenjut henjut.
"janganlah tinggalkan i sayang, please...", ujar adel dengan sayu.
"kuatkan diri you untuk i sayang", ujar adel lagi lalu menundukkan kepalanya.
perlahan lahan matanya terpejam. dia merasakan jamtungnya seakan akan berhenti berdegup. keadaan sekitarnya gelap gelita.
tubuh adel segera terbaring diatas jalan yang dipenuhi dengan serpihan kaca itu.
"dalam kereta ada dua mangsa yang tersepit", ujar paramedik itu.
suasana yang riuh dijalan raya itu. bunyi siren bomba dan polis kedengaran begitu jelas.
yeena mendekati ilham. bahunya ditepuk perlahan. ilham memandang kearah yeena dengan pandangan yang muram.
air matanya mengalir perlahan.
"hani akan okay kan?", soalnya.
yeena memeluk erat tubuh abangnya itu.
"jangan risau, semuanya akan okay", pujuk yeena sambil mengusap perlahan belakang ilham.
bersambung...
YOU ARE READING
Adeline Nayra [gxg]✅
Romance[COMPLETE] kita tak reti buat desc so baca jelah btw WARNING!! gxg content. read at your own risk