erissya duduk dihadapan kubur ibunya. dia memegang tanah kubur tersebut. air matanya menitis jatuh.
"ibuu...eisya rindukan ibu", ujar erissya. dia menangis teresak esak.
"ibu, maafkan eisya ibu...eisya tak dapat tengok ibu untuk kali terakhir. m-maafkan eisya".
erissya mengesatkan air matanya namun semakin banyak air matanya jatuh. bagaikan hujan yang lebat.
adel mengusap perlahan belakang erissya.
"e-eisya minta maaf ibu...eisya- eisya tak sempat nak selamatkan ibu", ujar erissya lagi.
"salah eisya sebab cari kerja...kalaulah eisya tak bekerja, eisya takkan tercedera. eisya akan ada dengan ibu...maafkan eisya".
adel memeluk erat tubuh erissya. belakangnya diusap perlahan lahan.
"erissya kuat okay? shh, jangan salahkan diri erissya. ibu you mesti tak suka tengok you menangis macamni. ibu you mesti nak tengok you kuat walaupun tanpa dia okay?", pujuk adel.
adel mengambil tisu didalam totebagnya dan dia mengelap air mata yang jatuh membasahi pipi erissya itu.
"jangan nangis lagi erissya, even you takde sesiapa dah sekarang, you kena ingat yang you ada i, farah and hani okay? dont worry...", ujar adel lagi.
air mata yang jatuh itu dikesat lagi.
"dah dah jangan nangis lagi, tak comel lah erissya i nii", ujar adel sambil mengusap kepala erissya dengan perlahan.
erissya tersenyum.
"thank you", ucapnya.
"thank you? untuk apa?", soal adel.
"thank you for being here with me", balas erissya.
adel tersenyum.
"selagi i ada, selagi tu i akan ada dengan you okay? dont worry be happy erissya", ujarnya lalu berdiri.
erissya pun turut berdiri. dia membersihkan bajunya yang terkena kotoran pada tanah itu. mereka pun terus beredar dari kawasan tanah perkuburan itu.
amir menghirup kopi dengan tenang di bilik pejabatnya. tiba tiba, pintu pejabatnya dibuka dan kelihatan seorang lelaki yang sedang memegang bahunya yang berdarah itu.
"kenapa berdarah macamtu ben?", soal amir lalu bersandar pada kerusinya.
ben segera duduk dihadapan amir.
"aku kena tembak polis tadi", ujarnya.
amir terkedu mendengar kata kata ben. dia segera mendekatkan badannya kearah ben.
"polis? kenapa pulak dorang datang?", soal amir.
"mungkin dorang nak berkas tempat ahlong tu, tapi kan boss, aku ada sesuatu yang menarik", ujar ben.
"apa dia?".
"ingat tak boss pernah cerita pasal polis lelaki yang soal siasat encik othman tu? dia satu team dengan anak encik borhan. aku nampak, dia macam rapat dengan perempuan tu", ujar ben.
amir tertawa.
"seriouslah kau nampak si hani tu rapat dengan lelaki tu? ", soalnya.
"yela boss, takkan aku nak tipu pulak", ujar ben.
"si hani tu suka perempuan lah, mustahil dia suka dengan lelaki tu", jelas amir.
dia teringat lagi masa encik borhan menyuruhnya membuat kerja gila, iaitu membunuh girlfriend hani.
namun, pembunuhan itu tidak menjadi. tetapi, sejak kejadian itu, encik borhan tidak pernah bercakap tentang perempuan itu lagi. mungkin kerana perempuan itu hilang begitu saja.
kes tersebut digantung begitu sahaja walaupun masih ada bukti dan sebagainya. itulah hebatnya kuasa duit. encik borhan sanggup membayar apa saja demi menutup kes tersebut. mungkin kedengaran tidak adil, namun itulah hakikat dan realiti dunia.
adel tersedar dari tidurnya. dia memandang sekitarnya yang gelap gelita itu. tangannya terasa diikat dan dia tidak dapat bergerak walaupun sedikit.
'kenapa ni? aku kat mana?', soalnya dalam hati.
dia mencuba sedaya upaya untuk melepaskan dirinya namun percubaannya gagal.
pintu bilik itu dibuka dan cahaya dari luar itu masuk kedalam bilik yang gelap ini. adel mengecilkan matanya kerana dia begitu lama berada dalam kawasan yang gelap.
"adeline nayra", panggil seseorang.
adel cuba untuk melihat siapakah gerangan yang memanggil namanya itu. namun, dia tidak mengenali siapakah lelaki tersebut.
"kau siapa?", soal adel.
"aku? kau tak perlu tahu pun. yang perlu kau tahu, family girlfriend kau jahat", ujar amir. dia mengeluarkan pisau daripada poket seluarnya.
"h-huh??".
"kenapa nak paksa walau dunia ini bukan menerima perkara sebegini? ", soal lelaki itu.
"kau nak apa?? kenapa kau buat aku macamni!??", bentak adel. dia mencuba lagi untuk meloloskan dirinya namun gagal juga.
"kenapa kau masih nak bertahan dalam perkara yang macamni hm? sia sia memilih orang yang salah", ujar lelaki itu lalu mendekatkan tubuhnya.
pisau itu diletakkan pada pipi adel.
"aku hanya menjalankan tugas untuk bunuh kau adel", ujar lelaki itu sambil tersenyum sinis.
tubuh adel bergetar.
"adel? adel!! adeline nayra!!", panggil satu suara yang amat dia kenali.
adel cuba untuk kembali ke dunia nyata namun dia gagal. dia makin tenggelam dalam ingatannya yang mengerikan itu.
"adel, are you okay???", soal hani sambil menggoncangkan tubuhnya.
"adel? adel", panggil farah.
"k-kepala aku sakit sangat far", ujar adel. dia memegang kepalanya yang sakit itu.
"dah makan ubat ke adel?", soal hani. tangan adel dipegang dan diusap usap. dia cuba untuk menenangkan adel yang cemas itu.
adel menggelengkan kepalanya. farah segera berlari menuju ke keretanya dan mencari ubat adel.
"t-tolong, sakit sangat...", ujar adel. nafasnya tercungap cungap.
hani cuba untuk bertenang. tidak pernah dia melihat adel sebegitu rupa. dia segera memeluk erat tubuh adel.
"pejam mata okay, bernafas slow slow", ujarnya.
kepala adel diusap usap.
adel mencuba sedaya upaya untuk mengawal nafasnya. semakin lama dia merasa begitu penat.
"calm down sayang", ujar hani dengan perlahan. dia berharap adel tidak mendengar apa yang dia sebutkan itu.
lama kelamaan, nafas adel kembali normal. hani mengusap usap belakang adel dengan perlahan.
"are you okay right now?", soalnya.
namun, adel tidak menjawab soalannya itu. mungkin dia sudah tertidur.
farah yang baru tiba disitu terus melangkah menuju kearah mereka dan duduk disebelah hani.
"lah tido dah", ujar farah.
hani tertawa.
"selesa kot aku peluk", ujarnya.
"memang dah lama dia dengan kau, mestilah selesa. walaupun dia tak ingat kau, rasa selesa tu pasti masih ada", ujar farah sambil membaling batu pada kolam itu.
hani hanya menikmati pemandangan di tepi kolam itu. sepatutnya mereka bertiga berkelah pada petang ini, namun adel tetiba buat hal pulak so cancel lah.
"kau rasa bila dia akan ingat aku?", soal hani.
"entah, kau still nak tunggu dia?", soal farah lalu memandang kearah hani.
hani hanya tersenyum.
"jom, hantarkan adel balik", ujarnya lalu menukar topic.
hani segera mendukung tubuh adel dan dibawa ke keretanya.
bersambung...
YOU ARE READING
Adeline Nayra [gxg]✅
Romance[COMPLETE] kita tak reti buat desc so baca jelah btw WARNING!! gxg content. read at your own risk