4🍂

649 23 5
                                    

Author pov

"Nama dia Darwin.... Umur dia 4 tahun dan dia mempunyai seorang abang bernama Damian..." Jelas Encik Razi.

"Mereka berdua mempunyai darah kacukan tapi ayah mereka orang sini.." kata Encik Razi.

"Puan ..... Mereka tidak pernah dipisahkan jadi kalau Puan nak ambil asing mungkin akan-"

"Saya nak jaga keduanya" bidas Alya.

"Saya tak sanggup nak pisahkan mereka berdua" terang Alya.

Aydan hanya menjadi pendengar disitu.

.....

Setelah turun naik makhamah dan melakukan pelbagai urusan berkaitan pengambilan anak angkat akhirnya Alya dan Aydan sah menjadi penjaga buat Damian dan Darwin.

Aydan memandu sambil memegang tangan Alya sementara Darwin tidur di carseat.

"Damian.... Nak makan Mcd or anything?" pelawa Aydan sambil sesekali melihat ke arah Damian yang memandang tingkap luar.

"......." tiada balasan dari Damian.

Alya senyum pada Aydan sambil mengusap tangannya.

"Aydan... Makanan ringan tak elok untuk budak²" peringat Alya.

"Ala sayang fries je apa salahnya.... Nugget.... ais krim..." Aydan sengaja menekan kata yang terakhir.

Damian kelihatan menjilat bibirnya dan membuatkan Aydan sengih nakal.

"Tapi tulah tak ada siapa nak makan kalau tak Aydan singgah.... Dapat ice blended choco pun sedap" Alya tahu apa yang ada di kepala Aydan.

"N-nak" suara halus itu berkata.

"Apa dia? Damian ada cakap sesuatu ke? Aydan tak dengar lah" balas Aydan.

"Nak ais krim.." Damian membuat muka datar sambil berkata.

"Okay~" Aydan tergelak lalu Alya menepuk bahunya.

.

.

.

Sesudah mengemas bilik Alya melihat hasil dia dan Aydan.

"Ingatkan saya lagi sekali macam mana saya benarkan awak beli katil ni" usik Alya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Ingatkan saya lagi sekali macam mana saya benarkan awak beli katil ni" usik Alya.

"Cantik lah sayang" balas Aydan.

Darwin dan Damian tengah makan di ruang tamu sambil menonton.

"Darwin" bisik Damian.

"Adik suka tinggal sini?" tanya Damian lalu Darwin mengangguk laju.

Damian masih asing dengan sekitarnya yang cukup mewah dan selesa, sejak dia ditinggalkan di panti asuhan itu ketika berumur 7 tahun dia tahu bahwa dirinya dibuang oleh ibu bapa.

Aydan datang dan melihat Damian termenung memegang kentang goreng di tangan.

"Kalau pegang je tak makan macam mana nak habis?" Aydan duduk bersila lalu mengusap rambut Darwin.

Si kecil itu dengan mudah menerima kehadiran Alya dan Aydan, mungkin sedari kecil dia tidak merasakan kasih sayang yang sepatutnya.

Damian jauhkan diri dari Aydan dan duduk di hujung sisi meja.

"Damian....Darwin.." Alya membawa air kosong dan duduk di atas sofa.

"Kenapa Damian jauh sangat nampak ke tv?" Tanya Alya tetapi Damian diam tidak berkutik.

Darwin duduk di sofa dengan tangan yang membawa Mcchicken burger dan mulut yang penuh dengan sos mayo.

Damian mengerling untuk melihat reaksi Alya, dia mengenggam tangannya kuat.

Alya mengambil tisu basah lalu lap mulut Darwin dan membersihkan sisa sos ditangannya.

"Lepas makan nanti mandi okay?" kata Alya.

Damian mengerutkan dahi.

"Kenapa dia tak marah? Kan Darwin kotorkan sofa?" tanya dia polos dalam hati.

Aydan melihat anaknya ingin menyuap nugget cepat² dia curi gigitan itu dari tangan Damian.

"Minta sikit.." sengih Aydan.

Damian terkejut lalu terus memberikan kotak berisi nugget tersebut.

Alya mengetap bibir " Awak ni kenapa curi Damian punya" Alya cubit perut Aydan.

"Aduh duhh dah lama tak kena sepit ketam" usik Aydan, Damian memandang mereka bingung.

Aydan menolak kotak itu kembali pada Damian " Makan lah Aydan gurau je tadi" kata Aydan.

Alya dan Aydan masih tak tahu jikalau mereka akan guna panggilan yang mereka beri.

"uhmm Alya nak cakap boleh?" kata Alya pada Damian dan Darwin.

"Lepas ni boleh tak kalau Damian dan Darwin panggil Alya dan Aydan Daddy ibu?" tanya Alya.

"Ibu-" Darwin berkata sambil tersenyum.

"Auwh" Alya memeluk erat si kecil itu.

Sementara itu Damian menunduk diam tanpa membalas, Aydan tahu Damian memerlukan waktu untuk membiasakan diri.

.....

Aydan baring di katil dengan sebelah tangan merangkul Alya.

Pintu dibuka Darwin masuk sambil memeluk patung arnab kecilnya.

"Kenapa sayang?" Tanya Alya sambil menarik Darwin ke katil.

"Tidur sini boleh?" Kata Darwin sambil menggosok mata.

Alya memendang Aydan kebawah dan menarik Darwin di sisinya.

"Aduh....." Aydan menggosok punggung nya.

Dia tertanya-tanya apakah Damian juga ingin tidur bersama lalu dia keluar.

Di depan pintu Aydan melihat Damian yang menguap menahan ngantuk sedang duduk.

"Damian nak tidur sekali?" tanya Aydan sambil mengulurkan tangan.

Damian senyap tapi tangannya sudah ditarik Aydan.

Bersambung.....

Intro nya panjang tapi conflict belum sampai huhu sabar ya readers.....

Don't forget to vote and comment..

Happy reading🥰

Crazy Bout You SequelWhere stories live. Discover now