♡I love you with Allah as the witness, and I'll make you mine in the name of Allah♡
Di sebuah taman permainan, seorang perempuan manis bertudung yang berumur 13 tahun dengan gembiranya bermain dengan seekor kucing yang ditemuinya tanpa sengaja.
Tetapi tanpa dia sedari, di hujung taman permainan tersebut, seorang lelaki yang sebaya dengannya sedang berpeluk tubuh dan bersandar pada tiang taman permainan sambil memerhatikannya.Lelaki tersebut tersenyum ketika memerhatikannya dari jauh.
Sedang mereka melayan perasaan, seorang perempuan yang berumur 16 tahun memanggil lalu datang menghampiri perempuan yang sedang sibuk bermain dengan kucing tadi.
"Adik!" Mereka pun menoleh ke arah perempuan yang memanggil tadi.
"Adik, kenapa adik ada dekat sini, penat tau kitorang cari" Tanyanya.
Dia hanya menayangkan riak muka yang comel lalu tersengih.
"Adik main dengan kucing ni, tadi waktu adik jalan-jalan pusing taman ni adik terjumpa kucing ni"
Tergeleng kepala si Kakak.
"Aishh adik ni lain kali jangan jalan sorang, nanti kalau ada orang jahat datang dan culik adik macamana?"
"Adik dah besarlah kak, mana boleh dah adik kena culik"
"Eh siapa kata, culik ni tak bererti budak-budak je tau, remaja macam adik pun boleh jadi mangsa culik juga cuma cara mereka culik tu berbeza" Bebel si Kakak.
"Ye lah ye lah, Kakak menang"
"Apa adik ingat ini pertandingan ke sampai cakap akak menang" Usik si Kakak.
"Hrmm, Kakak ni" Dia memuncungkan bibirnya dengan riak muka yang cemberut.
"Hrmm ye lah, dah sekarang jom pergi dekat mama papa, dari tadi diorang cari adik"
"Hehe okay Kakak, sorry sebab buat korang risau" katanya sambil membuat riak muka yang comel.
"Hrmm dah jomlah"
"Hehe ok jom! Bye kitten"
Lelaki itu hanya memandang mereka dari jauh dengan senyuman sehinggalah mereka hilang dari pandangannya.
Seketika dia tersedar, dia tidak pernah merasa tertarik mahupun merasai rasa yang tidak pernah dia rasakan ini sehinggalah dia berjumpa dengan perempuan itu.
Dia meraup mukanya beberapa kali.Dia mendongak ke atas melihat keindahan langit yang diselaputi awan dan menyentuh bahagian dada yang terletaknya jantungnya yang jelas berdetak hebat.
"Ya Allah, apakah rasa ini sesungguhnya aku tidak pernah merasainya sebelum ini tetapi kenapa setelah aku melihatnya rasa ini muncul?"
Dalam pada dia mendongak ke langit, bahunya di tepuk dari belakang dan apabila dia menoleh, wajah sahabatnya memenuhi ruang penglihatannya.
"Meir, kau ok?" Tanya salah seorang dari mereka.
"Hrmm, ok"
"Kenapa kau tanya aku macamtu?"
"Takdelah, dah kau termenung macam kau fikir sesuatu that's why kitorang tanya, mana tahu kau ada masalah ke kau boleh lah luah dengan kitorang "
"Takpe, aku ok je"
"Dah, jom kita pergi ke uncle dan aunty, diorang ada cari kau tadi" kata salah seorang lagi.
"Hrmm, jomlah" lalu mereka berjalan untuk pergi kepada daddy dan mummy Meir.
Apabila jauh sedikit jaraknya daripada tempat dia berdiri tadi, dia menoleh ke belakang dan melihat tempat perempuan bermain dengan kucing tadi buat kali terakhir dan saat itulah dia berbisik di dalam hatinya agar mereka dipertemukan kembali.
Dia keliru, dia tidak pernah merasai perasaan ini sebelum ini, tetapi setelah dia melihat perempuan tadi dia tidak tahu mengapa tetapi hatinya rasa tertarik dengan perempuan itu.
Setelah beberapa saat, dia menoleh ke hadapan kembali lalu berjalan dengan sahabatnya sehingga mereka bertemu dengan daddy mummy Meir.
YOU ARE READING
The Fate Of Our Love
RomanceErdyan ♡ Evyca I love you with Allah as the witness and I'll make you mine in the name of Allah Muhammad Izqar Erdyan Raqiel Bin Muhammad Ezqar Zavier merupakan anak bongsu daripada 3 beradik yang digilai ramai gadis kerana mempunyai paras rupa ya...