10 TAHUN KEMUDIAN......

Di kafe...

"Neirha!"

Seorang gadis yang sedang duduk di kerusi kafe terus menoleh apabila mendengar namanya di seru seseorang.

Dia melihat tiga orang gadis sedang berjalan menuju ke arah meja yang di dudukinya

"Sorry, sorry.... kitorang lambat" Ujar seorang gadis yang sebaya dengannya.

"Hrmm takpe, asal korang lambat?" Tanya Neirha.

"Ni haa, si Deanne ni buat hal, lambat betul bersiapnya, dia punya bersiap tu macam dia nak renovate bilik dia" kutuk Zera Batrisya.

"Eh kau elok sikit eh, aku lambat sebab aku bangun lewat tau, lepastu semalam aku tak sempat prepare baju yang aku nak pakai untuk hari ni" Dalih Deanne.

"Eleh kau, ye ye je" Mikayla Qiara turut serta dengan Zera Batrisya untuk mengenakan Deanne.

"Eh betul lah, korang yang tak tahu" Balas Deanne yang tidak mahu kalah dalam perbalahan itu.

"Eh korang ni, sudah!" Neirha yang sejak dari mula hanya melihat perbalahan mereka mula menghentikan pergaduhan 'manja' mereka.

"Eh bukan salah aku, diorang ni haa Neirha" Ujar Deanne.

"Eh apa salah kitorang pula, kau lah sebab kau yang bersiap lambat sangat tadi, kan Kayla?" Lawan Zera.

"Haaa betul, betul" Sokong Mikayla.

"Eh aku cakap sudah kan tadi, takde takde salah korang bertiga juga sebab korang datang lambat sama-sama tadi, sepatutnya aku yang marah sebab korang janji jam 9 tapi korang sidai aku dekat sini 30 minit macam ikan kering dahlah aku memang dah kurus keding " Bebel Neirha.

"Hehehe alololo yelah yelah salah kitorang, sorry eh Neirha" Pujuk Zera.

"Hrmm ye" Ujar Neirha. Tak sampai hati nak marah lama-lama bila 3 orang sahabatnya itu buat muka comel.

"Hehe thank youuu Nei, sayanggggg kau banyak-banyak" Ujar mereka bertiga serentak kepada Neirha.

Dalam pada mereka sibuk berbual. Datang empat orang jejaka yang MasyaAllah, tak boleh dipuji melalui kata-kata. Anak-anak dara yang turut berada dalam kafe itu juga tertoleh 3 4 kali untuk melihat mereka.

Neirha, Mikayla, Zera dan Deanne pun terikut menoleh memandang mereka.

Empat orang jejaka tadi mengambil tempat bersebelahan meja mereka.

Deanne dan Mikayla apa lagi, menggelupur lah apabila jejaka-jejaka 'hot' tadi hanya berada bersebelahan dengan mereka. Neirha pula terus menundukkan pandangan.

"Weyh Neirha weyh, cuba kau tengok lelaki yang duduk dekat sebelah meja kita ni weyh, aaaaa hot nya" Ujar Deanne sambil menepuk tangan Neirha yang berada di atas meja berkali-kali.

"Aduhh, kau ni sakitlah!" Ujar Neirha sambil menarik tangannya yang di tepuk Deanne.

"Tangan kau ni diperbuat dari apa, ni tangan ke batu, sampai merah tangan aku kau tepuk" Bebel Neirha dengan kening yang berkerut.

"Eheheheh sorry la Nei kau ni garang sangat, aku just excited je" Ujar Deanne.

"Ye weyh, korang tak rasa macam apa yang aku rasa sekarang ni ke weyh?" Sokong Mikayla.

Neirha hanya mengabaikan soalan mereka.

"Kau Zera macam mana? Kau dari tadi senyap je" Neirha mula menyebut nama Zera untuk menukar topik sekali gus menyelamatkan dirinya dari terus di asak dengan soalan maut dari dua orang sahabatnya itu.

The Fate Of Our LoveWhere stories live. Discover now