♡ I love you with Allah as the witness and I'll make you mine in the name of Allah ♡
Keesokan harinya......
Di pagi yang ceria yang di hiasi matahari pagi dan udara yang segar, seorang gadis sedang elok berbaring di atas katilnya setelah dia selesai solat subuh. Dengan elok dia berbaring, tiba-tiba pintu biliknya di ketuk dari luar.
"Adik!"
"Hrmm"
"Adik, bangun adik!"
"Ye kak, kenapa?" Laung Neirha.
"Eh budak Kecik ni, kalau ye pun bukalah dulu pintu ni, bagi akak masuk"
"Hrmm, jap" Buka sahaja pintu terpampang wajah Kakak sulungnya.
"Kenapa kak Chel?"
" Tu haa, dekat bawah tu dah ada kawan adik"
"Haa siapa" Biasalah pagi-pagi macamni otak Neirha masih kecut dan belum berkembang lagi.
"Haih dik, bila pulak engkau ada kawan selain Mikayla, Deanne, dan Zera ni?"
"Ouu hehe, biasalah kak pagi-pagi ni memang Nei blur sikit"
"Hrmm, dah pergi mandi cepat, diorang dah tunggu dah tu"
"Baik Cik Amara" Ujar Neirha sambil tabik kepada Kakak nya.
Setelah selesai bersiap, Neirha turun ke bawah untuk bertemu sahabatnya yang boleh di katakan err gila-gila kut. Hehe ......
"Haa, Cik Tuan Puteri Intan Payung Ivy Evyca baru turun?" Tanya Zera dengan sarkastik.
"Kenapa tak turun esok pagi je?" Sambungnya.
"Hish, kau ni tak bersyukur aku dah sudi bangun untuk jumpa korang pagi-pagi buta ni" Dengus Neirha.
"Dah-dah, kau ni dik cakap orang, kau pun separuh nyawa aku bangun pagi tadi, kalau tak disebabkan aku kejut kau kau takkan bangun tau" Ujar seseorang yang mengejutkan Neirha.
"Eh kak Sera!"
"Haah akak lah ni, lama dah tak jumpa Nei, dah besar dah dia, boleh dah kahwin lepas akak " Gurau Sera, Kakak kepada Zera.
"Erkk, mungkin lambat lagi kut kak, hehe"
"Nei jangan lambat sangat tau cari partner nanti jadi macam Zera, andartu" Ejek Sera. Saja nak cari pasal dengan Zera, nanti dah tak boleh gaduh kalau dah kahwin.
"Eh kau kak, elok sikit eh kau sekarang ni pun andartu dah sebab kau lagi tua dari aku" Lawan Zera tidak mahu kalah.
"Sorry my lil sis, but I'll end my single life last month ni okay!" Ujar sera dengan bangganya.
"Eh dah lah kau Kak, berlagak "
"Eh by the way, lupa nak cakap, akak sebenarnya ke sini sebab nak ajak korang teman akak shoping barang kahwin akak"
"Ouu boleh je Kak" Ujar Deanne dengan semangatnya.
"Ok jom!!"
Setelah beberapa minit perjalanan, akhirnya mereka tiba di mall yang telah dijanjikan.
Keluar sahaja daripada kereta, berkerut kening empat sahabat itu apabila melihat pemandangan di hadapan mereka.
"Fereel!" Laung sera sambil mendekati tunangnya.
"Sera" Selepas itu mereka berbual seperti berbincang sesuatu tetapi tidak lama apabila mereka kembali menoleh kearah adik sera dan tiga orang lagi rakannya.
"Laa, kenapa korang masih tercegat dekat situ, sini!" Panggil sera.
"Err korang, kita nak pergi sana ke atau kita balik je eh?" Tanya Zera kepada tiga orang sahabatnya.
YOU ARE READING
The Fate Of Our Love
RomanceErdyan ♡ Evyca I love you with Allah as the witness and I'll make you mine in the name of Allah Muhammad Izqar Erdyan Raqiel Bin Muhammad Ezqar Zavier merupakan anak bongsu daripada 3 beradik yang digilai ramai gadis kerana mempunyai paras rupa ya...