I love you with Allah as the witness and I'll make you mine in the name of Allah

"Hrmm boleh" Ujar Izram.

"Kalau ada pape lagi kau roger je kitorang, Inn sha Allah kitorang tolong" Ungkap Meir.

"Alhamdulillah thank you bro sebab korang sudi tolong aku" Syukur Rafael.

"Takde hal, kita kan sahabat dunia akhirat" Ucap Qarl sambil tepuk bahu Rafael.

"Jap aku nak bayar jap our drinks" Tutur Meir tiba-tiba.

"Haaa cunn ok bro" Sahut Qarl dengan gembiranya.'orang belanja en siapa je taknak'. Tetapi belum sempat dia nak berdiri, tiba-tiba......

Di meja para gadis, mereka sibuk berbincang mengenai majlis perkahwinan Kakak Zera.

"Weyh Zera, Kakak kau nak kahwin dah kan?" Tanya Mikayla.

"Haah"

"Tapi sebelum aku lupa, Kakak aku minta tolong kita untuk persiapan majlis kahwin dia tu nanti tau babe"

"Wah, nak nak!!" Ujar Deanne dengan nada suara yang tinggi kerana teruja yang menarik perhatian dan secara tidak langsung menghentikan perbincangan para jejaka di sebelah mereka.

Neirha yang perasan akan pandangan mereka,segera menundukkan pandangan kembali kerana malu dengan perangai tak semenggah sahabatnya.

"Jad-" Terus terhenti di pertengahan jalan tutur kata Deanne apabila dia mula menyedari pandangan mereka.

"Hehehe err" Zera pula tak tahu nak cakap apa, speechless member.

"Err ekhemm" Mikayla buat-buat berdehem.

".........."

Lama suasana diam menyepi.

Mereka saling pandang memandangi pemandangan yang membuat mereka terpandang-pandang....'eh takde lah, apa yang aku merepek ni'

Back to their situation....

Setelah lama mereka saling berlawan pandangan akhirnya Neirha bersuara.

"Err maaflah encik semua, kawan saya memang macamni, dia ni memang tak betul dari dia kecil, maklumlah terencat, ni pun dia baru balik dari hospital rawatan jiwa dia yang single"

Kekok rasanya apabila mereka hanya senyap dari tadi.

Membulat mata Deanne apabila di perli sampai macamtu sekali. Berdas-das serangan kata-kata daripada Neirha yang jelas geram dengannya.

"Hrmm, it's okay" Meir membalas.

Pandangan mereka beralih pula pada Deanne yang tiba-tiba berdiri.

"Eh Cik Nur Ivy Evyca Rheviessa.... Sesedap cekadak goreng pisang ketiak bau hapak kau je cakap aku single eh" Haaa ambik kau sekali nama penuh aku sebut.

"Eh betullah tu Deanne, sejak bila pulanya kau tak single" Ujar Zera mengiyakan kata-kata Neirha.

"Eh aku lah korang ni kan, habistu aku je ke yang single dekat sini, korang tu pula apa? Dah ada partner ke?" Sindir Deanne.

"Eh ewah ewah hengkau, sesedap kicap badak berendam engkau je eh cakap kitorang single, kau pun sama, sedar diri tu sikit" Ujar Mikayla lalu berdiri sambil bercekak pinggang.

"Eh sudah sudah, korang ni pening aku, dari mula korang datang tadi sampailah sekarang tak pernah berhenti bergaduh" Ujar Neirha menghentikan perbalahan mereka sebelum tercetusnya perang yang ke lima.

Para jejaka itu pula hanya memandang pergaduhan single-ke-tak-single mereka.

"Err maaf sekali lagi encik" Zera pula yang berkata sambil menarik tiga orang sahabatnya itu untuk duduk kembali.

The Fate Of Our LoveWhere stories live. Discover now