❝𝐃𝐞𝐬𝐭𝐫𝐨𝐲 𝐭𝐡𝐞 𝐭𝐡𝐢𝐧𝐠 𝐭𝐡𝐚𝐭'𝐬 𝐝𝐞𝐬𝐭𝐫𝐨𝐲 𝐮𝐬.❞
Danish menyarungkan t-shirt hitam pada tubuh tegapnya selepas sahaja body mist disemburkan. Rambutnya dibiarkan kepada gaya messy sahaja. Apabila keluar sahaja daripada biliknya, semerbak bau nasi goreng memenuhi ruang rumahnya itu. Riak wajah kosong ditayangkan. Kakinya melangkah menuruni anak tangga satu per satu dan terus menuju ke arah dapur.
"Good morning, Danish." Kelihatan Ariana yang sedang menghidang sarapan di dapur sambil menayangkan senyuman manis kepadanya. Danish merenung kosong wajah isterinya itu. Mata yang sembab, pipi yang kemerahan, rahang yang membiru dan juga leher jinjangnya yang tampak merah.
"Aku ada masak ni. Nasi goreng favorite kau. Meh la makan." Ariana tersengih sambil menghidangkan sepinggan nasi goreng kampung kesukaan suaminya itu sebelum menuang air teh di dalam cawan. Danish masih tercegat di pintu pemisah antara dapur dan ruang tamu. Matanya tajam merenung isterinya yang masih tersengih memandangnya.
"Danish." Ariana menarik kerusi untuk suaminya sambil memanggil Danish untuk duduk di situ. Danish mendekati meja makan itu menyebabkan Ariana tersenyum manis.
PRANG
Namun senyuman manisnya pudar apabila semangkuk besar nasi goreng itu sudah berterabur di atas lantai manakala mangkuk tersebut pecah akibat ditolak oleh Danish.
"Aku jijik nak makan masakan perempuan macam kau. Entah entah benda kotor kau letak kan?" Sinis Danish sambil merenung Ariana yang sudah tergamam melihat tindakan suaminya. Danish tergelak sinis sebelum berlalu hendak meninggalkan ruangan dapur tersebut dan merempuh kuat bahu isterinya. Ariana memejamkan matanya yang sudah dipenuhi air mata.
"Why you treat me like this, Danish? Dari mula kita kenal lagi, kau tak pernah treat aku sama macam kau treat Aqila." Bergetar suara Ariana ketika itu. Danish tersengih sinis sebelum memusingkan tubuhnya dan merenung belakang tubuh isterinya.
Danish berjalan mendekati belakang tubuh Ariana sebelum pinggang ramping isterinya itu dicengkam kuat. Mengaduh sakit wanita tersebut apabila Danish meramas kasar tepi pinggangnya. Danish merapatkan wajahnya pada kepala Ariana. Menghidu bauan rambut isterinya itu. Matanya terpejam rapat.
"Sebab kau Aisya Ariana. Perempuan murah. Keturunan perampas." Ariana memejam rapat matanya apabila Danish tergelak kecil selepas menghabiskan ayat hinaan terhadapnya itu.
"Peluang kau tipis, Ariana." Danish mengucup lembut tepi kepala isterinya sebelum berlalu keluar dari ruang dapur meninggalkan Ariana yang teresak kecil. Selepas sahaja pintu utama rumah Danish tertutup, Ariana terduduk lemah di atas lantai.
Terhinjut bahunya menahan esakkan. Taburan nasi dan serpihan kaca yang berterabur di atas lantai di hadapannya ditatap sayu. Ariana mengesat lembut air matanya sebelum dia bangkit dari duduknya dan terus mengutip serpihan kaca.
"Aww." Ariana mengaduh sakit apabila kaki kanannya terpijak serpihan kaca. Darah menitik di atas lantai menyebabkan Ariana menghela nafas berat.
××××
"Danish Uqael." Danish yang sedang sibuk membelek glock mengangkat wajahnya melihat gerangan yang memanggil namanya itu. Serta merta Danish menjulingkan matanya apabila melihat lelaki yang sedang tersengih sinis memandangnya.
"Selamat pengantin baru dude." Danish merengus kasar apabila lelaki itu duduk di hadapannya.
"Kau nak apa datang sini, Airil?" Danish kembali membelek senjata apinya tanpa memandang Airil yang masih tersengih ke arahnya.
"Saja. Nak tengok pengantin baru ni. Macam mana? Bahagia?" Airil menjungkitkan kening kirinya apabila melihat wajah tegang Danish. Belakang tubuhnya disandarkan pada kerusi.
"Dah boleh terima hakikat yang Ariana lebih baik dari Aqila?"
"Diam, Airil diam." Danish menghempas glocknya di atas meja sambil merenung Airil yang tergelak kecil dan lebih kepada mengejek.
"Danish. Dendam dengan isteri sendiri tak bawa ke mana pun. Last last diri kau sendiri yang termakan dengan dendam kau tu." Airil tersenyum nipis memandang sahabatnya. Dia kenal akan lelaki itu yang sangat membenci perempuan yang bernama Aisya Ariana.
"Disebabkan dia... keluarga aku hancur!" Ton suara Danish meninggi. Matanya tajam merenung wajah selamba Airil. Lelaki itu mendekatkan wajahnya pada telinga Danish.
"Jangan lupa yang aku cintakan Ariana dulu."
To Be Continued...
YOU ARE READING
𝐌𝐫𝐬. 𝐃𝐚𝐧𝐢𝐬𝐡 𝐔𝐪𝐚𝐞𝐥 | 𝐂
Romance𝓜𝓻𝓼. 𝓢𝓮𝓻𝓲𝓮𝓼 𝓿𝓸𝓵 2 - The cruel husband DANISH UQAEL - Lelaki tampan berperwatakan sangat sinis dan licik. Adik lelaki kepada Dylan Mikael. Kacak namun sikapnya langsung tidak kena dengan wajahnya. Sinis, licik dan sangat kasar. Cinta mati...