𝒜𝒾𝓈𝓎𝒶 𝒰𝓆𝒶𝑒𝓁 14

37.9K 1.6K 150
                                    

𝐃𝐞𝐬𝐭𝐫𝐨𝐲 𝐭𝐡𝐞 𝐭𝐡𝐢𝐧𝐠 𝐭𝐡𝐚𝐭'𝐬 𝐝𝐞𝐬𝐭𝐫𝐨𝐲 𝐮𝐬.

Airil tersenyum sinis selepas menjauhkan wajahnya dari Danish dan menatap renungan tajam lelaki itu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Airil tersenyum sinis selepas menjauhkan wajahnya dari Danish dan menatap renungan tajam lelaki itu.

"Jangan sampai aku rampas dia dari kau, Danish." Airil menyilangkan kedua belah tangan pada dadanya sebelum menyandarkan belakang badan pada kerusi. Matanya masih menatap renungan tajam iris biru kehijauan Danish.

"Perempuan murah yang macam tu kau nak rampas?" Senyuman sinis Airil pudar tatkala mendengar ayat hinaan serta melihat Danish yang tergelak kecil.

"Egonya kau, Danish. Sampaikan bini sendiri pun kau gelar murah." Airil menatap tajam Danish yang masih tergelak kecil. Lelaki itu pula memberikan senyuman sinis kepada Airil.

"Aku akan tunjukkan dekat kau macam mana rasa bila orang yang kau sayang, kawan baik sendiri yang rampas." Airil terus bangun dari duduknya sebelum memusingkan tubuh hendak berjalan keluar dari pejabat milik Danish. Menyampah melayan keras kepala lelaki bernama Danish Uqael itu. Buang masa.

"Jangan berani, Airil Darian. Dia hak milik aku." Langkah Airil serta merta terhenti apabila mendengar amaran daripada Danish. Lelaki itu tergelak sinis tanpa memalingkan tubuh menghadap Danish yang sedang merenung tajam ke arahnya.

"I don't care, dude." Danish merengus kasar apabila Airil tergelak sinis sebelum keluar dari pejabatnya. Rahangnya mengetat bersama mata yang terpejam rapat.

××××

Ariana sibuk mengemas ruang tamu rumah suaminya. Sudah hampir dua jam dia vacuum ruang bawah itu, kini dia perlu ke tingkat atas pula. Lif yang tersedia di bersebelahan pintu digunakan. Sesampai sahaja di ruang atas, Ariana segera mengemas ruangan itu.

Apabila sampai sahaja di hadapan bilik Danish, wanita itu tercegat memerhati pintu bilik tersebut. Senyuman tipis terukir cantik di wajah manisnya. Ariana dengan perlahan menolak pintu bilik suaminya sebelum melangkah masuk ke dalam ruangan itu. Sedang ralit dia mengemas bilik suaminya, mata merenung satu pintu yang terdapat di dalam bilik tersebut.

Pintu bewarna hitam. Berkerut dahi Ariana melihat pintu tersebut. Ariana berjalan mendekati pintu itu sebelum dengan perlahan menolak daun pintu tersebut untuk melihat keadaan di dalam ruangan itu. Bagaikan hendak luruh jantungnya apabila melihat keadaan dalam bilik tersebut. Ariana dengan perlahan melangkah masuk ke dalamnya. Matanya terpaku pada potret besar seorang gadis bertudung yang tergantung didinding. Dia dengan perlahan melangkah mendekati potret tersebut. Tulisan kecil yang tertulis di hujung potret itu sudah mampu menyebabkan hati kecil wanita itu hancur.

"Tengku Aqila Dayana. My future wife." Ariana memejamkan matanya. Menahan rasa. Nafas dihela perlahan. Air mata sudah bertakung di pelupuk matanya. Matanya kini beralih pula pada baju pengantin perempuan bewarna hitam yang tergantung cantik di tepi potret tersebut. Ariana menyentuh lembut baju itu. Matanya beralih melihat potret-potret kecil lain yang masih belum diwarna tersandar elok pada dinding. Sangat cantik. Wanita itu dengan perlahan mendekati potret tersebut.

Benarlah, suaminya sangat mencintai gadis bertudung cantik itu. Sampaikan setiap tarikh pertemuan mereka dicatat pada setiap potret. Berbahang mata Ariana. Sampai tahap itu cinta Danish terhadap Tengku Aqila Dayana. Ariana menghela nafas perlahan. Dia menyentuh dengan berhati-hati potret itu.

"Kau buat apa dalam bilik ni, Aisya Ariana?" Tersentak hebat Ariana apabila dijerkah sedemikian. Tindakan refleknya menyebabkan dia dengan kelam-kabut memusingkan tubuh kecilnya dan terlanggar meja yang dipenuhi dengan tong cat.

PRANG

Bergetar anak mata Ariana apabila potret kecil yang tersandar elok tadi sudah dipenuhi dengan cat bewarna merah.

"Aisya Ariana!"

To Be Continued

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

To Be Continued ...

𝐌𝐫𝐬. 𝐃𝐚𝐧𝐢𝐬𝐡 𝐔𝐪𝐚𝐞𝐥 | 𝐂Where stories live. Discover now