❝𝐃𝐞𝐬𝐭𝐫𝐨𝐲 𝐭𝐡𝐞 𝐭𝐡𝐢𝐧𝐠 𝐭𝐡𝐚𝐭'𝐬 𝐝𝐞𝐬𝐭𝐫𝐨𝐲 𝐮𝐬.❞
Danish berjalan kehulur kehilir dihalaman perkarangan rumah Opah sambil tanganya sibuk mendail nombor isterinya, berkali-kali. Tidak diangkat langsung! Nombor Dylan pula didail.
"Dylan Mikael!" Apabila panggilan itu disambungkan, Danish serta merta menjerkah abang sulungnya. Kedengaran Dylan tergelak kecil.
"Yes my lil brother?" Danish mendengus kasar. Lelaki itu berjalan ke arah keretanya sebelum masuk ke dalam kereta mewah itu.
"Mana Ariana?" Dada Danish berombak ganas. Selepas sahaja makan tadi, dia terus keluar dari rumah. Mencari isterinya namun tidak ditemuinya.
"Asal cari dia?"
BAM
Danish menghentak kuat stereng keretanya.
"I need my wife!" Dylan yang berada di dalam talian tergelak kecil. Lebih kepada sinis.
"Oh mengaku pula? Dah selama ni kau seksa dia tu, kau ada fikir dia tu isteri kau?" Danish diam sambil mengetap kuat giginya. Stereng kereta digenggam kemas.
"Mana Aisya Ariana?" Danish menenangkan hatinya. Matanya dipejamkan rapat sebelum kembali dicelik luas. Dia tidak kisah sekiranya orang menganggapnya gila, asalkan Ariana ada di hadapan matanya, dia tenang.
Ego. Semuanya ego. Bukannya dia tidak sayang akan isterinya itu. Terlalu sayang, tetapi disebabkan dendam, dia tetap menangkan egonya. Tetapi, Dylan tidak pernah bermain kata sekiranya dia hendak membawa jauh Ariana daripada Danish.
"She's with me. Kalau kau nak dia, datang ambil. But lepas ni, if aku tahu kau sakitkan dia, i swear, kau takkan jumpa Aisya Ariana lagi."
××××
Ariana tergelak kecil melihat Hanyra yang sedang bermain dengan sepupu Aira. Comel. Tenang sahaja dirinya ketika ini. Tidak perlu memikirkan apa-apa. Jauh dari suaminya. Kini dia berada dirumah nenek Aira. Sengaja melarikan dirinya daripada Danish dan dia pasti lelaki itu tidak akan mencarinya."Kak Ari, nak tak pelam muda ni? Kalau nak, Aira potong lepastu kita cicah dengan kicap nak?" Aira menyangkan beberapa biji buah pelam didalam plastik. Ariana laju mengangguk. Kecur air liur.
"Okey kejap ea? Abang Nadim, jagakan Hanyra tau!" Ariana hanya memandang Aira yang sudah berlalu naik ke rumah. Sempat wanita itu memesan kepada abang sepupunya.
"Ya!" Nadim yang sibuk mengomol pipi Hanyra menjawab. Matanya memandang Ariana yang berada tidak jauh darinya. Nadim dan Hanyra berada di pankin kayu manakala Ariana duduk di atas bangku besar yang terletak di bawah pokok rambutan.
"Jom pergi dekat aunty cantik Hany tu." Nadim mendukung Hanyra sebelum berjalan mendekati Ariana yang hanya memandangnya dengan seyuman nipis. Lebih tepat wanita itu memandang Hanyra. Nadim duduk di hadapan Ariana. Lelaki itu tersenyum manis memandang wajah cantik tersebut.
"Suami awak tak marah ke awak duduk dekat sini?" Ariana memandang wajah Nadim yang sedang tersenyum itu. Hanyra yang berada di atas riba Nadim segera merangkak ke arah Ariana sebelum anak kecil itu berbaring di atas riba Ariana.
Ariana dan Nadim hanya tersenyum melihat telatah comel anak gadis Dylan dan Aira itu. Terlalu comel! Jika dari jauh, kelihatan Nadim, Ariana dan Hanyra seperti satu keluarga yang sangat bahagia.
"Dia tak marah pun." Sebab dia tak kisah, Ariana tersenyum manis selepas menjawab soalan Nadim. Lelaki itu hanya mengangguk sahaja.
"Awak ada kacukan eh?" Ariana tergelak kecil sambil menganggukkan kepalanya.
"Saya kacukan cina german." Nadim hanya meng 'ooo' kan sahaja menyebabkan Ariana tergelak suka. Lucu dengan tindakan Nadim itu.
"Patutlah cantik." Ariana hanya tersenyum nipis.
"Awak tak—"
PIN
PIN
Bunyi hon kereta menyebabkan Nadim tidak sempat menghabiska kata-katanya. Kereta mewah meluncur masuk ke dalam perkarangan rumah Puan Zakiah. Ariana mengerutkan dahinya apabila melihat kereta itu berhenti di hadapan bangku besar yang mereka duduk. Apabila pemandu kereta itu keluar, kelopak mata Ariana terbuka luas.
"Danish." Danish tersenyum manis memandang isterinya yang sedang berborak rancak dengan seorang lelaki. Matanya tajam merenung wajah isterinya sebelum berjalan mendekati wanita itu.
"Assalammualaikumm." Danish bersalaman dengan Nadim sebelum memandang Ariana yang hanya menunduk tidak mahu melawan tatapan mata suaminya.
"Waalaikumussalam. Cari siapa?" Nadim menyoal sambil memandang Danish dan Ariana bersilih ganti. Hanyra yang berada di atas riba Ariana segera bangun dan merangkak mendekati Danish. Lelaki itu tersenyum manis sebelum mengangkat tubuh anak saudaranya.
"Aku cari isteri aku." Mata Danish merenung Ariana sambil tersenyum manis.
To Be Continued...
YOU ARE READING
𝐌𝐫𝐬. 𝐃𝐚𝐧𝐢𝐬𝐡 𝐔𝐪𝐚𝐞𝐥 | 𝐂
Romance𝓜𝓻𝓼. 𝓢𝓮𝓻𝓲𝓮𝓼 𝓿𝓸𝓵 2 - The cruel husband DANISH UQAEL - Lelaki tampan berperwatakan sangat sinis dan licik. Adik lelaki kepada Dylan Mikael. Kacak namun sikapnya langsung tidak kena dengan wajahnya. Sinis, licik dan sangat kasar. Cinta mati...