𝐅𝐀𝐑𝐑𝐄𝐋 | 𝟑𝟒

8.3K 488 18
                                    

Lena Farrel terasa nyaman sekali. Tersenyum-senyum Farrel dalam lenanya.

"Amboi, sakannya dia sampaikan tersenyum-senyum dalam tidur."

Tengah sedap dia menikmati mimpinya tiba-tiba sahaja ada suara Nayra mencelah masuk dalam mimpinya.

"Abang, bangunlah!"

Nayra menyeru lagi Farrel. Lelaki itu masih tiada tanda-tanda lagi ingin membuka kelopak mata sendiri.

Syok sangat ke tidur.

Sepatutnya yang tidur puas-puas itu Nayra bukannya Farrel.

"Abang!" Nayra menaikkan intonasi suaranya sehingga menyebabkan Farrel terbangun laju dari tidurnya.

Bayi yang dipangkuan Nayra turut merengek bila mendengar suara pekikan Nayra.

Kalut momma muda tu menepuk punggung kecil anaknya.

"Alolo dedek baby momma ni, terkejut ya dengar suara momma panggil babah." ujar Nayra kepada anaknya yang baru lahir itu.

Farrel yang sudah sedar itu memandang Nayra dengan pandangan yang blur.

"Itu anak siapa Nayra?"

Nayra angkat kepala.

"Lah abang ni, lepas pengsan terus lupa ingatan ke? Masa abang pengsan atas lantai tadi, kepala abang terhantuk dengan mozek lantai tu ke?"

Kening Farrel bercantum mendengar bicara isterinya.

"Aku pengsan ke?"

Nayra buat muka.

"Taklah abang. Abang tidur tadi sebab penat lahirkan anak kita."

Nayra menjeling tajam suaminya. Dia yang bertarung nyawa eh malah Farrel pula pengsan. Lepas dah sedar, tak ingat pula tu.

Farrel di atas katil pesakit itu masih keliru. Dia mula memaksa otaknya untuk memproses kejadian sebelum dia pengsan.

Dia ada dalam wad bersalin sebab nak teman Nayra. Lepas tu rambutnya ditarik. Lepas tu, dia gunting pusat anaknya lalu...

Matanya membulat.

"Haahlah babe, aku pengsan."

Dia berkata sebaik sahaja mengingat kejadian tadi. Dia segera turun dari katil dan mendekati katil isterinya.

"Sorry, aku pengsan tadi sebab tiba-tiba rasa gementar. Haih malunya aku," Farrel menutup wajah dengan kedua telapak tangannya.

Sudahlah dalam wad bersalin itu ramai manusia.

Nayra menarik sengih.

"Tak apalah, semuanya boleh jadi kenangan."

Farrel angguk kepala tanda setuju. Kepala anaknya diusap penuh kasih.

"She's so small," dia memegang jari kecil bayi itu.

"Yup! Doktor kata berat dia 2.8kg tapi doktor kata dia normal je."

"Abang nak azankan dia? Dia belum diazankan lagi,"

"Takutlah, dia macam lembik je. Macam slime,"

Tangan Nayra memukul laju lengan Farrel. "Eh abang ni, anak kita disamakan dengan slime pula."

Farrel tarik sengih.

"Abang pegang je macam Nayra pegang ni. Tapi kepala dia kena jaga-jaga sebab lembut lagi,"

Farrel akur. Tangan lelaki itu terketar-ketar ingin mengambil bayi kecil itu dari pegangan Nayra.

FARREL'SWhere stories live. Discover now