𝐅𝐀𝐑𝐑𝐄𝐋 | 𝟐𝟐

8.4K 478 23
                                    

Dahi Farrel berkeringat walaupun ada saja pendingin hawa yang sudah terpasang. Entah kenapa dia rasa kurang selesa pada hari ini. Segala yang dibincangkan oleh mereka pun Farrel tidak dapat tangkap.

Arfan yang dari tadi melihat anaknya langsung bersuara.

“Farrel,”

Farrel cepat-cepat angkat kepala memandang Arfan. “Ya daddy?”

Are you okay, son? Farrel tak sihat ke?” kini tumpuan mereka semua tertuju pada Farrel. Farrel menggeleng seraya mengulum senyum tipis.

“Rel okay je daddy. Korang boleh terus—” lelaki itu lantas menutup mulutnya dengan telapak tangan sendiri. Tiba-tiba sahaja dia merasakan mual. Tidak tunggu lama, lelaki itu segera berlari keluar dari bilik meeting itu sehingga membuatkan mereka semua yang berada dalam bilik itu tercengang.

“Agak-agak, kenapalah dengan anak saya tu ya.” Arfan bergumam. Baru pertama kali dia melihat anak lelakinya seperti itu.

Tok.

Tok.

Pintu pejabatnya diketuk dari luar. Farrel bersuara meminta gerangan itu masuk. Lelaki itu dengan cepat duduk tegak tatkala melihat daddynya yang masuk.

“Oh daddy, maaf sebab tadi Farrel keluar saja meeting tanpa bagi tahu daddy,” ujarnya terus. Dia rasa dia tidak profesional tadi.

Arfan menggeleng. Dia menarik kerusi lalu duduk bertentangan dengan Farrel.

“Tak apalah. Farrel dah okay tak ni?” sebagai bapa mestilah dia berasa risau dengan anaknya.

Farrel angguk lemah.

“Cuma sakit kepala pula tiba-tiba lepas muntah tadi,” jawabnya sambil memicit pelipisnya. Sudah lama dia tidak rasa sakit begini.

Riak wajah risau dipamerkan oleh Arfan.

“Mungkin lately Farrel kerja keras sangat kot itu yang sampai sakit macam ni. Hmm apa kata Farrel duduk berehat dekat rumah buat beberapa hari ni. Daddy tengok sekarang Farrel asik bekerja sampai lupa nak jaga kesihatan sendiri.”

Farrel mengukir senyum tipis.

“Sikit sajalah, daddy.”

Arfan berdecit bila mendengar respon dari anaknya itu. “Jangan nak bantah arahan daddy ni. Sekarang ni daddy nak Farrel balik lepas tu berehat. Dah pergi kemas!” Arfan memberi arahan dengan tegas.

“Kalau Rel balik dan cuti, daddy takkan potong gajikan? Sebab daddy yang suruh.”

“Eh Farrel ni, sakit sakit pun nak fikirkan pasal gaji. Dah daddy yang suruh Rel balik, tak ada maknanya daddy nak potong gaji kamu. Dah pergilah Rel sebelum daddy ubah fikiran.”

Farrel jatuhkan kepala. Dia segera bangkit dari duduk lalu segala barangnya diambil.

“Daddy suruh PakMat yang hantarkan. Daddy tak yakin nak bagi kamu memandu sendiri.” sejurus berkata begitu, Arfan pun segera melangkah keluar dari bilik pejabat tersebut.

-

Terangguk-angguk kepala Nayra mendengar bicara bapa mertuanya melalui panggilan tersebut. Bapa mertuanya sedang menceritakan perihal Farrel kepadanya.

“Oh macam tu ke. Hmm kalau macam tu sekejap lagi Nayra balik tengokkan Farrel. Daddy jangan risau ya,” balasnya lembut. Tidak lama itu, panggilan pun habis.

Nayra meletakkan kembali telefon di dalam handbagnya. Apron yang tersarung pada tubuhnya dibuka lalu disangkut pada tempat penyangkut khas.

FARREL'SWhere stories live. Discover now