Bab 18

2.1K 56 5
                                    

Disappointment hurts more than pain.

"Bila?"~ soal Ku Mariam sambil melabuhkan duduknya di atas sofa rumah anaknya..

Lama tak merasa perjalanan jauh dari Kuala Terengganu sampai ke Kuala Lumpur,rasa kebas pulak bontot aku ni haa,sebab lama sangat duduk dalam kereta..Ini kalau tak ingatkan aku takut naik flight,dah berzaman aku sampai di KL..Ish nasib baik anak sendiri,kalau orang luar takde maknanya aku nak bersusah payah merempuh jammed yang agak teruk tadi..Huh bebel Ku Mariam dalam hatinya..

"2 bulan lepas bonda.."~ jawab Ku Indah sekali dipicit-picit kepalanya perlahan..

Sudah tiga hari dia hanya berkurung didalam bilik selepas Hadrian buat kejutan pasal pernikahannya,nak tak nak aku harus ada kekuatan untuk menghubungi bonda di kampung, agar datang ke KL secepat yang mungkin..Nak meluahkan segala yang terbuku di hati pada suami,buat aku sakit jiwa! Nak meluah pada Angrik? Baiklah aku daftar masuk ke tanjung rambutan terus,bercakap dengan Angrik kalau tak menyakitkan hati memang tak sah..Ini ibuk itu ibuk!

Tak nak fikir,Hadrian tu anak kandung aku..bila fikir makin bertambah denyutan di kepala..Serba tak kena jadinya..Si suami pula elok aje takde masalah langsung,yang menangungnya aku sorang..Mana tak stress bila anak jantan bawa lari anak dara orang,even perempuan yang bersalah sekalipun,tetap orang lain akan pandang serong pada anaknya Hadrian..Ya ampun nasib baik anak aku ada sorang,kalau dua atau tiga?haru biru hijau jadinya..bebel Ku Indah dalam hati..

Ku Mariam mengeluh..

"Hadrian tu dah selamat bernikah., apa yang kamu nak risaukan sangat,bukannya dia berzina atau buat anak dara orang mengandung.."~ jawab Ku Mariam dengan tenang..

Benda dah berlaku, bukannya boleh berpatah balik..Takkan nak suruh mereka berdua bercerai-berai pulak?

Laju Ku Indah mengangkat kepalanya..

"Bonda samalah dengan Haris..bila orang cakap,dia jawab biarlah mereka berdua dah halal..habis perasaan orang ni macam mana?dia satu-satunya anak lelaki yang orang ada tahu tak..buatnya perempuan tu saja nak mainkan perasaan Hadrian,macam mana?"~ bentak Ku Indah yang kurang setuju dengan jawapan dari mulut bondanya..

Aik aku pulak yang kena?

"Habis tu kau nak letak Hadrian 48 jam bawah ketiak kau?Anak kau tu dah besar panjang Indah,ada duit dan pandai buat pilihan..lantak dia la nak kahwin dengan sesiapa pun,nanti pandai-pandai dia jaga isteri dia sendiri..kamu tu sebagai ibu patut doakan kebahagiaan dan kesejahteraan diorang berdua..dulu kamu asyik bising bila Hadrian nak kahwin..bila Hadrian nak kahwin,nak merasa cucu la kekonon..tapi bila dia dah kahwin lain pula ceritanya.."~ bebel Ku Mariam panjang lebar..

Kahwin salah tak kahwin salah..masalah sungguh! Si Hadrian tu duit berkepuk-kepuk..nak berbini 4 sekali gus pun mampu haa..

Dengan wajah masam mencuka,Ku Indah bangun dari situ..Panas telinga mendengar teguran yang kurang enak keluar dari mulut bondanya sendiri..

"Haa kamu nak kemana pulak?aku baru je sampai,suruh la si Angrik tu siapkan bilik untuk aku berehat.."~ sambung Ku Mariam lagi..

Nafas dihela panjang..Dada yang masih lagi naik turun menahan marah dengan perasaan sebal,Ku Indah menjerit sekuat hati..

"ANGRIK!"~ Jeritan nyaringnya bergema di seluruh ruangan tamu itu..Haa nak berehat sangat kan?

Terperanjat Ku Mariam..Ya Allah budak bertuah ni,kus semangat aku!

"Kamu ni dah kenapa Ku Indah? dah berapa kali aku pesan jangan menjerit sesuka hati..aku ni tak pekak telinga lagi..apa kamu nak aku mati cepat.."~ marah Ku Mariam sambil merenung tajam ke arah anaknya..

PROMISE me? { HOLD } Where stories live. Discover now