Ammar dan Airiel menuju ke surau, setelah tiba di surau, Ammar terus mengambil alquran terjemahan manakala Airiel terus menuju ke bilik wudhu' untuk mengambil wudhu'. Ammar duduk di bahagian tepi tiang, dia agak malas untuk duduk di bahagian tengah kerana sesak. Sayup-sayup kedengaran suara pelajar lain sedang berbual, ada juga yang sedang bergurau senda. Ammar mengantuk. Sementara menunggu Airiel, Ammar sempat termenung lama.
Lamunan Ammar dikejutkan oleh kehadiran seorang pelajar lelaki di sebelahnya. Pelajar tersebut melabuhkan punggungnya betul-betul di sebelah Ammar. Tanpa Ammar sedar, pelajar yang duduk di sebelahnya adalah pelajar lelaki yang menarik perhatiannya sepanjang malam ni. Ammar agak gementar, tiba-tiba saja dirinya seperti tidak keruan. Pelajar lelaki tersebut menghulurkan tangannya kepada Ammar. "Hafzan" kata pelajar lelaki tersebut memperkenalkan dirinya kepada Ammar. Ammar pun menyambut tangan Hafzan seraya memberitahu namanya. Hafzan senyum sambil memandang tepat wajah Ammar. Ammar cuma berharap yang mukanya tidak merah semerah saga semasa mereka bertentangan mata.
"Kau kelas 1 Dahlia kan ?" tanya Hafzan kepada Ammar dan Ammar hanya mengangguk. "Aku harap dia tak ingat yang aku pandang-pandang dia dekat kelas tadi" bisik hati kecil Ammar, dia takut yang Hafzan akan menganggapnya pervert atau apa-apa saja yang terlintas difikirannya sekarang. "Aku kelas 1 Bougainvillea. Sebelah kelas kau je" kata Hafzan cuba untuk menyambung perbualan mereka berdua. Tapi, Ammar yang sedari tadi gugup dan gementar apabila berhadapan dengan Hafzan hanya mampu memandang bawah dan mengangguk saja. "Kau bilik berapa Mar ?" tanya Hafzan, sekali lagi pertanyaan di ajukan dan Ammar tidak boleh hanya mengangguk sahaja. "Aku bilik A20" ringkas jawapannya dan riak mukanya tidak dapat disorokkan yang dia sedang berada dalam keadaan yang awkward. "Eh kita jiran la. Aku bilik A19 je do" kata Hafzan sambil tersenyum lebar. Dalam hati Ammar, mungkin Hafzan ni memang seorang yang suka tersenyum. Tapi, manisnya senyuman Hafzan membuatkan Ammar hampir cair.
Selesai perbualan ringkas di antara mereka, Airiel pun muncul. Penyelamat mungkin, Ammar tidak mahu duduk di situ berseroangan dengan Hafzan. Mungkin inilah rasa macam mana berhadapan dengan 'crush'. Ammar segera melambaikan tangannya ke arah Airiel, setibanya Airiel di situ dia terus duduk di belakang Ammar. Hafzan masih sama, di sebelah Ammar hanya duduk diam dan memerhati keadaan sekeliling. Ammar pelik, Hafzan tak pula memperkenalkan dirinya kepada Airiel. Airiel pula tidak bertanya tentang Hafzan kepada Ammar. Mungkin ini memang suasana berkenalan untuk kali pertama. Segalanya sendu dan janggal.
Setelah selesai membaca al-mulk, Ammar terus meletakkan alquran yang digunakan ke rak yang disediakan. Ammar kehilangan jejak Airiel semasa bersesak-sesak hendak meletakkan al-quran tadi. Dia berjalan perlahan menuju keluar surau, tanpa disedari yang dia diikuti oleh Hafzan. "Mar ! Jom balik bilik sama-sama" kata Hafzan setelah dia tiba di samping Ammar. Ammar yang agak keliru berkerut dahi dan menggaru kepalanya yang tidak gatal itu. "Erm tapi aku tengah cari kawan aku" kata Ammar, dia bukan tidak mahu berjalan bersama Hafzan, tapi dia takut yang Airiel pun akan tercari-cari dirinya di surau. "Ala takpe, nanti kawan kau tau la tu kau dah balik bilik. Jom jom" kata Hafzan sambil menarik tangan Ammar. Ammar yang teragak-agak tetap juga menuruti kehendak Hafzan walaupun dia risau yang Airiel akan mencarinya.
Sepanjang Ammar dan Hafzan berjalan menuju ke bilik mereka, tidak ada sebarang perbualan pun yang tercetus di antara mereka. Hafzan yang berjalan di sebelah Ammar hanya memandang tegak kehadapan sambil 'humming' lagu yang Ammar sendiri tidak dapat tangkap melodinya. Ammar teragak-agak untuk memulakan perbualan, dia malu dan segan. Tanpa dia sedar, dia sudah pun memandang Hafzan agak lama membuatkan Hafzan membalas pandangannya. Hafzan memberhentikan langkahnya, dia mengahdap Ammar. "Ye ade ape ? Apesal pandang aku macam tu ?" pertanyaan Hafzan membuatkan Ammar terkejut. "Eh takde apelah, aku nak tanya something tapi tak jadi" kata Ammar cuba mencari alasan, padahal dia memang suka memandang Hafzan. "Oh ingatkan kau pandang sebab tengok aku hensem sangat hehe" kata Hafzan melawak, Ammar hanya mencebik kononnya menyampah dengan perenyataan Hafzan tersebut. Tapi hakikatnya, Ammar setuju dengan apa yang dikatakan oleh Hafzan.
Setibanya Ammar di bilik, dia lihat Airiel sedang mengemas locker. Memang itu perkara yang biasa di lakukan oleh Airiel ; mengemas locker walaupun tidak bersepah. Ammar meletakkan beg sekolahnya di atas katil dan terus menuju ke katil Airiel. "Awal balik bilik, tak tunggu aku pun" kata Ammar, nadanya sedikit menurun kononnya merajuk. "Eh tadi budak bilik sebelah tu kata kau ada hal, dia suruh aku balik bilik dulu" kata Airiel kepada Ammar sambil tangannya ligat mengemas pakaian yang tersisa di dalam bagasinya. Ammar sedikit terkejut dengan kenyataan yang diberitahu oleh Airiel. "Oh dia sengaja nak jalan dengan aku ke ?" bisik hati kecil Ammar, delulu barangkali. Ammar terus bangun dari katil Airiel dan menukar bajunya. Dia tersenyum kecil mengingatkan apa yang dikatakan oleh Airiel. Kalau betullah Hafzan memang ingin pulang ke bilik bersamanya, kenapa dia tak bagitahu Ammar terus.
Dalam tak sedar, Ammar dah tersenyum seperti kerang busuk sepanjang dia menukar baju dan mengurus dirinya. Abang Amin yang duduk di bahagian tengah bilik melihat Ammar dengan riak muka yang pelik. "Dah gila agaknya budak dorm aku ni" kata Abang Amin sambil tersengih. Selesa saja urusan pengurusan diri semua pelajar di bilik A20, mereka semua diarahkan untuk membuat satu bulatan di tengah-tengah bilik mereka. Sesi taaruf bilik yang akan dijalankan oleh abang dorm masing-masing memang akan dilakukan pada waktu malam kerana itu saja masa lapang yang ada untuk pelajar tingkatan 5. Mana pulak banyak kelas tambahan yang mendatang kerana mereka akan menduduki SPM tak lama lagi. Walaupun sesi persekolahan baru saja bermula, sekolah yang mempunyai ranking tinggi seperti sekolah Ammar memang akan memulakan segala persiapan seawal yang mungkin.
Sepanjang sesi taaruf dijalankan, ketua bilik yang dilantik secara sukarela oleh senior-senior di bilik tersebut mengetuai segalanya. Abang Bagong yang dipilih menjadi ketua bilik kerana dia tidak mempunyai apa-apa jawatan. Abang Amin merupakan exco, manakala abang Afiq pula baru tingkatan 4. Memang kebiasaannya yang paling tua di dalam bilik tersebut yang akan menjadi ketua bilik. Memandangkan semuanya telah selesai, amanat telah disampaikan, semua ahli bilik A20 bersurai. Setakat yang Ammar tahu, ada 3 orang senior di dalam biliknya iaitu abang Bagong, abang Amin dan abang Afiq. Manakala untuk pelajar tingkatan satu pula, ada 7 orang kesemuanya iaitu Ammar, Airiel, Zul, Omar, Iman, Fakhry dan Sofi.
Jam baru menunjukkan tepat pukul 11 malam. Light off adalah pada pukul 12. Ammar tidak membuang masa, dia terus menuju ke tandas untuk menggosok gigi. Aras nya agak riuh, tapi tak ramai orang yang berada di tandas pada ketika itu. Cuma ada seorang pelajar yang sedang menggunakan tandas. Ammar membiarkan saja dan terus menuju ke singki dan menggosok giginya. Tidak lama dia menggosok giginya, sosok tubuh pelajar yang berada di dalam tandas terlihat di pantulan cermin. Tak lain tak bukan, orangnya adalah Hafzan. "Eh Ammar, buat ape tu ?" tanya Hafzan, Ammar membuat muka malas, kononnya tidak berminat untuk melayan Hafzan namun pada hakikatnya dia agak gementar dengan kehadiran Hafzan di situ. "Tengah masak weh" jawab Ammar berseloroh, Hafzan hanya tertawa kecil dan mencubit pipi Ammar dan terus berlalu pergi.
YOU ARE READING
Ammar's Journey
De TodoMengisahkan tentang Ammar yang memulakan kehidupannya sebagai seorang pelajar asrama yang cuba untuk menyesuaikan diri dengan realiti hidup berdikari. Dia mendapati dirinya semakin banyak berubah semenjak dia berkenalan dengan Hafzan. Adakah dia aka...