Bab 2 : That One Handsome Boy

54 2 0
                                    

Ammar dan juga Airiel bergerak menuju ke surau bersama-sama. Mereka memilih untuk duduk di bahagian tepi surau dan bahagian saf pertama. Semua pelajar tingkatan 1 memang di arahkan untuk duduk di 3 saf hadapan oleh senior-senior, kononnya hendak melatih mereka. Sebenarnya, senior-senior memang kurang gemar untuk duduk di saf hadapan. Sementara menunggu azan maghrib berkumandang, Ammar sempat meninjau kawasan sekeliling. Pada masa yang sama, beberapa orang senior tingkatan 5 yang merupakan exco badar menarik tirai yang memisahkan ruang solat antara pelajar perempuan dan lelaki. Ammar yang agak pemalu terus mengalihkan pandangannya ke arah hadapan semula. Suasana yang hingar-bingar itu membuatkan Ammar mengantuk, segala suara bualan pelajar yang berkumpul di dalam surau itu kedengaran di telinganya. Tidak lama Ammar termenung, azan maghrib pun berkumandang. Ammar pun bangun dan mengajak Airiel untuk mengambil wudhu'. Selesai mengambil wudhu', mereka semua pun menunaikan solat maghrib secara berjemaah.

Seusai solat maghrib, semua pelajar di arahkan untuk duduk dibahagian tengah surau. Seperti biasa, akan ada program selepas maghrib yang di uruskan oleh exco-exco asrama. Untuk malam ni, sesi taaruf secara besar-besaran akan dilakukan. Beberapa pelajar lelaki tingkatan 1 akan di panggil secara rawak dan di suruh untuk memperkenalkan diri di hadapan surau. Antara pelajar yang di panggil adalah ahli bilik Ammar ataupun dikenali dengan nama Zain. Dia dipanggil ke hadapan asbab dia mempunyai kakak yang juga bersekolah di sekolah yang sama. Kata orang-orang, kakak kepada Zain merupakan seorang pelajar tingkatan 3 yang popular di sekolah tersebut. Mempunyai wajah yang cantik, memang ramai senior yang berminat dengan kakak Zain.

Ammar memang malas untuk menumpukan perhatian kepada perkara yang berlaku di hadapan surau tersebut. Apa yang berlaku hanya lah segelintir senior lelaki yang gatal dan menginginkan perhatian Zain, kononnya boleh memikat kakak Zain melaluinya. Sedang Ammar menumpukan perhatian kepada benda lain, tiba-tiba namanya di sebut oleh abang Amin. Ammar agak terkejut, air mukanya mula berubah, maklumlah dia memang seorang yang amat pemalu jika berhadapan dengan orang ramai. Tapi untuk memenuhi permintaan abang dormnya, dia tetap juga pergi ke hadapan. Tanpa membuang masa, abang Amin terus memberikan mic kepada Ammar.

"Assalamualaikum. Nama saya Ammar Akiff bin Sufian. Saya berasal dari Johor" kata Ammar ringkas tentang pengenalan dirinya. Sepanjang Ammar berdiri di hadapan, banyak mata yang memandang ke arahnya. Ada yang sedang berbisik-bisik, mungkin sedang memuji keindahan wajah Ammar. Ammar memang mempunyai wajah yang kacak dan tampan. Kulitnya yang putih dan matanya yang agak besar menjadikan dia kelihatan seperti darah kacukan. Ammar agak segan apabila banyak mata yang memandang. Mana tau, Ammar akan menjadi bualan semua pelajar perempuan di tingkatannya. Namun, dalam banyak-banyak manusia yang menumpukan perhatian terhadap Ammar, mata Ammar hanya tertangkap ke arah seorang pelajar lelaki yang juga merupakan pelajar tingkatan satu. Ammar sendiri tidak tahu mengapa dirinya tertarik dengan pelajar lelaki tersebut. Mengenalinya pun tidak, dia cuma mengenali Ijan yang betul-betul duduk di sebelah pelajar lelaki tersebut.

Semasa sesi memperkenalkan diri, terdapat beberapa soalan yang diajukan kepada Ammar antaranya ialah berapa tingginya, dia seorang atlet ke semasa di sekolah menengah dan banyak lagi. Dengan fizikal Ammar yang agak baik, memang ramai orang yang mengagak bahawa Ammar ialah seorang atlet semasa di sekolah rendah dahulu. Pada hakikatnya, Ammar hanya tertarik dengan pertandingan indoor seperti pidato, debat dan banyak lagi pertandingan lain. Mungkin jiwanya bukan untuk sukan. Tapi melihatkan kepada ketinggian Ammar yang sudah mencecah 170cm pada waktu itu, tidak mustahillah dia akan dikaitkan dengan sukan. Walaupun Ammar baru berumur 13 tahun, tetapi dia sudah pun lebih tinggi daripada kebanyakan pelajar senior di sekolahnya itu.     

Selesai sahaja sesi taaruf secara besar-besaran, semua pelajar di arahkan untuk solat isya' berjemaah. Walaupun ada segelintir senior yang sudah menghilangkan diri pergi ke kelas untuk prep malam, pelajar junior pula harus mematuhi arahan dan solat isya' secara berjemaah. Selesai solat, semua pelajar bergerak menuju ke kelas masing-masing untuk meneruskan agenda prep malam. Begitu juga dengan pelajar tingkatan 1, mereka di ketuai oleh seorang exco asrama untuk setiap kelas. Kelas Ammar pulak, diketuai oleh seorang exco lelaki dan beberapa exco perempuan. Ammar ditempatkan di kelas 1 Dahlia. Sempat juga Ammar melihat muka-muka pelajar yang akan duduk satu kelas dengannya. 

Dalam perjalanan mereka ke kelas masing-masing, Ammar sempat ditegur oleh beberapa orang senior perempuan. Dia sudah agak yang perkara sebegini akan berlaku. Maklumlah, perempuan mana je yang tak suka dengan lelaki yang mempunyai wajah ala-ala chinese look ni. Lagi-lagi kalau lelaki tersebut lebih muda, mahu dijadikan adik angkat. Ammar tetap juga melayan kakak-kakak senior tersebut,  walaupun pada hakikatnya dia agak rimas. Maklumlah, dia agak introvert dengan orang yang baru dikenalinya. Setibanya di kelas, Ammar terus memilih tempat duduk yang berdekatan dengan kipas angin. Dia tidak mahu dirinya susah di kemudian hari dek kerana panas yang melampau.

Memandangkan sekolah ni berpaksikan pembelajaran abad ke-21, jadi meja-meja di dalam kelas disusun mengikut kumpulan. Meja tempat Ammar duduk ada 5 orang kesemuanya. Mungkin ini juga merupakan peluang yang baik untuk Ammar mencari kawan di luar biliknya. Takkanlah dia nak berkawan dengan Airiel je. Airiel pulak kelasnya agak jauh dari kelas Ammar. Semua buku yang Ammar dapat semasa pendaftaran tadi diletakkan di dalam laci meja dan juga di rak buku yang disediakan. Kononnya nak memudahkan pelajar, tapi guru-guru tetap juga memberikan homework yang banyak menyebabkan mereka tetap juga kena mengerah keringat mengangkat beg yang berat. Ammar keluar dari kelasnya dan berdiri di koridor hadapan kelasnya. Sambil Ammar melihat langit, kelas sebelah yang agak riuh rendah menarik perhatiannya. Pada masa yang sama, Ammar ternampak pelajar lelaki yang menarik minatnya di surau tadi. Pelajar lelaki tadi sibuk bermain dengan rakan kelasnya yang lain. Daripada situasi tersebut, Ammar dapat tahu bahawa pelajar lelaki tersebut seorang yang nakal.

Lama Ammar memandang pelajar tersebut. Tak lama Ammar memerhati pelajar tersebut, kewujudan Ammar diketahui oleh pelajar tersebut. Ammar agar gelabah pada mulanya, tapi pelajar tersebut hanya tersenyum kepada Ammar dan sambung bermain dengan rakan-rakannya yang lain. "Manisnya dia senyum"  kata Ammar di dalam hati. Sejenak, dia agak terkejut dengan kata hatinya itu. Dia membesarkan matanya seperti tidak percaya dengan apa yang dia rasakan sebentar tadi tentang pelajar lelaki tersebut. "Kau ni kenapa Mar ? Sejak bila lelaki jadi minat kau ni Mar ?" kata Ammar kepada dirinya sendiri. Tidak lama selepas perkara tersebut berlaku, semua pelajar tingkatan 1 di arahkan untuk menuju ke dewan makan kerana jam sudah menunjukkan tepat pukul 9.50 malam. Semua pelajar akan berkumpul di dewan makan tepat jam 10 malam untuk minum malam. Ammar pun segera mengemaskan barang-barangnya dan terus menuju ke dewan makan. Dalam kepalanya masih terngiang-ngiang senyuman pelajar lelaki tadi. Dia agak yang dirinya sudah gila agaknya.

Setibanya dia di dewan makan, dia cuba untuk mencari tempat duduk yang kosong di dalam dewan makan tersebut. Semua pelajar telah diagihkan tempat duduk mengikut tingkatan. Jadi pelajar tingkatan 1 diarahkan untuk duduk di bahagian tepi dewan makan. Ammar terus menuju ke arah Airiel setelah dia mengesan kedudukan Airiel di mana. "Lambat sampai ?" tanya Airiel kepada Ammar. "Biasalah, banyak benda nak kene kemas" jawab Ammar, Airiel hanya mengangguk tanda faham. Sementara mereka berdua berbual, jam pun hampir menunjukkan pukul 10.30 malam. Rutin pelajar asrama setelah habis minum malam ialah membaca al-mulk beramai-ramai. Tanpa membuang masa, Ammar dan Airiel pun meletakkan pinggan dan cawan lalu terus bergerak ke surau.

Ammar's JourneyWhere stories live. Discover now