Esoknya, semasa di kelas, Ammar sentiasa teringatkan detik di mana Hafzan mencubit pipinya semasa berada di tandas. Pada mulanya dia agak pelik dengan kelakuan Hafzan tapi lama kelamaan dia mula berfikir yang Hafzan memang jenis yang begitu. Tidak mahu dia berfikir tentang perkara tersebut, Ammar kembali menyiapkan kerja sekolah yang diberikan oleh gurunya tadi sementara Hafzan dan kawan-kawannya yang lain bergelak ketawa di belakang kelas. Ammar memang seorang budak yang agak pemalu dan pendiam, dia memang selalu mengikut arahan. Berbeza pula dengan Hafzan yang agak nakal dan banyak meluangkan masa dengan bermain.
Setelah selesai sesi pertama, Ammar bergegas menuju ke kantin kerana perutnya agak lapar pada hari ini. Tanpa dia sedari, Hafzan cuba untuk menegurnya sebelum dia keluar dari kelas tersebut namun kaki Ammar lebih pantas melangkah keluar kelas. Hafzan melupakan niatnya dan terus menuju ke kantin. Semasa di kantin, Ammar berjalan sekitar kantin untuk mencari tempat duduk yang kosong. Dia tidak melihat kelibat Airiel di kantin, mungkin ke koperasi barangkali. Dia teruskan niatnya untuk mencari tempat yang kosong sampailah Hafzan muncul di hadapannya dan mengajaknya untuk duduk sekali. Pada mulanya Ammar teragak-agak dengan pelawaan itu, tapi apakan daya, kantin hampir penuh pada waktu itu, jadi dia terpaksa akur dan duduk dengan Hafzan dan kawan-kawannya.
"Eh Ammar la" kata salah seorang budak lelaki di situ. Ammar terkejut kerana dia sendiri tidak mengenali kawan Hafzan yang menegurnya tadi, bahkan hampir separuh daripada mereka tidak Ammar kenali. "Macam mana kau kenal aku ? Kita pernah berkenalan ke sebelum ni ?" tanya Ammar mempersoalkan hal tersebut. Budak lelaki tersebut hanya menggeleng. "Mana ada, Hafzan lah yang kenalkan kau dekat kiteorang" jawab budak lelaki itu selamba. Hafzan yang berada bersebelahan dengan budak lelaki tersebut dengan cepat menyenggol budak lelaki tadi. "Hehe sorry Mar, kau kan classmate aku, tu yang aku kenalkan kau dekat diaorang" seraya Hafzan berkata begitu, kawan-kawannya semua hanya mengangguk tanda setuju dengan pernyataan Hafzan.
Tanpa banyak berfikir, Ammar hanya meniyakan apa yang mereka katakan. Perut seudah kosong, Ammar terus menghabiskan makanan yang dibelinya tadi. Tak lama, Ammar pun meminta izin untuk beransur pulang ke kelas sementara Hafzan dan kawan-kawannya yang lain masih lagi duduk makan dan bersembang sesama mereka. Setelah saja Ammar hilang daripada pandangan mereka, Hafzan terus saja menumbuk manja budak lelaki yang menegur Ammar awal tadi. "Kau ni, kenapa kau cakap aku kenalkan dia dekat korang semua. Nanti kantoilah" kata Hafzan. "Ala, dia cuma tau yang kau kenalkan dia dekat kiteorang, bukannya dia tau yang kau suka dia" kata salah seorang daripada kawannya. Yang lain hanya tergelak kecil mendengarkan hal tersebut. Hafzan yang sedari tadi tersipu malu kerana di kacau oleh kawan-kawannya hanya tersenyum dan geleng kepala. Setelah selesai makan, mereka semua pulang ke kelas masing-masing dan menyambung sesi belajar hingga ke tengah hari.
Semasa di dalam kelas, Ammar sentiasa teringatkan setiap detik dia bersama dengan Hafzan. Dalam kepalanya sentiasa tertanya-tanya adakah Hafzan tidak merasa sedikit awkward lepas apa yang Hafzan lakukan kepada dirinya. Mungkin Hafzan tidak merasakan apa-apa kerana dia hanya menganggap dirinya sebagai teman biasa. Tapi tanggapan Ammar sama sekali tidak benar kerana Hafzan betul-betul sudah jatuh cinta terhadap Ammar. Tapi apakan daya, dunia terlalu kejam untuk Hafzan meluahkan rasanya. Setelah tamat kelas pada hari tersebut. Ammar segera mengemas begnya dan terus menuju ke kelas Airiel yang hanya terletak dua kelas dari kelas Ammar.
"Eh Ril, kau gi mana rehat tadi ?" tanya Ammar kepada Airiel. "Aku pergi koop la macam biasa. Tapi kalini aku bukan beli makanan, tapi aku interview untuk jadi ahli koop" jawab Airiel. "Wuish lepasni memang muka kau jela dekat koop ek" kata Ammar berseloroh. "Kepala kau, aku bertugas kalau ada nama aku dalam jadual jela" kata Airiel sambil menepuk lengan Ammar. Ammar hanya tertawa kecil. Mereka pun sama-sama pulang ke asrama dan terus menikmati makanan tengah hari seperti biasa.
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Notice : Sorry everyone for the late late update, its been a very hectic year for me, I need to take some times to hiatus and I will be updating this story but as a slow update only. Actually I already started my degree back in the October of 2023, so yaa a little bit busy. So this is my new update for 2024. ENJOY !
YOU ARE READING
Ammar's Journey
RandomMengisahkan tentang Ammar yang memulakan kehidupannya sebagai seorang pelajar asrama yang cuba untuk menyesuaikan diri dengan realiti hidup berdikari. Dia mendapati dirinya semakin banyak berubah semenjak dia berkenalan dengan Hafzan. Adakah dia aka...