Prolog

3.9K 80 1
                                        

RALIT betul gadis tersebut merenung ipad yang terletak elok di atas meja. Bukan setakat dia pening, adik kembarnya juga rasa begitu.

"Apa yang kau stress sangat tu kak?" Tanya adiknya, Qhairina sekadar ingin memecahkan suasana.

"Huh? Oh... Ada kerja sikit hehe." Balas Qhalisha seraya menayangkan dua batang giginya.

Qhairina mengeluh sejenak. Kebelakangan ini kakak kembarnya sering sibuk dengan kerja yang dimaksudkan. Kadang dirinya penat dek bingung mendengar.

Satu topik terlintas pada fikiran Qhairina. Qhairina menoleh ke arah kakak kembarnya itu. Qhairina menarik nafas lalu mula melontarkan beberapa soalan.

"Kak, Kalau kau... Kau nak lelaki macam mana?"

"Lelaki? Maksud kau?" Terangkat sebelah kening Qhalisha. Mata masih cuba melekat pada skrin ipad.

"Ish... Maksud aku, lelaki...? Lelaki yang akan teman dan jaga kau seumur hidup, kiranya macam ciri-ciri bakal suami idaman lah," Terjuih bibir Qhairina. Kakaknya itu nampak blur sangat.

"Ooo yang itu ke..." Qhalisha terdiam. Dia berfikir sambil bertaut mata dengan adik kembarnya.

Qhairina mengerut dahi. Lama betul Qhalisha mengambil masa. Bukan apa, kali ini dia mahu memastikan Qhalisha bertemu dengan orang yang tepat. Oleh itu dia menghela nafas sekilas.

"Lama betul kau fikir. Takkan takde langsung?" Kata Qhairina sambil melipat tangan pada dada. Sebelah kening terjungkit.

Qhalisha menggelengkan kepala tanda dia tiada ciri-ciri spesifik bakal suami. Kalau yang datang itu terbaik, memang yang itu lah dia akan pilih. Usai melihat reaksi kakaknya, Qhairina tiba-tiba menjeling tajam. Kakak kembarnya memang tiada pendirian gamaknya.

"Hrm, lelaki yang beruniform nak tak?"

"Boleh juga, handsome pun handsome." Tersengih spontan bibirnya ketika itu. Matanya teralih kembali pada ipad.

Qhairina terus bersemangat. Pelbagai soalan dilontarkan dengan niat yang sukar untuk Qhalisha baca.

"Kalau dia ketua polis, seorang Inspektor dan selalu terlibat dengan kerja berbahaya. Kau berminat tak?" Tubuh semakin dirapatkan dengan Qhalisha ketika itu.

"Macam aku cakap, handsome. Selalunya yang ada pangkat jaranglah tak buat aku cair." Entah mengapa, dia juga seperti mabuk cinta. Walhal tiada siapa yang ingin dibanggakan.

Qhairina tersenyum lalu mengangguk faham. Qhairina mencapai botol lalu meneguk air tersebut. Dia mengalihkan pandangan dan bermula hanyut dalam angan-angan tersendiri.

"Tapi kenapa tiba-tiba kau cakap pasal jodoh aku ni? Kau pun belum jumpa jodoh," Satu kerlingan berbentuk sindiran diberi jelas. Hal tersebut membuatkan Qhairina tertawa.

"Aku cuma nak tengok kakak kembar aku ni happy. Sekurang-kurangnya hilang sikit tekanan yang kau tanggung selama ni kan?"

Jeda. Tangan Qhalisha berhenti daripada tatal skrin ipad tersebut. Beberapa saat kemudian mereka bertaut mata. Kedua-dua daripada mereka diam tidak berbicara.

"Aku bersyukur sebab kau masih ada dengan aku, Qhairina. Terima kasih. Aku sayang kau dunia dan akhirat." Ucapnya tulus. Bola matanya berkaca.

— Tamat Prolog

Airil Untuk Qhalisha [Under Maintenance]Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang