C ; 1

1.1K 43 0
                                    

"Aku akan tunggu kau sampai bila bila"

Ditutupnya buku itu apabila membaca dialog tersebut. Qhalisha membelek harga di belakang.

"Tak ada lah mahal sangat, Aku nak! " - Qhalisha

Qhalisha kemudian beredar daripada sudut tersebut menuju ke arah kaunter pembayaran

Terhenti apabila tertoleh ke arah buku yang agak menarik perhatian. Qhalisha tersenyum lalu cepat-cepat mencapainya untuk dibaca

Sempat disentuh oleh Qhalisha sebahagian buku itu. Yang terkejutnya, sebahagian lagi disentuh oleh orang lain

Qhalisha kemudian mengangkat kepalanya untuk berhadapan pemilik tangan tersebut.

"Saya minta maaf tapi saya yang--"

Qhalisha terhenti dan terkedu apabila menoleh ke arah pemilik tersebut. Begitu juga pemilik tersebut, terkejut.

"Rasydyana Qhalisha"

Disebutnya oleh bekas suaminya, di mana ia pemilik tangan tersebut. Airil Fayyadh.

Mereka saling berpandangan tanpa menghiraukan orang lain. Mata yang berkaca, hati yang sayu.

Semua ni takkan jadi kalau bukan sebab aku. Bisikan Airil di dalam hatinya masih mekar.

-
-

{6 tahun yang lepas}

"Bagi duit kau sekarang"

Desak pemuda itu kepada si gendut sekolah menengah titiwangsa.

"Tapi saya tak ada--"

Tak sempat habiskan ayat, Si gendut ditumbuk oleh rakan rakan pemuda itu.

Puas selama 30 minit. Pemuda dan rakan-rakan berhenti. Pemuda itu melutut ke arah gendut yang terbaring kesakitan

"Kalau dah tahu miskin.. TAK PAYAH JADI BEBAN KAT SEKOLAH NI LA BINGAI! "

Si gendut ditawakan oleh semua orang. Mereka beredar meninggalkannya kesakitan. Si gendut menangis.

-
-

Si gendut dengan perlahan kerana kesakitan berjalan menuju ke rumah.

Melalui jambatan besar, melihat sungai yang dalam. Si gendut menangis. Penat.

"Kenapa mesti aku? Aku penat... Aku tak salah... "

Si gendut mula fikir lebih baik mati atau segalanya. Si gendut tak tahan lalu melepaskan begnya.

Mula panjat pagar jambatan tersebut namun terhenti apabila ternampak satu iklan di tapak kakinya.

'Club of revenge (jangan diam, balas dendam!)"

Si gendut kesat air matanya lalu...

//
//

*tut*

Setelah mendengar luahan daripada telefon khas yang disediakan, Qhalisha menutup pita tersebut

"So, patutkah kita ambil kes ni? " - Qhalisha

4 orang ahli berfikir sejenak. Ketua mengeluh manakala seorang lagi menggelengkan kepala

"Masih ada lagi pembulian fizikal dan mental dekat kalangan budak sekolah ni rupanya" - Aiman

Aiman - Pembantu sampingan dalam organisasi tersebut. Tanpa Aiman, semua takkan berjalan

"Pembulian takkan berhenti kalau tak ada pengajaran atas pembulian. Memang melampau budak zaman sekarang" - Pakcik Azman

Pakcik Azman - Juga pembantu sampingan, duo maut dengan Aiman. Tanpa Pakcik ni, misi juga tak berjalan.

"Teruk juga mangsa kena, kalau tak disergah.. makin trauma atau kematian akan berlaku" - Tok Nazir

C | Airil Untuk Qhalisha Where stories live. Discover now