Bab 3

969 30 0
                                        

UNTUK pertama kali dalam hidup, mereka mempunyai masa lapang pada waktu malam. Darwish dan Thaqim mencadangkan untuk menonton filem keluaran terbaru bersama-sama. Airil, Safwan dan Qaidir hanya mengangguk setuju.

Namun ketika filem berlangsung, Safwan mendapati Airil tidak betah duduk. Matanya tidak lekang memerhati telefon pintar. Airil juga mengetap bibir seraya mengendang sebelah kakinya.

“Airil, kau okay?” Tanya Safwan lembut. Airil akhirnya memandang ke arah rakan itu.

"Aku tak faham, nak masuk seminggu tapi masih tiada apa-apa isyarat daripada Qhairina. Ini tanda-tanda kena reject kan?"

Detik itu, semua rakan seperjuangan menoleh ke arah Airil. Jarang mereka lihat Airil resah sebegitu. Yang lebih mengejutkan, Airil jadi begitu kerana seorang perempuan. Safwan menghela nafas dalam. Dia melukis senyuman nipis. Sebelah bahu Airil pula dipegang lembut.

"Ril, jangan risau. Kalau reject pun, akan ada bunga lain yang boleh memeriahkan hati kau. Tapi kalau memang dah jodoh, Qhairina tetap akan datang pada kau. Lambat atau cepat, Allah dah susun baik-baik. Jangan fikir sangat ya? Fokus sahaja pada kerja dan kehidupan kau yang sekarang. InsyaAllah, semua akan dipermudahkan."

Terdiam seketika. Airil menundukkan kepala kemudian mengangguk sejenak. Tumpuan kembali diberi pada filem. Suasana di ruang tamu menjadi sunyi seketika.

Sehinggalah...

Tut!

Jam menunjukkan pukul 2:30 pagi, dia hairan akan bunyi notifikasi tersebut. Takkanlah balai? Setahu dia, Jeneral Faisal sudah merancang bahawa malam itu ialah malam rehat mereka. Tanpa berfikir panjang, Airil menggapai telefon lalu membuka kotak mesej. Daripada muka cengeng, tiba-tiba membuntang mata. Dia berdiri dengan terkejut membuatkan semua kawan ternanti-nanti.

“Dia chat aku! Qhairina akhirnya chat aku!”

Mereka semua terkejut tetapi terselit wajah gembira. Filem ditutup sementara demi membantu Airil yang masih terpempan. Mata Airil tidak lekang daripada skrin telefon manakala senyuman di bibir terjungkit tinggi. Dia sangat bahagia.

"Pelik sebab waktu-waktu macam ni dia boleh fikir untuk chat kau tapi... Weh kawan!! Tahniah!" Ucap Qaidir dengan nada teruja.

"Ye wey, tak sangka impian kawan kita ni tercapai juga. Tahniah bakal boyfriend hahaha." Tambah Thaqim, sengaja membakar.

Airil hanya boleh menunduk segan. Dia menggosok belakang lehernya sambil menelan liur kelu. Detik itu, Darwish perlahan-lahan memuncung mulut. Tangan memeluk tubuh sendiri.

"Mana aci, tak lama lagi Airil dah tak single. Makin bising la pejabat kita dengan bunyi on call.

Mereka semua menghamburkan gelak tawa usai mengenang tindakan Qaidir. Maklumlah, dia sering bergayut walaupun di dalam hujan dek ribut. Giliran Qaidir pula yang segan. Dia turut menggosok belakang leher.

"Ha apa lagi, jawablah. Jangan lepaskan peluang emas." Ujar Safwan pula. Dia menyandarkan tubuh ke belakang sofa.

Tanpa membuang masa, Airil mengalihkan pandangan mata ke arah skrin telefon. Jari-jemari perlahan-lahan menari di atas papan kekunci. Senyuman angau masih melekat di bibir.

***

"Hai, assalamualaikum. Ini Inspektor Muhammad Airil Fayyadh ke? Saya ni, Rasydyana Qhairina. Saya minta maaf sebab lambat mesej awak."

"Waalaikumussalam, tak apa. Kalau orangnya awak, saya sanggup tunggu."

***

Airil Untuk Qhalisha [Under Maintenance]Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang