Aku merenung senja dengan khusyuk sekali.Sudah lama kita tidak bertemu senja,maafkan aku ye.Bagiku,senja merupakan ciptaan yang sangat indah.Percuma tetapi mampu menenangkan beribu-ribu jiwa manusia yang berkecai.Takala hati aku berasa sepi,sedih dan pilu, tetapi tiada orang memujukku, maka senjalah yang memujukku.Angin yang sepoi-sepoi mendakap tubuhku.Senja juga mengajarku.......................
Senja ,
Cantik tapi bersifat sementara,
Kemudian malam yang lama datang menjelma,
Begitulah hidup kita,
Kebiasaanya..hal indah itu seronok tetapi bersifat sementara,
Kemudian sedih yang lama datang menjelma.
"Aira...masuk rumah ye.Dah nak masuk waktu Maghrib ni." Aunty Aina mengingatkan Aira masuk ke dalam rumah.
"Okey, aunty."
...........................................................................
Aira mengakhiri solat Maghribnya dengan sebuah doa sebagai kiriman kepada arwah mamanya.'Ting' telefonnya berbunyi memaksudkan bahawa ada mesej masuk.Dia mengambil telefonnya dan mendapati bahawa mesej itu daripada Aizat.Aira baru teringat bahawa dia pernah memberi nombornya kepada Aizat untuk berbincang tentang buku skrap.
"Assalammualaikum,ni Aizat.Kita jumpa esok di Restoran Bersih ye dalam pukul 2:00 petang.Nanti aku send location.Nak bincang pasal buku skrap." Begitulah mesej yang dikirim oleh Aizat.
"Beres."
................................................................
YOU ARE READING
Dengan kita
RomanceNur Aisyah Humaira atau nama panggilannya "Aira" merupakan seorang gadis yang dilahirkan dalam keluarga yang kaya sehinggalah mamanya meninggal.Hidup Aira menjadi sunyi,sakit dan perit walaupun dari luaran nampak biasa sahaja.Apabila usianya 17 tahu...