Dibuka tubir mata perlahan-lahan, kelihatan satu susuk tubuh wanita berdiri menghadap tubuhnya.Berpakaian gaun seputih bak salju.Rambut ikal mayangnya dililit selendang putih.Wajah wanita itu yang putih gebu dihiasi segaris senyuman di bibirnya yang munggil.Setelah lama tidak berjumpa.
"Mama..."
Bergetar.Sebak.Itu yang digambarkan tentang suara Aira.Suara mendayu seorang anak yang rindukan ibunya.Wanita itu menghulurkan tangan kepadanya. Tangan mereka kini berpautan.
"Mama..Aira nak ikut mama..Bawa Aira sekali ye.."
Entah mengapa air matanya senang sangat keluar.Tak berhenti.Dah macam air terjun.
"Tak boleh sayang........"
Jari jemari wanita itu menyeka air matanya.
"Why,mama?I'm too tired.."
"Mengharapkam yang dah pergi untuk kembali..memang lah penat..
Lepaskanlah mama...Sudah-sudah lah seksa diri Aira.."Dia menggeleng.Tangannya memegang kuat tangan wanita itu.
"Kenapa Allah uji Aira sampai macam ni,mama?"
"Kalau Aira selalu nampak ujian Allah je..Macam mana nak nampak nikmat Allah."
Tersentuh dia mendengar kata wanita itu.Ya,betul dia asyik mengenangkan ujian Allah, sampai dia tak nampak nikmat Allah.
Matanya ditutup rapat.Air jernih bak kristal keluar dari kelopak matanya. Tubuhnya kini selamat dalam dakapan hangat wanita itu.
"Jangan nangis,Aira...Anak mama kan kuat....."
Tubuhnya yang terbaring di atas katil itu bergerak sedikit.Sekaligus menarik perhatian gadis yang duduk di sebelah katilnya.Gadis itu memerhatikan matanya yang tertutup rapat mengeluarkan cecair jernih.Bebola matanya bergerak-gerak.
"Mama.."
"Mama.."
Suara serak keluar dari bibirnya yang pucat.Dahinya sudah dibasahi dengan peluh.Dadanya turun naik,susah mengawal nafas yang sesak.
"Mama!"
Dia separuh menjerit.Matanya dicelik.Dikelip beberapa kali akibat silau cahaya putih lampu di atasnya.Perlahan-lahan dia mengatur nafasnya.Keringat yang penuh di dahinya disapu dengan tangan. Tiba-tiba satu suara gadis menyentuh kokleanya.
"Aira..Awak okey?." Gadis itu menyapa di hadapan wajahnya.Dia menggosok-gosok bahu Aira.
Lama Aira merenung gadis di hadapannya.Matanya masih kabur untuk mengecam wajah orang.Kepalanya diangkat memandang sekeliling.Di manakah dia berada?Apa yang terjadi?
Pelipisnya diurut sedikit.Kepalanya begitu sakit sekali.Matanya dipejam.Dirinya cuba mengingati kejadian yang membawanya ke sini.Tempat dia baring sekarang.
Peristiwa terakhir sebelum dia pengsan menyinggah di fikirannya.Dibuka matanya dan menatap wajah gadis di depannya.Semakin lama ditatap,semakin jelas wajah di depannya.Matanya kini sudah tidak kabur.
"Ika jangan tinggalkan Aira.."
Air mata Aira kini membasahi pipi.Didakap erat tubuh Ika.Terkesima Ika dengan kelakuan kawannya.
"Eh!Kenapa ni..."
"Saya ingat awak dah mati." Teresak-esak Aira mengatakannya.
"Huh?"Terlopong Ika dibuatnya.Mentang-mentanglah dia sakit,sesuka hati sahaja dikatakan mati.
"Ada mayat keluar dari bilik awak..Saya ingat tu awak.."
Ika ketawa kecil.
"Saya dah discharge...Tu mungkin pesakit baru..bukan saya.."
YOU ARE READING
Dengan kita
RomanceNur Aisyah Humaira atau nama panggilannya "Aira" merupakan seorang gadis yang dilahirkan dalam keluarga yang kaya sehinggalah mamanya meninggal.Hidup Aira menjadi sunyi,sakit dan perit walaupun dari luaran nampak biasa sahaja.Apabila usianya 17 tahu...